“Kau biar betul fi” ujar Ismadi kepada Saufi yang terkejut
dengan pelawaan Saufi untuk membawa Ismadi menyiasat perkara yang berlaku dalam
Hutan Fanggor tersebut.
“engkau jela yang aku boleh percaya sekarang ni. Takkan aku
nak ajak zaidi pulak? Dia dah bagi aku amaran supaya memberitahu kepada pihak
polis akan hal sebenar” jawab Saufi tenang sambil menyalakan sebatang rokok.
“lagipun takkan aku nak ajak si Saiful tu pulak untuk
meredah Hutan Fanggorn tu? Dia manalah ada tenaga jantan macam kau. Kalau berzapin
mungkin dia power lah” tambah Saufi lagi bagi meyakinkan Ismadi.
“aku takutlah, ko bukan tak tahu Hutan Fanggorn tu kan ada
raksasa berkepala sebelas yang telah menelan helikopter. Ko nak dia telan kita
sekali ke?” ujar Ismadi cuba untuk menolak ajakan Saufi.
Saufi terus menghisap rokok tanpa memikirkan alasan yang
diberikan oleh Ismadi. Saufi tahu yang Ismadi menolak ajakannya kerana Ismadi
merupakan seorang yang penakut kepada pacat. Dia teringat kisah semasa mereka
menyertai perkhemahan dahulu dimana, Ismadi telah pengsan setelah terkejut
melihat seekor pacat yang besar melekat dikakinya.
“macam ni jela, kalau kau nak ikut ko mesej je aku. Aku tak
nak paksa kau untuk join misi aku ni. Lagi satu, aku nak ko rahsiakan perkara
ini daripada zaidi” ujar Saufi kepada Ismadi sambil mulutnya tenang menghembus
keluar asap rokok.
Saufi bergerak meninggalkan Ismadi, dia keluar dari bilik
Ismadi dengan sedikit perasaan hampa mungkin kerana Ismadi menolak pelawaannya
untuk menyiasat perkara tersebut. Dia kelihatan bergerak menuju ke bili Shazali
namun dia berasa hampa apabila ketukan demi ketukan namun tidak ada balasan
mungkin keluar agaknya.
************
“Tuan Saya rasa kita perlu siasat perkara ini” Ujar
Inspektor Safwan kepada Tuan Faridul sambil membetulkan fail-fail sulit
kerajaan.
“saya sudah meletak beberapa infomer dari kalangan bekas
komando untuk terus berada di dalam Hutan Fanggorn bagi melihat apa sebenarnya
yang berlaku dalam Hutan Fanggorn sejak kebelakangan ini” Jawab Tuan Faridul
seperti gaya Tuan Helmi yang dilakukan oleh Yusof Haslam dalam drama Gerak
Khas.
“sebenarnya saya risau dengan saki baki penyokong
pemberontak yang masih hidup berkeliaran di pekan New York tu Tuan, lagipun,
kalau kita lihat semenjak peristiwa demo baring hari tu, ketegangan semakin
memuncak terutamnya di daerah Lunas” Tambah Inspektor Noritta pula.
“Saya risau akan berlaku kebangkitan semula tentera
pembebasan yang menyokong kepimpinan kerajaan Dinasti kayangan tu Tuan”
Inspektor Safwan menambah kerisauannya.
Tuan Faridul hanya menganggu-anggukan kepalanya seperti
risau dan cuba memikirkan masalah yang sedang berlaku di Lunas.
“Bagaimana dengan budak yang terlibat dengan kejadian hari
tu” Tuan Faridul bertanya kepada Inspektor Safwan dan Inspektor Noritta.
“kami dah jalankan sedikit siasatan Tuan, kami dah jumpa
budak tu dan jelaskan apa yang berlaku pada malam tersebut dan kami harap dia
tidak tahu perkara sebenar yang berlaku pada tersebut” jawab Inspektor Safwan.
“lagipun semasa kami sedang jalankan siasatan keadaannya masih
lagi lemah dan mungkin dia tidak ingat apa yang berlaku pada malam tersebut”
Tambah Inspektor Noritta pula.
“bagus.. bagus.. tapi
saya nak kamu berdua terus perhatikan budak tersebut, saya takut mungkin dia
tahu perkara sebenar” arah Tuan Faridul.
“lagi satu saya nak anggota kita perketatkan lagi rondaan
dan pengawasan terutamanya sekitar Pekan New York dan Hutan Fanggorn tersebut”
arah tuan Faridul lagi.
“Baik tuan” jawab Inspektor Safwan dan Inspektor Noritta
serentak.
Perbincangan ala-ala siri drama kepolisian gerak Khas tersebut
berakhir apabila Inspektor Noritta dan Inspektor safwan bergerak meninggalkan
pejabat Tuan Faridul.
“aku rasa kita berdua
perlu masuk dalam Hutan Fanggorn la, apa pendapat ko ita?” Tanya Inspektor
Safwan kepada Inspektor Noritta.
“Hish apa yang ko merepek ni wan? Ko tahu tak Hutan tu
bahaya? “ Jawab Inspektor Noritta Sambil meninggikan suaranya.
“ala aku nak gurau je ko nak marah hehehe” seloroh Inspektor
Safwan. Inspektor Noritta geram dengan tindakan Inspektor Safwan lantas
mencubit manja bahu kiri Inspektor Safwan.
Kegiatan manja mereka berdua diperhati serius oleh beberapa
anggota polis bertaraf rendah sambil tersengih-sengih dengan aktiviti pegawai
atasan mereka.
“apa tengok-tengok? Dah pegi sambung kerja” arah Inspektor
Norrita dengan tegas.
“amboi ko ni Ita bila marah terserlah keayuan ko ye” seloroh
Inspektor Safwan lagi.
“dahlah wan!! jom
kita pergi makan sekarang sekarang sekarang” jawab Inspektor Noritta sambil
menolak-nolak belakang Inspektor Safwan.
No comments:
Post a Comment