Pages

Saturday, December 31, 2011

Perihal 2012

Assalamualaikum..

ok ini Entry pembukaan untuk tahun 2012 nice..

Gua rasa nak wish Hepi Tahun Baru tapi takut pulak kang ada orang cakap-cakap macam ni.. " Tahun Baru Islam Tak sambut tapi tahun Baru masihi sibuk sangat nak raih" adakah orang cakap macam nie? kehkehkeh gua main agak jak..

tidak kurang juga ayat-ayat yang macam ni bunyinya: " Lagi Semiblan Bulan akan lahirlah anak luar Nikah" hah.. yang ini gua kurang setuju sedikit.. gua dah Post kat Pesbuk dan mintak pencerahan namun macam biasa lebih ramai yang suka LIKE.. cis!! gua harapkan komen-komen dari makwe cun..

lagi satu ramai dah yang berkira-kira dan bercerita pasal KIAMAT 2012 hah yang ini pun sangat mengarut bagi mereka yang ISLAM.. yang sembang-sembang benda macam begini mesti KAKI DVD

ok ni bukan cerita sebenar gua nak sembang dalam blog ni..

kembali ke topik asal sebenarnya kalau diikutkan masuk jam 12 tengah malam tadi maka secara tidak rasminya umur gua dah menjadi 25 tahun.. ok itu secara tidak rasmi nak rasminya nanti tunggulah hari kemerdekaan pulak..

bila umo dah meningkat ni gua teringat pulak rakan-rakan yang dah kawin kehkehkeh patutnya gua pun dah merancang ke arah itu.. semalam bila lepak dengan cik Pengawas dalam henpon, dia asyik tanya bila gua nak habis buat esaimen, yela kan cik pengawas kita dah ada kerjaya, ada kereta mewah, ada Rumah ada henpon blakberi ada macam-macamlah

gua pulak? apa yang gua ada?

MASIH BUAT ESAIMEN

sekian berita Salam Hormat

Thursday, December 29, 2011

Perihal Zaman Kegemilangan

Assalamualaikum.

semua orang mesti pernah ada zaman kegemilangannya..

semalam member gua kata zaman kegemilangan gua dah berakhir..

cis!! gua pun tak tahu bila sebenarnya zaman kegemilangan itu bermula dan berakhir,

gua fikir juga apa yang menyebabkan zaman tersebut sebagai zaman kegemilangan gua..

lalu gua berfikir..

adakah zaman kegemilangan masa gua dapat masuk unibesiti?? oh tidak..

adakah zaman itu sewaktu gua dapat mengorat cik pengawas?? oh tidak..

adakah zamannya sewaktu gua bekerja di kilang botol dulu?? ini juga mungkin tidak..

adakah sewaktu gua mula menceburi bidang alam sosial dengan membuat akaun frenster? ini sangat mengarut..

adakah zamannya bermula bila gua sudah di sunnatkan dan pandai usha makwe2 cun? ermmm bukan juga..

jadilah bilakah masanya??

gua berfikir dan berfikir.. lalu gua mendapat jawapannya setelah meneliti gambar dulu2..

***
***
***

rupa-rupanya zaman kegemilangan itu...

Ketika gua masih memakai baju bersaiz M dalam erti kata lainnya ketika gua KURUS dulu... cis




Era Kegemilangan

Tuesday, December 27, 2011

Perihal Peperiksaan

Assalamualaikum..

Sekarang dah Study week..

kalau siapa yang bergiat dan selalu lepak dalam pesbuk kejap lagi korang akan

tengok macam-macam status pasal Exam kat dalam pesbuk

ibaratnya satu fenomena hari raya..

ok dalam menceritakan cerita exam-exam ini,

suka di nyatakan disini bahawa

exam saya bermula pada 5HB dan berakhir pada 9Hb


Sekian Berita Salam Hormat

Saturday, December 24, 2011

Perihal Badminton

Assalamualaikum

Semalam Gua main Bandminton, cis ni pun kena bagitau hehehehe

agak-agak kalau perkiraan gua tak silap dekat 10 TAHUN gua tak main

lepas main tu gua fikir-fikir

kalau 10 TAHUN itu gua main badminton hari-hari Lee Chong Wei dah tak payah nak susah-susah lawan Lin Dan lagi

bagi je kat gua, biar gua smash kepala beliau.

Sekian Berita Salam Hormat

Thursday, December 22, 2011

Perihal Esaimen

Assalamualaikum..

