Pages

Saturday, March 31, 2012

Perihal 1 April

Assalamualaikum

1 April juga telah diisytiharkan sebagai 

 HARI NASIHAT MENASIHAT

ala samalah macam 14 Februari tu kehkehkehkeh

Wednesday, March 28, 2012

Perihal Cita-Cita

Assalamualaikum..

ni gua nak cerita sikit pasal cita-cita gua

Darjah Satu, bila ditanya pasal cita-cita laju je gua jawab nak jadi imam. ini sebab pengaruh dalam KAFA dulu. walaupun time ni Power Rangers dah start dan member-member gua berangan nak jadik power rangers tapi gua tetap utuh dengan cita-cita nak jadi imam. tapi cita-cita nak jadi imam ni memang tak bertahan lama, akhirnya gua juga terpengaruh ingin menjadi PowerRrangers Biru satu masa kelak walaupun billy tak tahu berlawan.


Darjah Dua: Serius dengan cita-cita ingin menjadi Power Rangers Biru


 Darjah Tiga, cita-cita gua berubah untuk menjadi seorang Askar. ini semua pengaruh daripada filem Rambo dan komando. lama juga gua berangan-angan nak jadi seorang Askar. macam-macam darilah Askar darat sampai pasukan payung terjun sehinggalah kepada driver kereta kebal.


 Darjah  Enam: Masuk Darjah enam, cita-cita gua berubah lagi setelah banyak baca buku sains darjah enam yang bercerita mengenai planet-planet di angkasa raya. Terus gua pasang niat nak jadi ahli Astronomi. Asal ada pameran buku konfem gua order satu dan paksa mak gua untuk beli.. hahaha padahal bukan baca pun, tengok gambar je..


Tingkatan satu hingga enam atas: cita-cita gua bila dah masuk tingkatan memang kabur. Tidak seperti masa darjah dulu. Gua pun tak tahu gua nak jadi apa.yang gua tahu gua nak cepat-cepat habis SPM gua nak bebas. kehkehkeh


UKM: Pergi mampus dengan cita-cita


Sekarang: cita-cita gua nak tido 


Sekian Berita Salam Hormat

Monday, March 26, 2012

Perihal Rambut

Assalamualaikum..

Sebenarnya gua rasa semenjak gua potong rambut ini gua rasa diri gua bukan seperti gua lagi..

ya memang gua rasa begitu. 

kehenseman itu ya memang pergi bersama rambut

sebab kalau gua pergi toilet gua akan singgah di cermin toilet itu sambil bertanyakan beberapa soalan yang gua dah tahu jawapannya.. 

Gua: Wahai Cermin siapakah yang paling kacak?

Sang Cermin: Siapa lagi kalau bukan orang didepan cermin ini.

Selalunya gua akan tanya sampai 27 kali dan jawapannya tetap sama..

sekarang kalau gua pergi toilet gua akan terus masuk jamban pebret dan melaksanakan tanggungjawab


sedih juga bila dah potong rambut ye..

mana tidak gua ni jenis potong rambut setahun sekali kehkehkeh..

 Sekadar gambar Hiasan..


tapi tadi gua bukak SMPWEB  yang degree punya terus gua ternampak gambar rambut pendek dan KURUS zaman muda dulu..

bila rambut pendek ini maka automatik gua terus termotivasi ingin menyolidkan semula badan gua dengan baju-baju saiz M.

Gua ingat nak tanya sang cermin tu malam nanti


Zaman Muda dulu

cis cerita langsung tiada perkaitan dan kesinambungannya..


Sekian Berita Salam Hormat




Sunday, March 25, 2012

Perihal Tesis

Assalamualaikum..

Gua sebenarnya tengah buntu memikirkan tajuk tesis.. kehkehkeh

Bila berbicara soal membikin sebuku tesis ni gua terus surrender ohhh..

lagi-lagi kalau lu orang buat Tesis dalam bidang sejarah..

perihal membikin tesis ni biarlah kita bagi pada orang-orang yang minat menulis sahaja

Sebab babgi Gua untuk membikin sebuku tesis ini perlu ada Feel

Feel untuk menulis Tesis ni belum sampai lagi pada gua sebenarnya macam yang berlaku 2010 dulu.

Tapi kalau dah sampai ini hasilnya.. 

Mau menangis juga gua buat mende ni..


tapi ini kisah lama...

dua tahun lepas

Semester ini Gua perlu menangis lagi sebab kali ini ada viva

Feel yang Dasyhat Gua perlukan

Rasanya belum sampai lagi 

Ntah bila mau sampai gua pun tak tahu

untuk cuba mendapatkan Feel tersebut mungkin gua perlu untuk berubah menjadi ini.





Sekian Berita Salam Hormat

Monday, March 19, 2012

Perihal Team Power 3

Assalamualaikum..

Amboi Rombongan King Daglish ke Pasar Wembeley lagi ye nokkkkk...

Auwwwwww.....


Yeaahhhhhhh!!!! Power!!!

