Pages

Tuesday, February 28, 2012

Perihal Keperluan

Assalamualaikum..

Sekarang ni gua sangat memerlukan satu barang bagi membantu gua bekerja dan hidup dalam kampus ni.

penat juga gua fikir bagaimana gua hidup tanpa benda ni?

Risau betul bila seminggu tak pakai benda ni..

terasa lagi risau bila satu kampus benda tu dah takda

ahhhhhh risaunya gua..

kadang-kadang gua ingat nak kumpul duit biar gua angkat satu letak dalam bilik.

biar hari-hari gua boleh pakai dan tak perlu untuk risau mencarinya lagi.

tapi?

tapi?

tapi?

ahhhhh sesungguhnya gua dalam dilema..












Gua Sangat memerlukan 

Amboi gua ini sebenarnya bukan apa.. tulang-tulang bukan kuat sangat nak basuh baju kehkehkeh

Gua ingat nak angkat satu mende ni letak kat bilik biar padan muka orang lain kehkehkeh

Sekian Berita Salam Hormat

Monday, February 27, 2012

Perihal Team Power

Assalamualaikum..

Amboi berseri seri sungguh penyokong Team Paling Power di dunia hari ni ye... kehkehkehkeh

kehkehkehkeh

Hai Evra Negro


bedebar jugak game semalam ye. yela kang membelasah feel final tu tak terasa pulak kan jadi kita main penalty bagi rasa sikit feel final tu.. kehkehkehkeh

tapi satu je gua heran yang kalah semalam cardiff tapi satu team ni penyokongnya BUTTHURT bukan main lagi hahahaha... sapa tau dia tau la tu...

Sekian Berita Salam Hormat

Monday, February 20, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn Part 9


“Kau biar betul fi” ujar Ismadi kepada Saufi yang terkejut dengan pelawaan Saufi untuk membawa Ismadi menyiasat perkara yang berlaku dalam Hutan Fanggor tersebut.

“engkau jela yang aku boleh percaya sekarang ni. Takkan aku nak ajak zaidi pulak? Dia dah bagi aku amaran supaya memberitahu kepada pihak polis akan hal sebenar” jawab Saufi tenang sambil menyalakan sebatang rokok.

“lagipun takkan aku nak ajak si Saiful tu pulak untuk meredah Hutan Fanggorn tu? Dia manalah ada tenaga jantan macam kau. Kalau berzapin mungkin dia power lah” tambah Saufi lagi bagi meyakinkan Ismadi.
“aku takutlah, ko bukan tak tahu Hutan Fanggorn tu kan ada raksasa berkepala sebelas yang telah menelan helikopter. Ko nak dia telan kita sekali ke?” ujar Ismadi cuba untuk menolak ajakan Saufi.

Saufi terus menghisap rokok tanpa memikirkan alasan yang diberikan oleh Ismadi. Saufi tahu yang Ismadi menolak ajakannya kerana Ismadi merupakan seorang yang penakut kepada pacat. Dia teringat kisah semasa mereka menyertai perkhemahan dahulu dimana, Ismadi telah pengsan setelah terkejut melihat seekor pacat yang besar melekat dikakinya.

“macam ni jela, kalau kau nak ikut ko mesej je aku. Aku tak nak paksa kau untuk join misi aku ni. Lagi satu, aku nak ko rahsiakan perkara ini daripada zaidi” ujar Saufi kepada Ismadi sambil mulutnya tenang menghembus keluar asap rokok.

Saufi bergerak meninggalkan Ismadi, dia keluar dari bilik Ismadi dengan sedikit perasaan hampa mungkin kerana Ismadi menolak pelawaannya untuk menyiasat perkara tersebut. Dia kelihatan bergerak menuju ke bili Shazali namun dia berasa hampa apabila ketukan demi ketukan namun tidak ada balasan mungkin keluar agaknya.

************
“Tuan Saya rasa kita perlu siasat perkara ini” Ujar Inspektor Safwan kepada Tuan Faridul sambil membetulkan fail-fail sulit kerajaan.

“saya sudah meletak beberapa infomer dari kalangan bekas komando untuk terus berada di dalam Hutan Fanggorn bagi melihat apa sebenarnya yang berlaku dalam Hutan Fanggorn sejak kebelakangan ini” Jawab Tuan Faridul seperti gaya Tuan Helmi yang dilakukan oleh Yusof Haslam dalam drama Gerak Khas.

“sebenarnya saya risau dengan saki baki penyokong pemberontak yang masih hidup berkeliaran di pekan New York tu Tuan, lagipun, kalau kita lihat semenjak peristiwa demo baring hari tu, ketegangan semakin memuncak terutamnya di daerah Lunas” Tambah Inspektor Noritta pula.