Gua sekarang tengah buat esaimen, tapi dia punya dugaan bukan main, rasa macam nak tekan je pesbuk selepas gua menaip 3 baris ayat dalam Esaimen itu.

kenapa jadi begini? kalau nak diikutkan gua berkecimpung dalam bidang Peresaimenan bukan sekejap, tapi sudah lama. tapi gua masih tidak dapat mencari satu solusi untuk menyiapkan esaimen dengan teliti dan tekun tanpa gatal tangan tekan pesbuk.

dalam hal ini, gua akan kembali untuk berborak ilmiah bagi mencari satu solusi untuk menyelesaikan masalah peresaimenan secara terbaik.

setelah mengkaji dengan tekun serta membaca beberapa teori-teori sikap dan perubahan manusia, dengan ini dapat disimpulkan bahawa kemalasan membuat esaimen disebabkan oleh pengaruh beberapa ayat yang boleh mempengaruhi minda separa sedar kita.

okey saya bagi contoh satu ayat,

"Buat Esaimen"

saya yakin dengan ayat ini ianya akah menyentuh mentaliti kita mengenai kesusahan membuat esaimen.lalu ianya diterbitkan dengan sikap kemalasan, dan saya yakin kita semua tidak suka untuk membuat Esaimen. betul tidak?

jadi disini saya membuat satu solusi iaitu dengan menukarkan perkataan "buat" yang dilihat sebagi satu bentuk kata kerja yang sangat menyiksa dan berbentuk arahan.

kita gantikan dengan perkataan menyeronokkan dan dapat mengubah mentaliti kita kepada sesuatu yang berbetuk keseronokan kerana fitrah manusia mereka sangat suka dengan hiburan dan keseronokan.

jadi dalam konteks ini saya akan menukarkan "buat" kepada "main", maka jadilah ayatnya begini,

"main esaimen"

seronok bukan?

Mohon jangan ditukarkan kepada makan kerana ayatnya akan menjadi

"makan esaimen"


Ok gua nak sambung Main Esaimen, memang seronok...

Sekian Berita Salam Hormat

Wednesday, December 21, 2011

Perihal Gitar dan Esaimen

Assalamualaikum

kali ni gua nak cerita satu perasamaan antara bermain gitar dan membuat esaimen.

ok kisahnya begini, kalau kita main gitar kita mesti tune dulu..

kalau dah dapat tune lepas tu main perggh memang sedap, boleh membawa kepada tak mahu berhenti.

begitu jugalah halnya dengan membuat Esaimen,

kalau dapat tune yang cantik, memang pergi jauh,

kadang-kadang membawa tak nak berhenti.

Apa? Tak Faham? Ok Abaikan...



jadi kisahnya Gua sedang mecari-cari Tune nak masuk kod untuk buat esaimen dengan konsisten.

tapi tetap tak jadi, asal masuk bilik, NGANTUK

Mungkin Kalau buat dengan Makwe-Makwe boleh pergi jauh

Sekian Berita Salam Hormat

Tuesday, December 20, 2011

Borak Ilmiah

Assalamualaikum..

Sebenarnya gua takda benda nak tulis pun, gua sedang menunggu baju gua sip di basuh oleh mesin Basuh, jadi sambil tunggu-tunggu gua tengok-tengok gak apa ada dalam pesbuk cis semua sibuk cerita Adam Adli bakal pencetus revolusi. Gua suka ambil pepatah power Sokernet: "Budak-Budak Rebelni dah konvo belum"

Ok Malam ni kita borak ilmiah sikit, jadi tak sedap pula kalau gua guna ayat-ayat kutu, jadi gua ingat gua nak try-try gaya Shazni Munir berborak politik.

Henshin!!

Assalamualaikum,

Melihat Lanskap Politik Malaysia pada hari ini boleh mendatangkan kerisauan pada masyarakat, dah semakin hilang nilai masyarakat hari ini dalam berpolitik. tidak kira dari golongan pembangkang mahupun golongan kerajaan. mungkin kecelaruan politik hari ini telah menimbulkan pelbagai isu-isu sensitif di Malaysia, dari isu keagamaan sehinggalah ke isu remeh temeh yang akan menjadi bahan bualan semua lapisan masyarakat.

Dalam kecelaruan ini, saya suka mengikut pergerakan mahasiswa pada hari ini. Mahasiswa juga rupanya terikut-ikut dengan rentak politik di luar, terbahagi kepada dua dan saling serang menyerang antara satu sama lain. Mungkin patutlah AUKU itu dipertahankan bagi menjaga golongan Mahasiswa yang tidak minat dengan bidang politik.

***

Ah!! Baju gua dah boleh angkat, lain kali lah kita borak Ilmiah.

Sekian Berita Salam Hormat..

