Pages

Thursday, January 31, 2013

Perihal Pagi Ini Part 5

"vroooommmmmmmmmm" Motor Ducati 1199 Panigale Raja menderu laju memecah kebisingan mesin rumput. Cara tunggangannya kelihatan baik manakala arah tunggangannya  pula seperti ingin menuju ke Ibu Kota..

Bersambung..

Wednesday, January 30, 2013

Perihal Pagi Ini Part 4

tittt tittt titttt...... sekali lagi telefon ibmbit Raja berbunyi menandakan sistem pesanan ringkas diterima, Raja membuka dan membaca dengan tenang..

tiba-tiba raut wajahnya berubah dahinya berkerut dan lantas...

"shitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt" Raja mencarut panjang sambil bergegas keluar.

Bersambung....

Tuesday, January 29, 2013

Perihal Pagi Ini Part 3

Raja bergegas keluar dari tempat permandiannya dengan tuala berwarna biru terang terlilit kemas di pinggangnya manakala logo PLKN tertera jelas di tuala tersebut. Sampai di bilik Raja merentap baju kemeja  bercorak kotak-kotak fesyen lama yang tergantung kemas di dalam almarinya, walaupun terdapat sedikit kedut namun tidak dihiraukannya, Dalam masa tidak sampai dua minit Raja berjaya berpakaian lengkap dengan semburan deodoran berjenama padona.

Usai berpakaian Raja menghadap cermin sambil membetulkan rambutnya dengan menggunakan jari sahaja mukanya masih kelihatan cemas..

sambil melihat dirinya di cermin tiba-tiba dia berfikir..

"eh kenapa aku mesti cemas ni?" - Getus Raja di dalam hatinya.


Bersambung....

Monday, January 28, 2013

Perihal Pagi Ini Part 2

suasana di luar bilik Raja semakin hingar dengan bunyi mesin pemotong rumput. Raja bangun dari pembaringannya, dia duduk bersila sambil matanya masih lagi tertutup rapat, kemudian dia menguap seperti seekor singa betina.

"tiittttt tittttt tittttttt" telefon bimbit Raja berbunyi menambah kehingaran pagi. Raja berpaling ke belakang tangannya terkapai-kapai mencapai telefon bimbit yang lokasinya berada dibawah bantal. Raja merentap, diperhatikannya dengan teliti telefon bimbit tersebut sambil sebelah matanya masih tertutup.

"shittttttttttttt' Raja mencarut sambil bergegas bangun dari katil, telefon bimbit dibiarkan melayang...


Bersambung...

Tuesday, January 22, 2013

Perihal Pagi Ini

ngeeeeeng..... ngeeeeeengggg... ngeeenngg

bunyi mesin rumput kedengaran riuh memecah kesunyian dan keheningan pagi..

Raja tersedar dari lamunanya, dia menguap serupa singa sambil memandang dinding yang tertera gambar Safiq Rahim pemain bola kesukaannya. Mata Raja terkebil-kebil, kelihatan seperti tidurnya terganggu dek bunyi bising mesin rumput yang kedengaran berhamipran dengan biliknya..

Bersambung...

Ada kah juga orang mau tinguk ni?