“Saya risau akan berlaku kebangkitan semula tentera pembebasan yang menyokong kepimpinan kerajaan Dinasti kayangan tu Tuan” Inspektor Safwan menambah kerisauannya.

Tuan Faridul hanya menganggu-anggukan kepalanya seperti risau dan cuba memikirkan masalah yang sedang berlaku di Lunas.

“Bagaimana dengan budak yang terlibat dengan kejadian hari tu” Tuan Faridul bertanya kepada Inspektor Safwan dan Inspektor Noritta.

“kami dah jalankan sedikit siasatan Tuan, kami dah jumpa budak tu dan jelaskan apa yang berlaku pada malam tersebut dan kami harap dia tidak tahu perkara sebenar yang berlaku pada tersebut” jawab Inspektor Safwan.

“lagipun semasa kami sedang jalankan siasatan keadaannya masih lagi lemah dan mungkin dia tidak ingat apa yang berlaku pada malam tersebut” Tambah Inspektor Noritta pula.

“bagus.. bagus..  tapi saya nak kamu berdua terus perhatikan budak tersebut, saya takut mungkin dia tahu perkara sebenar” arah Tuan Faridul.

“lagi satu saya nak anggota kita perketatkan lagi rondaan dan pengawasan terutamanya sekitar Pekan New York dan Hutan Fanggorn tersebut” arah tuan Faridul lagi.

“Baik tuan” jawab Inspektor Safwan dan Inspektor Noritta serentak.
Perbincangan ala-ala siri drama kepolisian gerak Khas tersebut berakhir apabila Inspektor Noritta dan Inspektor safwan bergerak meninggalkan pejabat Tuan Faridul.

“aku rasa kita  berdua perlu masuk dalam Hutan Fanggorn la, apa pendapat ko ita?” Tanya Inspektor Safwan kepada Inspektor Noritta.

“Hish apa yang ko merepek ni wan? Ko tahu tak Hutan tu bahaya? “ Jawab Inspektor Noritta Sambil meninggikan suaranya.
“ala aku nak gurau je ko nak marah hehehe” seloroh Inspektor Safwan. Inspektor Noritta geram dengan tindakan Inspektor Safwan lantas mencubit manja bahu kiri Inspektor Safwan.

Kegiatan manja mereka berdua diperhati serius oleh beberapa anggota polis bertaraf rendah sambil tersengih-sengih dengan aktiviti pegawai atasan mereka.

“apa tengok-tengok? Dah pegi sambung kerja” arah Inspektor Norrita dengan tegas.

“amboi ko ni Ita bila marah terserlah keayuan ko ye” seloroh Inspektor Safwan lagi.

“dahlah wan!!  jom kita pergi makan sekarang sekarang sekarang” jawab Inspektor Noritta sambil menolak-nolak belakang Inspektor Safwan.


Bersambung....

Sunday, February 19, 2012

Perihal Kisah Percintaan Finale Episod

Finale Episod...

Itulah adalah peertemuan paling manis yang pernah aku rasakan semenjak aku mula hidup sebagai seorang remaja yang dahagakan cinta daripada gadis-gadis bertudung bawal. walaupun dalam pertemuan ringkas itu kami hanya menjamah keropok Super Ring dan ais krim Mat Kool namun bagiku ianya tetap indah seindah bebunga yang mekar di taman impian. Namun sepanjang pertemuan kami itu tidak sepatah pun dia berkata dia hanya tersenyum sahaja.

Pertemuan kami yang kedua pula berlangsung gKedai rakyat satu malaysia yang berdekatan dengan stesen LRT. Pertemuan kali ini adalah kehendak daripadanya. Aku tertanya-tanya kenapa perlu bertemu dikawasan Kedai seperti itu? kenapa bukan di Midvalley, mahupun di The Curve di Damansara sana? Ah! aku tidak memikir banyak, kerana bagiku itu mungkin yang terbaik buatnya.

Sesampainya aku di sana, kulihat dia sudah menantiku dihadapan pintu kedai rakyat satu malaysia. seperti biasa dia akan datang lebih awal daripadaku.Bbila melihat kelibatku semakin menghampirinya, dilemparkan senyuman yang indah kepadaku. Aku terus menyambut senyumannya dengan bergegas mengeluarkan sikat daripada belakang poket seluar jeansku lalu menyikat rambut gaya belah tengah.

"Assalamualaikum...." seperti biasa aku memulakan perbicaraan dengan memberi salam sambil tersenyum kacak.

dia hanya tersenyum panjang sambil mengangguk-angguk kepalanya seperti tanda menjawab salam ku didalam hatinya. Aku tidak ambil kisah pun hal tersebut, kerana ustazah di sekolah dulu pernah memberitahu kadangkala kita boleh menjawab salam di dalam hati. mungkin itulah yang dilakukan oleh kekasihku ini.