Sekian Berita Salam Hormat

Thursday, March 15, 2012

Perihal Menyu Kehkehkehkeh

Assalamualaikum

Typical Penyokong Menyu

Hari tu kalah dengan Barca Final Champions League

"takpe tunggu tahun depan kita balas dendam kat barca"

Hakikatnya




Kalah dengan Crystal Palace lalu tersingkir dari piala Carling

"ala piala kecik macam ni mana Menyu nak main"

Hakikatnya




Tersingkir Champions League setelah kalah dengan Basel 

"ala kita nak rasa main Europa League, Cup ni Menyu tak dapat lagi"

Hakikatnya




Kena Kitai oleh LIVERPOOL dan tersingkir Piala F.A

"ala... bagi je kat LIVERPOOL kitaorang dah 11 kali menang piala F.A"

Hakikatnya




Tersingkir Europa Cup

"ala kitaorang nak tumpu Liga"

Hakikatnya



kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah..


namun ada satu yang kalau gua tengok memang gua tak boleh terima hakikat tersebut












yang ni gua tak boleh terima hakikat...




Sekian Berita Salam Hormat




Wednesday, March 14, 2012

Perihal Perasaan Rock

Assalamualaikum..

Gua nak borak sikit ni pasal perasaan orang lain dan perasaan pemain rock

Gua ni jenis main lagu rock kuat-kuat yela lagu rock mana boleh main slow kehkehkeh

tapi gua tak risau pun kalau orang datang tegur sebab gua dah sediakan jawapan yang sesuai.

Misalnya macam ni, ada seorang mamat K-Pop datang mengetuk bilik.

Mamat K-pop: ko ni main lagu rock kuat-kuat tak paham ke perasaan orang lain? tak paham ke orang nak study semua?


Apa jawapn gua????

Jawapan Gua senang je..














"ORANG LAIN TAK PAHAM KE PERASAAN  GUA SEBAGAI PEMAIN ROCK?"



kehkehkehekeh bangang!!


Sekian Berita Salam Hormat


Tuesday, March 13, 2012

Perihal Team Power 2

GERRARD 3 - 0 EVERTON



 Gua Bagi Tiga Dulu Cukup?





Sekian Berita Salam Hormat

Perihal Sabah

Assalamualaikum..

Gua jumpa gambar ni di pesbuk..



Ok kalau ada siapa yang fikir kotak paling atas sebelah kiri tu memang patut menerima siku dari gua..

Sekian Berita Salam Hormat

Sunday, March 11, 2012

Perihal Perosak Bangsa

Assalamualaikum

Dalam Filem Rock ada dua benda yang boleh merosakkan bangsa iaitu:

"Rasuah dan Tak Menepati Masa"



Tapi bagi gua pula, dua benda yang merosakkan bangsa adalah,

"JUSTIN BIEBER DAN K-POP"




Sekian Berita Salam Hormat

Saturday, March 10, 2012

Perihal Subuh Tadi

Assalamualaikum..


Peristiwa berlaku subuh tadi dikala semua masyarakat masih lagi tido


keadaan suhu pulak boleh tahan sejuk juga. 


ceritanya begini, gua tengah layan google sketch up kat bilik kononnya nak buat sebuah bandar power yang siap dengan stadium bola sepak. lakar punya lakar gua tak sedar masa berlalu dengan pantas. Gua Usha Tweet sikit, ermmm makwe-makwe semua dah tido sebab timeline sunyi je. Gua pandang jam kat laptop Amboi dah pukul 6:25 pagi dh masuk waktu subuh. 


Gua pun berhenti melakar dan Up sepam tuit dalam twitter sebelum pergi toilet. "Amboi sebenarnya gua bizi merancang sebuah bandar.. solat dulu" 


otw gua ke toilet gua usha gak keluar, apesal dah pukul 6.30 tapi mesjid tak azan lagi ni? siap wuduk gua balik bilik dan bergegas solat subuh.


usai solat subuh gua tutup lampu dan kembali berdepan dengan laptop. Gua sempat main tuit dengan @ciklolipop lepas tu gua bukak tingkap. "aik masih gelap lagi" gua usha jam laptop, "aik dah pukul 7.04 pagi dalam hati gua mungkin kat luar tu mendung. Gua baring atas katil sambil layan fahmi reza kat Youtube pulak..


tiba-tiba..


Henpon  blueberry gua yang power tu berkumandang azan pulak.. ni yang gua hairan selalunya dia azan pukul 12 tengah malam. ah sudah.. buat hal pulak henpon ni.. gua capai henpon,, gua tekan butang merah terus senyap. gua baling henpon ke katil. dan gua sambung layan youtube pulak.


layan punya layan.. tiba-tiba kedengaran azan mesjid pun berkumandang..


Gua makin gelisah.. gua tengok jam kat laptop 7.15 pagi. dalam hati gua apehal pulak pukul 7 suku baru mesjid nak azan ni. gua capai henpon nokia atas meja waktu menunjukkan 6.07 pagi, gua capai henpon blueberry tadi waktu yang sama juga kelihatan.. gua tak puas hati,  gua tengok balik jam kat laptop 7.16 pagi.. jadi kedudukan 2-1 ditambah dengan keadaan diluar yang masih gelap dan azan yang berkumandang.


cis!!!


