Pages

Sunday, February 19, 2012

Perihal Kisah Percintaan Finale Episod

Finale Episod...

Itulah adalah peertemuan paling manis yang pernah aku rasakan semenjak aku mula hidup sebagai seorang remaja yang dahagakan cinta daripada gadis-gadis bertudung bawal. walaupun dalam pertemuan ringkas itu kami hanya menjamah keropok Super Ring dan ais krim Mat Kool namun bagiku ianya tetap indah seindah bebunga yang mekar di taman impian. Namun sepanjang pertemuan kami itu tidak sepatah pun dia berkata dia hanya tersenyum sahaja.

Pertemuan kami yang kedua pula berlangsung gKedai rakyat satu malaysia yang berdekatan dengan stesen LRT. Pertemuan kali ini adalah kehendak daripadanya. Aku tertanya-tanya kenapa perlu bertemu dikawasan Kedai seperti itu? kenapa bukan di Midvalley, mahupun di The Curve di Damansara sana? Ah! aku tidak memikir banyak, kerana bagiku itu mungkin yang terbaik buatnya.

Sesampainya aku di sana, kulihat dia sudah menantiku dihadapan pintu kedai rakyat satu malaysia. seperti biasa dia akan datang lebih awal daripadaku.Bbila melihat kelibatku semakin menghampirinya, dilemparkan senyuman yang indah kepadaku. Aku terus menyambut senyumannya dengan bergegas mengeluarkan sikat daripada belakang poket seluar jeansku lalu menyikat rambut gaya belah tengah.

"Assalamualaikum...." seperti biasa aku memulakan perbicaraan dengan memberi salam sambil tersenyum kacak.

dia hanya tersenyum panjang sambil mengangguk-angguk kepalanya seperti tanda menjawab salam ku didalam hatinya. Aku tidak ambil kisah pun hal tersebut, kerana ustazah di sekolah dulu pernah memberitahu kadangkala kita boleh menjawab salam di dalam hati. mungkin itulah yang dilakukan oleh kekasihku ini.

"hari ini awak nak beli apa pulak" bisikku berdekatan dengan telinganya yang ditutupi oleh tudung bawal berkaler pink.

dia hanya tersenyum manis kepadaku sambil menarik tanganku ke dalam Kedai Rakyat satu Malaysia. Kami berjalan beriringan masuk ke kedai itu...


argghhh.... gua tamatkan jela cerita ini disini...

akhirnya kami hidup bahagia dengan 4 orang anak yang comel-comel belaka dan kesemua anak-anak kami dinamakan mengikut nama-nama novel cinta yang sering dibacanya.

TAMMAT

 cis sebenarnya gua pun tak tahu amende yang gua mencarut ni.. kehkehkehkeh...

Gua sebenarnya berlatih untuk menulis sebelum menyambung Misteri Hutan Fanggorn. kata orang kalau lama tak menulis nanti boleh jadi bangang...

Sekian Berita Salam Hormat

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?