Thursday, December 15, 2011

Perihal Menconteng Dinding

Assalamualaikum..

ok gua sebenarnya tak boleh nak tido.. gua pun tak tahu kenapa?

di sini gua ingin membawa beberapa isu-isu ilmiah yang gua yakin akan memerikan impak yang besar kepada masyarakat terutamanya pada era pesbuk.

perihal menconteng dinding ini pada zaman brader-brader dulu dianggap satu yang vandalisma, grafiti, seni dan sebagainya. brader-brader dulu meluahkan kekreatifan mereka kepada dinding-dinding bisu tidak kira berada di mana.

sebenarnya kalau mengikut buku sejarah peradaban dunia tingkatan enam yang tebal, kegiatan menconteng dinding ini sudah berlaku dari dulu-dulu lagi. masyarakat prasejarah sudah melakukan kegiatan menconteng ataupun lebih dikenali sebagai mural-mural yang nilai keseniannya sangat tinggi dan estetika yang melampaui batas.

itu zaman dulu,peralihan zaman membawa kita ke zaman moden, gua bagi satu contoh contengan dinding terbaik pada zaman pemisahan jerman kepada dua oleh sebuah tembok berlin, orang-orang jerman sangat kreatif dalam menyampaikan ketidakpuasan hati kepada pemerintah disebelah timur dengan meluahkan pada dinding tembok berlin.

ok itu zaman era perang dingin di eropah, sekarang kita kembali kepada malaysia dan zaman brader-brader rock era keemasan seluar ketat rimau. ok sebelum tu gua yakin zaman pop yehyeh conteng-conteng dinding ini tidaklah serancak apa yan berlaku pada zaman brader-brader tengah main rock. kegiatan ini tidaklah lagi dikenali sebagai mural, sebaliknya conteng-conteng, kalau hasilnya cantik boleh dipanggil grafiti, kalau hasilnya bangang, maka digelarlah ianya vandalisma. pelbagai lukisan, dan ayat-ayat yang indah, jiwang, ayat-ayat semangat anak muda menghiasi dinding bisu. tidak ketinggalan juga ayat-ayat dari brader-brader pengusaha tukar tiub juga brader-brader GAY.

zaman ini mangsanya ialah dinding-dinding kedai, bangunan, lif, tandas awam, balai polis, pokok-pokok, tiang-tiang lampu, dan bermacam tempat lagi.

ok kita akan melangkah terus ke zaman IT. zaman ini gua lihat kegiatan contengan dinding ini semakin meriah dan rancak, contengan-contengan bukan sahaja dari kalangan brader-brader tetapi juga kalangan remaja bbaru nak up, mak cik, pak cik, golongan profesional, politikus, pengusaha tudung bawal, MLM, juga penjual produk-produk.

dinding-dinding di conteng dengan pelbagai isu, dari isu politik, ekonomi, cinta, sosial, keagamaan, bisnes sehinggalah kepada isu-isu bangang seperti memberitahu hari ini dia buat apa dan pergi kelas tak pakai spender, ok itu gua main agak je. gaya bahasa pula, memang tak seindah bahasa brader-brader dulu taktala menconteng, gaya pelat, gaya rockers, gaya budak-budak pavi malahan ada juga kalangan yang menggunakan gaya-gaya pelat baby yang kadang kala gua rasa nak lempang pencontengnya.

anda juga boleh memilih untuk menyukai atau mengomen contengan-contengan tersebut kerana ianya adalah contengan alam maya di FACEBOOK

gua terpaksa mengarut supaya gua boleh tido

Sekian Berita Salam Hormat

Sunday, December 11, 2011

K.A.S.A.K

Assalamualaikum..

Tahukah anda apakah Maksud KASAK?

hahahaha

Lembaga pengarah KASAK terdiri daripada:

1) Topek
2) Panjang
3) Gua
4) Nash

KASAK ditubuhkan bagi menangani permasalahan Makwe-makwe Merajuk..

Sekian Berita Salam Hormat


Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu dan Menyu

Assalamualaikum..

Tahniah Menyu Layak ke Europa League ( Dulu ada member menyu gua kata Europa League ni tempat yang loser-loser.. yang ni dia kutuk LIVERPOOL kelab paling power di dunia )

Layaknya Menyu ke Eropah ibarat satu Pesta besar-besar di pesbuk mengalahkan demam Ombak Rindu yang meniti di bibir para makwe-makwe. manakala Layaknya Menyu pulak meniti di wall-wall para pakwe-pakwe makwe-makwe yang menonton Ombak Rindu.

Gua sebagai pentadbir Pesbuk round2 pesbuk tengok-tengok ada sesetengah masyarakat yang cuba mengaitkan kesedihan Ombak Rindu dengan menyu ke Europa League..

Mari saksikan..









Akhir sekali terimalah!!!







diharapkan takda masyarakat menyu yang butthurt ye.. kehkehkeh.