"hari ini awak nak beli apa pulak" bisikku berdekatan dengan telinganya yang ditutupi oleh tudung bawal berkaler pink.

dia hanya tersenyum manis kepadaku sambil menarik tanganku ke dalam Kedai Rakyat satu Malaysia. Kami berjalan beriringan masuk ke kedai itu...


argghhh.... gua tamatkan jela cerita ini disini...

akhirnya kami hidup bahagia dengan 4 orang anak yang comel-comel belaka dan kesemua anak-anak kami dinamakan mengikut nama-nama novel cinta yang sering dibacanya.

TAMMAT

 cis sebenarnya gua pun tak tahu amende yang gua mencarut ni.. kehkehkehkeh...

Gua sebenarnya berlatih untuk menulis sebelum menyambung Misteri Hutan Fanggorn. kata orang kalau lama tak menulis nanti boleh jadi bangang...

Sekian Berita Salam Hormat

Saturday, February 18, 2012

Perihal Kisah Percintaan Prolog

Prolog

Aku sebenarnya hendak menceritakan kisah percintaan aku dengan seorang gadis manis berkulit putih dan suka bertudung bawal lilit. kadang-kala dia memakai tudung bawal dengan dilepasnya saja tanpa dililit. Satu hari yang indah pada hari selasa tepat pukul 3 petang kami telah melakukan pertemuan janji kami yang pertama disebuah taman bunga. keadaanya seperti satu pertemuan dua kekasih yang sangat indah dan romantik ibarat sebuah filem cinta hindustan yang sering menjadikan kawasan-kawasan indah sebagai background bagi videokilp nyanyian mereka walaupun hanya miming sahaja.

dia tersenyum memandangku yang datang ke arahnya. ku lemparkan kembali senyumanku kepadanya yang berdiri disebalik pagar taman bunga itu. menawan sekali gadis pujaan hatiku itu apatah lagi apabila menggayakan pemakaian tudung bawal kesukaanku. Aku sempat membetulkan rambut yang telah aku sikat dengan stail belah tepi ke kanan. Tidak berpuas hati dengan kekemasan rambutku yang sedia kemas lalu Sikat ku keluarkan daripada poket belakang dengan perlahan lalu ku rapikan semula rambut yang sedia rapi ke sebelah kanan.

Semakin ku menghampirinya semakin berdebar-debar hatiku. ah!! perasaan apakah ini? adakah ini yang dinamakan cinta. Aku terus hampir kepadanya kelihatannya wajahnya sangat lembut dan menyenangkan hatiku kerana ciri-ciri keisterian dan keibuan sangat terserlah diwajahnya walaupun sudah berpanas mungkin sejak tiga jam lagi kerana menunggu aku yang lewat kerana bas yang ku naiki tadi mempunyai masalah enjin.

"Assalamualaikum... Awak dah lama tunggu ke?" Sapaku dengan penuh mesra. Dia hanya tersenyum sahaja. agakku ah mungkin dibalasnya dalam hati.

"awak dah lama tunggu?" tanya ku sekali lagi sambil memberikan secebis senyuman paling manis pernah ku buat sepanjang aku hidup.

"errmmmmmmmmm..." hanya itu yang keluar dari mulutnya namun bibirnya tetap melemparkan senyuman yang manis.

"mungkin kekasih hatiku ini tidak kisah aku datang lewat agaknya" aku bermonolog sendiri di dalam hati.

Bersambung..

Thursday, February 16, 2012

Perihal Cinta

Assalamualaikum


Mesej Gua tujukan kepada semua makwe bertudung bawal sahaja.. kehkehkeh

"Jika aku harus memilih untuk bernapas atau mencintaimu, maka akan ku gunakan napas terakhirku untuk mengatakan "aku mencintaimu"




Power betul punya jiwang ayat ini, gua sempat post dekat twitter gua dan gua berharap adalah seorang dua makwe tudung bawal cun terakhir membaca mesej yang gua cuba sampaikan ini..kehkehkehkeh


Sekian Berita Salam Hormat

Monday, February 13, 2012

Perihal Hari 14 Februari

Assalamualaikum..

hari ini adalah 14 Februari hari memperingati kekasih

jadi gua rasa seperti ketinggalan bila semua masyarakat manusia yang mempunyai blog bercerita mengenai hari memperingati kekasih ni..

jadi gua pun dengan rasa kesedaran dan sedikit poyo juga mahu bercerita mengenai hari valentine mahupun hari kekasih yang bermacam-macam karenahnya

Sebenarnya gua nak ulas satu benda sahaja.

14 februari ni bukan lagi menjadi hari memperingati kekasih ataupun valentine day..

Tapi dah jadi hari NASIHAT MENASIHATI.. kehkehkehkeh...

