Pages

Friday, March 2, 2012

Perihal Perancangan 7 Tahun

Assalamualaikum.

Sebenarnya gua sudah memasang tekad untuk membuat perancangan 7 tahun selepas karier gua sebagai seorang student di UKM ni berakhir InsyaAllah pada oktober nanti. Ini pun bergantung juga kepada kepantasan Gua menyiapkan Tesis yang sampai ke saat ini gua masih buntu. Isi borang penyelia pun malas.

Perancangan 7 tahun ini bukanlah seperti apa yang dirancangkan oleh kerajaan dalam rancangan Malaysia Pertama sehinggalah Rancangan Malaysia kelapan dan juga bukan rancangan jangka panjang yang sering kita dengar ketika pembentangan bajet dalam parlimen. Ok yang itu gua mengarut.

Berbalik kepada topik asal kita, sepanjang Tujuh tahun ini, gua  sudah meletakkan satu arah tuju untuk direalisasikan. Idea ini gua dapat setelah gua baca blog brader Lucius Maximus yang menetapkan lapan tahun sebagai rancangannya. ok nak tahu lu baca Trankuiliti Tronoh.

ok gua kembali ke topik asal. cis asyik melalut ni buat idea gua tadi terus hilang.

ok salah satu rancangan yang masuk dalam perancangan 7 tahun gua yang bermula selepas gua grade adalah..


MELAWAT ISTANBUL

 ISTANBUL Ehsan Abg Google

satu dua hari ni gua banyak berbicara mengenai "Road To Istanbul" dalam twitter dan gua tak tahu kenapa gua tiba-tiba terasa ingin sampai ke kota Daulah Usmaniah itu.  Idea ini bukan datang selepas Perbincangan dengan member-member untuk membuat program tapi memang gua pasang niat dalam masa 7 tahun selepas grade, gua rasa perlu untuk menjejak tinggalah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Kenapa? kenapa? mesti orang tertanya-tanya kenapa bukan London? Paris? atau mungkin Kota Rome? atau mungkin kenapa bukan Umrah ke Makkah dan Madinah.

kadang-kala gua rasa gua ni banyak terpengaruh dengan Novel Islam tulisan Abdul Latip Talib bertajuk "Sultan Muhammad al-Fateh" Penakluk Konstantinople.

Mungkin gua rasa nilai-nilai romantis yang ada pada ISTANBUL ataupun maksudnya "Islam Keseluruhan"

atau adakah gua terpengaruh dengan kata-kata Napoleon Bonaparte " Kalau Dunia Ini Adalah Sebuah Negara, Istanbul Adalah Ibu Negaranya" 

atau Mungkin mengenag kePOWERan LIVERPOOL menjuarai Champions League kali kelima di kota ini?



apa-apa pun Gua memang dah pasang Niat "Road To Istanbul" akan gua realisasikan jika diizinkan Allah.

tapi kalau pergi honeymoon kat Istanbul Nice gak kan? kehkehkehkeh

Mohon Bakal Isteri gua "Take Note"

Sekian Berita Salam Hormat

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?