Sekian Berita Salam Hormat





















Wednesday, December 7, 2011

Laptop Gua Hensem

Assalamualaikum..

secara rasminya perkhidmatan Windows XP ditamatkan setelah hampir 3 tahun berkhidmat dengan laptop gua. perkhidmatan ditamatkan disebabkan laptop gua dah merajuk sebab laptop orang lain dah pakai Window 7 tapi dia masih lagi dengan XP, lalu laptop gua pun bertanya

"boss why you still use this anciet software" ini dia yang cakap lepas gua lempang 8 kali sebab selalu hang taim gua layan game..

dan gua pun balas "eat shit and go die" gampang cakap omputih.

dengan pemergian XP dan kemasukan 7 gua harap laptop ini tidak lagi bangang dan merajuk mintak kaki dan lempangan gua.


amacam power tak? kepada makwe cun yang berminat untuk jadi wallpaper sila PM gua secepat mungkin



terima kasih kepada saudara syed uwais al-qarni kerana berjaya mengoperate laptop gua dengan jayanya. jujur gua tak pandai nak format laptop, gua hanya pandai menjahanamkan laptop.

Sekian Berita Salam Hormat

Sunday, December 4, 2011

Perihal KTM

Assalamualaikum.

ok gua semalam terperangkap dalam KTM yang tidak berekon selama beberapa minit, rasanya Allah saja yang tahu..



tak pernah nak berubah perangai memang teruk.



Gua pun tak tahu lah nak maki ke tidak macam kesian pulak sebab ini jela pengangkutan yang ada untuk gua balik kepong



Sunday, November 27, 2011

10 KM



Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru Islam..

Takziah kepada pasukan bola sepak negara yang sedikit G******

ok gua nak cerita semalam gua join nike Run 10 km. iya 10 km.. jangan main-main memang 10 km..

first time dalam sejarah hidup gua berlari 10 km, walaupun gua tak tahu gua berlari berapa Km berjalan berapa Km dan selebihnya digunakan untuk mengusha makwe-makwe cun berlari..

catatan 1 jam 41 minit bolehlah bagi gua, memandang kondisi gua sekarang bukan lagi seperti zaman kegemilangan dengan badan yang slim, tough dan kacak kalau setakat 10 km, gua boleh makan 30 minit tanpa gangguan makwe-makwe cun..

untuk larian kali ini, gua main gasak lari macam tu je.. stamina takda, fitness ke laut, seminggu sebelum larian gua banyak melakukan aktiviti makan, tido, makan, tido, makan, tido... sehinggalah hari kejadian. malam sebelum hari kejadian pula gua hanya tido selama sejam sebelum larian memang power.. dan yang paling power sebelum larian takda strecing terus berlari.. kehkehkehkeh power2..

si Hensem

sekarang power gua dah kurang sket.. dah masuk 2 hari letih gua tak hilang-hilang lagi.. ini makan2 seminggu kalau tak hilang gua nk pegi urut Thailand.. full body massage..

Gua syak berat gua turun 10kg.. 1km=1kg..

Wednesday, November 23, 2011

Pesepak Bola Malaysia yang Paling Power




SuperMokh





Super Safee



Memperkenalkan HERO baru pesepak Bola terpaling power di Malaysia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SuperFakri



















Sunday, November 20, 2011

Menawan Semenanjung Tanah Melayu


Assalamualaikum..

ini bukan cerita perang-perang mahupun cerita mengenai semangat nasionalisme dikalangan masyarakat melayu era penjajahan pada hujung abad ke-20. dan juga bukannya sebuah cerita epik pengembaraan alice ke dunia fantasi, juga bukan penceritaan sejarah mengenai keluasan empayar Melayu pada suatu ketika dulu. jadi apa kah jadahnya semua ini?

Gua: lu nak tahu tak gua dah jelajah seluruh semenanjung

member gua: gua tak heran pun

gua: ala lu jeles la tu kan? gua dah jelajah seluruh malaysia..

member gua: takpela yang penting gua dah daki gunung kinabalu.. toksah cerita pawerla kalau gunung negeri sendiri pun tak pernah pijak...

gua: *&^%^%&^%

Gua terus ambil wuduk semayang taubat 2 rakaat



rasa loser pulak bila belum pernah naik gunung kinabalu...

Tuesday, November 15, 2011

Perkabusan Di Perbukitan Indah KIY







Assalamualaikum..

Fenomena kabus perbukitan itu perkara biasa bagi gua. ok, gua bagi beberapa das gambar untuk korang hayati betapa indahnya KOLEJ IBRAHIM YAAKUB pada pagi hari..