Gua tanpa berfikir panjang terus terajang laptop gua sampai berkecai.. Penipu punya laptop!!!




Rupanya gua solat subuh awal sejam...




Sekian Berita Salam Hormat



Wednesday, March 7, 2012

Perihal Lejen 2

Assalamualaikum..

hari tu gua post pasal entry yang dikeluarkan oleh geng hidup-hidup.

sekarang gua nak tunjuk gambar yang menjadikan gua glamores lagi hahahaha

macam-macam lah budak budak kampus ni time pilihan raya kampus.

Ganas dan Berambut panjang....


kahkahkahkah terima kasihlah pada siapa yang mengedit gambar ini dulu.

pandai betul dia cari gambar gua yang hensem ye..

dalam tiga-tiga ni gua rasa gua yang paling kacak dan bergaya.

paling tak boleh tahan bila kata gua ada helmet pink kehkehkehkeh "buat malu rockers je"

gua tahu siapa yang buat ni tapi malas lah nak kecoh-kecoh kn?

mari gelak lagi kehkehkehkehkeh


Sekian Berita Salam Hormat

Sunday, March 4, 2012

Perihal Lejen

Assalamualaikum..

Gua sebenarnya stalk2 gambar rakan-rakan lama gua yang dah grade. Gua sembang macam gua pun belum gred juga hehehe.

stalk punya stalk lalu gua terpandang satu gambar yang paling epic dan lejen dalam sejarah perjuangan gua dan rakan-rakan.



Zaman Muda Remaja

kenapa gambar ini gua katakan epic dan lejen? Sebab ini..



sebenarnya ada satu entry lagi dibuat oleh geng hidup ni.. entry yang khas untuk gua sahaja.. tapi malangnya mereka dah delete.. cis!! pemes juga gua satu UKM..

Sekian Berita Salam Hormat


Friday, March 2, 2012

Perihal Perancangan 7 Tahun

Assalamualaikum.

Sebenarnya gua sudah memasang tekad untuk membuat perancangan 7 tahun selepas karier gua sebagai seorang student di UKM ni berakhir InsyaAllah pada oktober nanti. Ini pun bergantung juga kepada kepantasan Gua menyiapkan Tesis yang sampai ke saat ini gua masih buntu. Isi borang penyelia pun malas.

Perancangan 7 tahun ini bukanlah seperti apa yang dirancangkan oleh kerajaan dalam rancangan Malaysia Pertama sehinggalah Rancangan Malaysia kelapan dan juga bukan rancangan jangka panjang yang sering kita dengar ketika pembentangan bajet dalam parlimen. Ok yang itu gua mengarut.

Berbalik kepada topik asal kita, sepanjang Tujuh tahun ini, gua  sudah meletakkan satu arah tuju untuk direalisasikan. Idea ini gua dapat setelah gua baca blog brader Lucius Maximus yang menetapkan lapan tahun sebagai rancangannya. ok nak tahu lu baca Trankuiliti Tronoh.

ok gua kembali ke topik asal. cis asyik melalut ni buat idea gua tadi terus hilang.

ok salah satu rancangan yang masuk dalam perancangan 7 tahun gua yang bermula selepas gua grade adalah..


MELAWAT ISTANBUL

 ISTANBUL Ehsan Abg Google

satu dua hari ni gua banyak berbicara mengenai "Road To Istanbul" dalam twitter dan gua tak tahu kenapa gua tiba-tiba terasa ingin sampai ke kota Daulah Usmaniah itu.  Idea ini bukan datang selepas Perbincangan dengan member-member untuk membuat program tapi memang gua pasang niat dalam masa 7 tahun selepas grade, gua rasa perlu untuk menjejak tinggalah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Kenapa? kenapa? mesti orang tertanya-tanya kenapa bukan London? Paris? atau mungkin Kota Rome? atau mungkin kenapa bukan Umrah ke Makkah dan Madinah.

kadang-kala gua rasa gua ni banyak terpengaruh dengan Novel Islam tulisan Abdul Latip Talib bertajuk "Sultan Muhammad al-Fateh" Penakluk Konstantinople.

Mungkin gua rasa nilai-nilai romantis yang ada pada ISTANBUL ataupun maksudnya "Islam Keseluruhan"

atau adakah gua terpengaruh dengan kata-kata Napoleon Bonaparte " Kalau Dunia Ini Adalah Sebuah Negara, Istanbul Adalah Ibu Negaranya" 

atau Mungkin mengenag kePOWERan LIVERPOOL menjuarai Champions League kali kelima di kota ini?



apa-apa pun Gua memang dah pasang Niat "Road To Istanbul" akan gua realisasikan jika diizinkan Allah.

tapi kalau pergi honeymoon kat Istanbul Nice gak kan? kehkehkehkeh

Mohon Bakal Isteri gua "Take Note"

Sekian Berita Salam Hormat

Ada kah juga orang mau tinguk ni?