Pages

Wednesday, July 24, 2013

Catitan Haron Ismail

Catitan Sedih Haron Ismail




"berapa banyak dalam hidup kita, kita sudah lalui keperitan hidup? ketika kita kena keperitan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya tapi hari ini ALLAH telah keluarkan dengan keadaan yang baik..." Dr Asri

ingin sebenarnya aku menceritakan keperitan yang ku lalui sebelum ini,  dan apa yang ingin aku ceritakan bukan untuk menarik simpati sesiapa,

Ramadhan 2011, aku pernah melalui satu keperitan yang lebih daripada apa yang aku rasa pada ketika ini, tapi kenapa aku terlupa bahawa keperitan yang diberikan itulah yang membawa aku kembali kepadanya. sesungguhnya pada ketika itu aku rasa Allah sangat dekat denganku.. aku bukan menunjuk tapi itulah yang aku rasa pada ketika itu..

Ramadhan 2012 juga aku diuji sekali lagi dengan keperitan..  namun aku terlupa untuk bersyukur terhadap ranjau yang diberikan kepadaku..

 kadang-kadang aku rasa ingin kembali kepadamu dikala susah..tapi aku malu kerana aku hanya mencari dikala susah namun apalah daya.. kalau dalam keadaan senang aku alpa dan dalam keadaan susah pun aku tidak mencarimu jadi apalah tugasku sebagai seorang hamba kepadaMU

Aku yakin dengan jalan yang diberikan oleh Allah pada hari ini.. Ya Allah pujuklah hatiku untuk kembali kepadamu ya Allah.. kepada engkau jugalah aku serahkan segala urusanku



La tahzan innallaha ma'ana"






Monday, July 22, 2013

Damba Cintamu


Tuhanku
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku
Maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku
Ampunkanlah segala dosaku 
Tuhanku
Maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali 
Kepada fitrah sebenar 
Pagi ku ingat petang ku alpa 
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini 
Yang mendamba cintaMu 
Aku lemah aku jahil 
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu 
Sering jua ku memungkiri 
Ku pernah menangis keranaMu 
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kan kembali 
Kepada fitrah sebenar 
Pagi ku ingat petang ku alpa 
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini 
Yang mendamba cintaMu 
Aku lemah aku jahil 
Tanpa pimpinan dariMu

Kau Pengasih 
Kau Penyayang 
Kau Pengampun 
Kepada hamba-hambaMu 
Selangkahku kepadaMu 
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Saturday, July 13, 2013

Perihal Osman Jejaka Sunyi

Osman menyalakan sebatang rokok John Putih yang dibelinya di gerai seksyen 15 petang tadi. Usai membakar dia bergerak perlahan menuju ke tingkap dan termenung jauh ke luar tingkap. sesekali fikirannya melayang, namun rokok John Putih tetap disedut perlahan sambil menghembus keluar asap nipis melalui mulut dan hidungnya.

Osman tenang termenung malam melihat suasana gelap dengan hanya kedengaran bunyi cengkerik dan unggas-unggas bersahutan. Dalam Ketenangan itu, Fikiran Osman seperti bercelaru, mungkin risau kerana tidak pernah dia berjauhan sebegitu lama, dia seolah-olah sedang kesunyian dan kehilangan punca. Dalam benak hatinya bermain-main perkara-perkara yang tidak diingininya.

Usai menghisap sebatang rokok, dia berpaling dari tingkap dan merebahkan badannya ke katil empuknya yang terletak berhampirannya, dia baring sambil matanya berkelip-kelip menghadap siling bilik sambil termenung semula, beberapa saat kemudian dia mula berdengkur enak.

Bersambung...

kahkahkahkahkah

Ada kah juga orang mau tinguk ni?