Amacam Power tak? apa? nak lagi? ok gua kasi sedas lagi yang paling Nice View...
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nice bukan? abaikan model sebab dia terlalu kacak untuk di kritik..

sebenarnya banyak lagi foto-foto cuma gua malas nak tunjuk..





gua harap lepas gua tunjuk gambar ni takdak pula budak-budak kolej lain nak pindah kolej kehkehkehkeh



Sekian Berita Salam Hormat

Saturday, November 12, 2011

Ulangentry ke 50


Assalamualaikum..

TAHNIAH BLOG GUA DAH MENCAPAI KPI TERBAIKNYA.. HARI INI ADALAH UNTUK MERAIKAN ENTRY YANG KE-50.. SYABAS DAN TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA GUA. DENGAN KOMITMEN DAN SEMANGAT YANG TINGGI DAN KATA-KATA SEMANGAT YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DARIPADA MAKWE-MAKWE CUN..







BLOG DAH BUAT 3 TAHUN LEBIH TAPI ENTRY BARU CECAH 50 MEMANG LOSER LA....

Wednesday, November 9, 2011

Tora, Ding Dang dan Nostalgia...


Assalamualaikum..

ok sebenarnya gua dah tido tadi, ingatkan dah jadik normal, bila dah terjaga susah pulak nak tido balik, jadi gua bantai FM 2011. sampai sekarang tak boleh tido.. ok malas cakap banyak.. besok jela gua sambung tido lagi..


korang kenal tak kotak-kotak ni? haaaaaaa kalau korang lahir tahun-tahun akhir 80-an mungkin kenal lah.. hahaha ini lah kotak yang buatkan gua eksited masa kecik-kecik dulu.. dia punya iklan bukan main lagi. "tora datang lagi dengan permainan.......". bila dah kuar TV bah memang keinginan nak membeli tu mencapai tahap inzal. hehehe kotak-kotak ni ada jual kat kampung gua. di kedai keling jamal. tapi malangnya mentaliti budak-budak gua yang kurang berkembang selalunya ingat bila dah kuar iklan kat TV kita bolehlah pegi beli.. last-last mainan yang bukan dalam iklan tadi. dan kejadian tersebut berulang-ulang.

budak-budak sekarang ada lagi tak, eksited dengan benda-benda macam ni? apa? kurang power, memanglah zaman gua teknologi tak macam sekarang. game elektronik bukan main lagi, kecik dah main PSP, PS3, eksbok, apa lagi? blekberi, aipon. kecik-kecik lagi dan pandai buat pesbuk. patutlah lagu-lagu sekarang ni agak mengarut macam cinta muka buku.. hahaha

kalau barang-barang elektronik paling canggih pun adalah..



















polystation, yang ni kalau kampung gua panggil video game, apa? tak maju? kalau rumah korang ada game ni kira koranglah yang paling maju dan kaya kat kampung. game ni layan kalau korang main street fighter, super mario, kontra. dan paling power siap pakej dengan pistol untuk game duck hunt, hahaha patotla zaman gua ramai betul member-member yang bercita-cita nak jadi tentera dan polis.

ok yang itu berkaitan dengan game-game indoor. sebenarnya gua risau tengok budak-budak sekarang dah takdak game-game fizikal yang mencabar kekuatan langsung. paling power main PSP depan member-member. mana ada lagi main tapuk-tapuk ( sembunyi2 ) main bubut-bubut ( kejar-kejar ), main polis sentri, main kawin-kawin. main masak-masak.hai banyak lagi lah game-game berbentuk fizikal yang memerlukan berlari, bersembunyi, itu belum gua cerita perihal game perang-perang guna senapang kayu. yang ni game paling dasyhat gua pernah main, dia punya perang dah macam cerita saving private Ryan pun ada. main bola petang-petang pun gua nampak macam dah kurang, ramai dah yang main bola larut malam. hehehe..

ok gua nak try sambung tido jadi ke tak.. kalau tak gua nak bakar je bilik ni biar semua tak dapat tido macam gua..

ni kalau budak-budak zaman sekarang baca abis gua kena kitai, budak-budak sekarang kecik-kecik dah jadi abang long kawasan...

Sunday, November 6, 2011

Last Man Standing 2011

si kacak tengah bersendirian.


Assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha...

semalam gua baru up entry perihal "last Man Standing". hari ni toksah cakap, gua jadi last man standing. dia punya feel memang pergghhhh!!. makwe-makwe? jangan crita gua malas nak up sebab makwe-makwe terlalu ramai mesej.

untuk hari ni kegiatan lelaki kacak terakhir memang sempoi, gua kali ni bergerak berduet dengan Lokman Keme, memang power plan-plan kitorang, dari program membasuh kopiah sehingga program mengusha makwe-makwe kaya kat sesyen 3. memang power jugeklah kitorang bila makwe cun naik BMW siap psssttt2 ngan kitorang.

dalam gua bersiar-siar di UKM.. banyak rahsia-rahsia yang korang tak tahu bila UKM ni kosong. gua sedaya upaya merungkaikan beberapa rahsia terbesar. antaranya rahsia pergaduhan besar monyet-monyet KIY. gua baru tahu monyet-monyet KIY terbahagi kepada dua kumpulan geng yang saling bermusuh dan merebut kawasan. dia punya tempur pergghh susah nak digambarkan dengan kata-kata, gua tak sempat nak rakam sebab henpon gua 3310. ini belum lagi gua cerita kisah yang gua dapat dari member mengatakan ada pergaduhan besar antara geng babi dengan geng anjing liar berebut kawasan di rahim kajai perggh memang true.. kalau gua siar konfem masuk NAtiOnal geograpi.

Feel tahun ni tak macam tahun lepas yan. penuh dengan emosi kelaparan, tahun ni penuh dengan kekenyangan kegembiraan, kemengantukan dan banyak lagi ke ke ke yang tak mampu gua ucapkan dengan sebaris kata-kata.

dan kisah yang paling menarik hari ni gua dengan keme dapat banyak daging kurban dari mesjid-mesjid sekitar bangi ni, kitorang punya eksited nak carik daging sampai round mesjid-mesjid bangi. pukul 12 je ktorang dapat 2 plastik berisi daging, dia punya feel memang hepi, ibarat budak-budak zaman dulu dapat sekotak ding dang, ataupun tora. dah macam-macam resepi terbayang di kepala lalu kami pun berkomunikasi yang dialognya lebih kurang begini bunyiknya...

gua: nak masak macam mana nie?
tanya gua dengan penuh semangat

keme: yang ni kita kena fikir dulu..

gua: ok set.. balik tdo dlu.

gua punya hepi.. ingatkan bangun-bangun dari tdo nanti dapatlah jugak merasa daging kurban malam nanti. petang tu setelah letih berhibernasi gua tanya keme lagi melalui chat pesbuk.. yang bunyinya lebih kurang begini...

gua: amacam daging kita?
Tanya gua dengan penuh debaran

keme: LU MESEJ NUAR SUH TAPAU SKET MAKANAN UNTUK KITA.
ok kalau bunyinya sudah macam ni maksudnya...

gua: ok cantek!!

daging? biar kita sama-sama fikirkan....


nasib baik nuar balik bawak makanan.. kalau tak MEGGI la jawapannya... Kesimpulannya sampai sekarang kami masih fikir daging 2 plastik tu nak buat apa.... mohon bantuan makwe-makwe cun untuk membantu, jangan asyik main pesbuk...


waktu gua pegi bilik keme, gua tengok die tengah usha2 cara nak masak satay kat google.. lu memang pemikir keme..

ok 8 haribulan UKM pulak buat kurban.. gua rancang nak datang amik kepala lembu letak depan pintu...

sekian berita salam Hormat




Friday, November 4, 2011

Last Man Standing


Ya ini Memang Gua..




Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Haji..

Amboi tajuk pun dah macam power omputih kan? kahkahkahkah apa gelak-gelak?
ok kenapa...

hari ni hari sabtu.. esok hari ahad hari raya haji, asal cuti mesti warga kampus berduyun-duyun pulang ke rumah nak makan ketupat, main mercun, jumpa member-member dan makwe-makwe. tidak kira ada yang naik bas, naik tren, naik feri, naik teksi dan naik belon ( oi kapal terbang bukan belon ). maka perbukitan pun menjadi sunyi sepi yang tinggal monyet-monyet, yang tak reti nak bercuti, kucing-kucing, anjing-anjing liar, pak guard, kalkatu, dan sebagainya itu tidak kira penghuni tetapnya..

jadi apa kena mengena dengan Last Man Standing? ok kembali ke topik asal...

Last Man Standing gua yang bagi nama untuk orang-orang yang masih tinggal di kampus walaupun cuti. selalunya Last Man Standing ni memang macho. tabah, kacak, digilai. yela orang ramai dah balik korang masih lagi bertapa di kampus memang lejen lah.. lejen KIY pun balik awal. kalau korang buat status pesbuk, yang korang masih lagi kat KOLEJ pergghh konfem makwe-makwe cun PTSL impress paling koman pun dorang like. kalau lagi advanced dia mintak no talipon korang suh tengok-tengokkan bilik dorang.. amcam? macho kan? try lah... memang sepanjang korang online pesbuk ade je makwe-makwe cun nak main chat dengan korang. itu belum cerita kelajuan internet tak sempat kelip mata korang dah boleh download filem trilogy lord of the ring buleray punya..