Kenapa? Lu boleh fikir sendiri agaknya.. kehkehkeh..

kita tukarlah 14 februari hari nasihat menasihati..

Sekian Berita Salam Hormat

Perihal Pengembaraan

Assalamualaikum

Gua sedang dalam Mood pengembaraan

Sekian Berita Salam Hormat

Sunday, February 12, 2012

Perihal Sejarah

Assalamualaikum

Gua sebenarnya menonton satu dokumentari mengenai kejatuhan empayar British di Singapura oleh Jepun pada tahun 1942.

sepanjang dokumentari dari kisan pendaratan jepun di kota Bharu sehinggalah Jepun menawan singapura pada 14 Februari 1942 tiada satu diceritakan mengenai penglibatan Rejimen Askar Melayu Di raja.

Asyik nak bercerita mengenai pembelotan Askar-askar Empayar yang diambil dar india.

Bercerita rejimen dari Australia yang kononya berjuang bermati-matian menentang .

di ceirtanya juga perjuangan pasukan cina DALFORCE berjuang mempertahankan bahagian barat laut Singapura

habis di mana peranan Askar Melayu dalam cerita ini?

Leftenan Adnan


kenapa tidak diceritakan "Battle of Pasir Panjang" pertempuran di pasir panjang? di akui sendiri oleh jeneral Percival..

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"
 
 
ini tidak diceritakan langsung dalam dokumentari tersebut.. tak nak tunjuk pun tapi bagitaulah.. gua ni dah la peminat History Channel..
Sekian Bertia Salam Hormat





Friday, February 10, 2012

Perihal Bermadah

A breathless drive on a down town street
A motor bike ride in the mid-day heat
The dust that hung from the desert skies
Run though we'd run, it still burned our eyes
Oh yes we may walk on the wild, wild side of life,
And our movements traced by a stranger close by your side
And in the shadows of a promise take my hand
And show me a way to understand
So if you think you know how to love me
And you think you know what I need
And itf you really really want me to stay
You've got to lead the way
Yes it you think you know how to love me
And you think you can stand by me
And if you really really want me to stay
You've got to lead the way
(So just lead me, lead me away)
A reckless night in a nameless town
Then we moved out of sight with a silent sound
A beach that wept with deserted waves
That's where we slept, knowing we'd be safe
Now you may think you can walk on the wild wild side with me
But there's a lot I can learn, and a lot that I've yet to see
You know you've got my life lying in your handIt's up to yu to make me understand
So if you think you know how to love me

Tuesday, February 7, 2012

Perihal Budaya Melepak

Assalamualaikum..

Gua nak sembang sikit pasal budaya lepak..

kalau dulu orang-orang tua cakap budaya lepak ini satu pencemaran budaya

melepak di mana sahaja buat orang sakit mata..

bersembang benda-benda keduniaan, menusha makwe itulah yang dibincangkan sepanjang perlepakan berlaku

namun sekarang kegiatan yang mencemari budaya ini pula telah dicemari

tengah-tengah lepak semua sibuk main henpon..

cis!! gua dah selalu terkena...

lepas ni kalau nak ajak gua lepak semua henpon mahupun gadjet anda sila serahkan kepada saya..

supaya perbincangan dalam kegiatan melepak lebih murni dan melaui hati ke hati..

gua tak de pulak gambar ak tunjuk..

duduk satu table sampai 4 orang tapi semua sibuk sembang dengan henpon..
cis!!

jangan cemari budaya lepak


Sekian Berita Salam Hormat..


Monday, February 6, 2012

Perihal di Rumah

Assalamualaikum

Gua dah berada di rumah..

Walaupun bukan di rumah sebenarnya tapi heavennya bukan main

Mana tidak asyik2 usha peti ais..

Macam mana la pelan nak kembali ke zaman kegemilangan kalau lepak rumah sebulan ni..

Hahaha memang sukar la

Sebenarnya gua menulis entry menggunakan BB.. Kehkehkeh

Sekian Berita Salam Hormat

Sunday, February 5, 2012

Perihal Si Botak

Assalamualaikum..

melalui perlawanan celsi lawan menyu semalam gua dapat simpulkan 2 benda sahaja..


1) Chelsea kurang pandai main bola ( bangan*)


2) Howard Webb memang power!

si Botak yang Power!!

melalui pemerhatian, LIVERPOOL perlu beli si botak ni sebelum mencester siti sedar akan kehebatannya.. kehkehkehkeh

Sekian Berita Salam Hormat

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDURRASUL

ASSALAMUALAIKUM

MARILAH SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN KITA BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD S.A.W


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

Friday, February 3, 2012

Perihal KTM 2


Gua tak tahu pula sekarang KTM pakai perkhidmatan Feri.. kehkehkehkeh

Sekian Berita Salam Hormat

Ada kah juga orang mau tinguk ni?