nak dijadikan cerita pula.. Raya aji tahun lepas, Gua jadi Last Man Standing duduk Perbukitan, Beraya haji dengan Raja, Panjang, Aidil. Gua tak balik sebab gua ada projek undang-undang yang memang susah dan memaksa gua baca buku sampai biji mata terkeluar.. yang dua orang lagi tu ukur bangunan time raya haji. pergghh dia punya feel memang kacak 24 jam.. kompiter gua sampai hang layan makwe-makwe. semua ambil berat pasal gua. asal buat status sikit dah dapat sampai beribu-ribu like..komen-komen jangan cakaplah semua nak ada muah muah muah je.. cam gams... hehehe

tapi walaupun rasa kacak, rasa hensem, makwe-makwe cun suka tapi ada satu masalah je yang memang buat gua panas.. kenapa? kenapa? kenapa?
.
.
.
.
.
.
.
kenapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
Gua Lapar nak makan hape? semua kedai makan tutup, kalau kedai melayu gua boleh konsider, ni kedai mamak pun tutup gua nak makan hape? hari raya haji orang makan burasak, ayam, minum sirap, oren sunkist. nasib baik 7E bukak.. dah tu makwe yang jaga 7E pulak tak cun. Makwe-makwe yang kat pesbuk pun tak dapat bantu. akhirnya Gua raya aji makan meggi dengan air watercooler memang cegams......lah..


raya haji tahun ni gua nak siap2 balik awal.. tapi rasanya esok dah raya haji gua masih baring-baring rilek kat bilek.. &*%^%$%$^% ok Last Man Standing Macho..

Sekian Berita Salam Hormat dan Selamat Hari Raya Haji

Tuesday, November 1, 2011

Mood

Assalamualaikum.

Ok Mood macam ni memang gua sangat hairan dan sangat tak puas hati.

sekarang Mood gua memang sangat sibuk dengan nak update blog, main pesbuk, main game, apa-apa jela mood yang memang lagho.. kehkehkeh

tapi kenapa mood macam ni datang masa aku ade ESAIMEN???

Gua cadang nak campak je laptop ke gaung perbukitan


Sekian Berita Salam Hormat

Thursday, September 15, 2011

Sampai UKM

Alhamdulillah.. Syukur atas izin yang Maha Esa..

Gua dah Selamat kembali ke Perbukitan..

Azam Baru Sem ini GUA MAHU BERUBAH InsyAllah...

Doakan Gua kawan2

Tuesday, August 23, 2011

Ulangtahun ke-500 kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


salam Ramadhan.

esok 24 ogos 2011 genaplah ulangtahun ke 500 kejatuhan kerajaan melayu paling gemilang di nusantara ke tangan penjajah Portugis pada 24 ogos 1511. Umum mengetahu siapa yang membina Membuka Kota Melaka pada tahun 1400 iaitu Putra Sriwijaya dari palembang yang meneruskan tradisi pemerintahan Kerajaan Melayu Sriwijaya yang jatuh akibat kuasa Majapahit.

Pembukaan Melaka dari sebuah perkampungan Nelayan yang kecil di muara sungai Melaka yang penuh dengan cerita-cerita lagenda seperti Kancil yang menendang Anjing perburuan Parameswara dan juga pohon melaka tempat beliau berteduh adalah satu kisah klasik yang menarik untuk para penyelidik sejarah pada ketika ini.

pembukaan kota melaka sebagai sebuah pelabuhan Entreport diteruskan dengan waris-waris parameswara yang seterusnya dan kemasukan Islam adlah faktor-faktor yang menjadikan Kota melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu tersohor Dinusantara kerana pelabuhannya dan juga dianggap sebagai serambi Mekah.

dalam entry kali ini, penceritaan mengenai bagaimana pembangunan kota melaka adalah sesuatu yang dianggap sering diceritakan kepada semua. namun apa yang penting adalah bagi mengambil iktibar dan pengajara terhadap kejatuhannya kepada Bangsa Melayu yang ada pada hari ini.

kalau dilihat secara logiknya sungguh tidak lojik apabila sebuah Kerajaan yang paling terkuat di Nusantara boleh dikalahkan oleh Bangsa pendatang yang datang jauh daripada Eropah. melaka ditumpaskan diTanahnya Sendiri. bukan itu sahaja, kalau dilihat bilangan jumlah tentera adalah sangat tidak lojik apabila tentera Melaka yang hampir 20 000 boleh tewas kepada hanya 1300 tentera portugis. kalau diambil kira kepada teknologi ketenteraan adalah tidak lojik walaupun Portugis maju sedikit, tapi kita tidak boleh untuk menafikan teknologi ketenteraan melaka yang boleh dianggap terbaik dan canggih di Nusantara.

Persoalannya Kenapa?

saya tidak ada jawapan Khas untuk kekalahan ini, orang-orang melayu pada hari ini seharusnya mengambil iktibar keatas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka dalam konteks Masyarakat Melayu pada hari ini. adakah Masyarakat melayu pada hari ini bersatu padu?

kejatuhan melaka harus dijadikan iktibar bagi masyarakat melayu bagi bersatu-padu mempertahankan Alif, Ba, Ta.

sekian berita salam Hormat

Sunday, August 21, 2011

Dalam Pembinaan


Salam Ramadhan.

bulan ramdhan macam ni giat pulak aku mengupdate apa-apa yang terdapat dalam laman sesawang. kalau ikutkan blog ini pun masuk aku memang bersawang ada macam-macam jenis haiwan macam tikus, kelawar, cicak, dinosour dan buaya sudah bersarang dalam blog aku ni.

sebenarnya aku jeles tengok blog orang lain cantik pulak, blog aku sudahlah buruk terbengkalai pulak macam orang buat perumahan PPRT separuh siap lepas tu ada penghuni buat aduan masuk dalam aduan rakyat TV3.

jadi dengan beberapa inisiatif dan suntikan bajet tahun 2022 oleh kerajaan kentang dan hasil meningkat dalam perusahaan kentang, lembaga pengarah telah mengeluarkan sedikit bajet bagi aku membaiki blog ini. yela bulan-bulan ramadhan macam ini kita bagus buat sedekah amal jariah.

pembinaan berlaku sedikit demi sedikit, ikut kerajinan aku nak buat bila dan bagaimana kerana lembaga pengarah tidak memberi dateline akhir untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan mungkin ambil masa 2 jam, 2 hari, 2 minggu, 2 bulan, 2 tahun atau mungkin langsung tidak buat sebab aku MALAS.

sekian Berita salam hormat

Ramadhan Bulan Beribadat


Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

hehehe agak skema di situ ya tuan-tuan dan Puan-Puan.

Entry kali ini agak Sopan keran kita berbicara mengenai Aktiviti Saya selama Ramadhan yang dah masuk hari ke 22.

Ramadhan bulan suci, berkat mulia dan setiap amalan dan pahala akan digandakan.

Bayangkan Pahala-pahala sunnat kita akan dapat seperti pahala Wajib dan Pahala-pahala wajib digandakan.. wah!! cuba bayangkan jika kita mengikut sunnah Rasulullah iaitu memulakan berbuka Puasa dengan kurma pun kita sudah mampu untuk mendapat pahala yang sangat besar.. wallahualam..

pendek kata Bulan Ramadhan ini kita mesti kaw-kawla mencari pahala kan? yalah syaitan dan Iblis semua dah dirantai kemas jadi tiada alasan untuk kita melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran yang tinggal hanyalah Nafsu yang menguasai diri.

ini belum pulak masuk mengenai malam LAILATULQADAR yang sangat istimewa satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. satu malam kita beribadat yang mendapat barakah ibarat beribadat seribu bulan.. woooo!! lihatlah betapa Pemurahnya Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. pendek kata, Bulan Ramadhan ini kita mendulang pahala la sebanyak yang mungkin untuk memperolehi keberkatan dan sumber untuk akhirat kelak ya..

selamat beramal ya rakan-rakan

ok2 cerita aku pulak, sepanjang Bulan Ramadhan ini sepatutnya aku semakin aktif beribadat tapi semakin aktif pulak aku Berpesbuk!! ok Terima kasih!!

Sekian Berita Salam hormat


Friday, August 19, 2011

FUTSAL


salam ramadhan..

sepanjang Bulan Ramadhan sudah empat kali gua layan Futsal.. semakin Power Gua main..
sekejap macam Modric, sekejap perangai gaya-gaya Xavi datang.. tadi gua layan gaya Milos krasic.. kadang-kadang Gua layan gaya Amar Rohidan menjadi setiap malam

tapi malangnya gaya, kehebatan serta keunggulan gua hanya mampu bertahan 10-20 minit.. lepas tu modric kemana xavi barai.. yang tinggal Hairuddin omar sepak bola guna lutut.

mungkin minggu depan gua nak try gaya Suarez, gua rasa gua mampu score 18 ribu kalau mampu bertahan selama 35 minit.

Untuk keputusan Perlawanan tadi, disebabkan bulan Ramadhan kami bagi can dorang menang. yela kan bulan mulia ni elok la kita bersedekah.

sekian berita salam hormat

Ada kah juga orang mau tinguk ni?