Pages

Thursday, February 21, 2013

Perihal Rockers Part 2

"karam aku di lautan duka bila wajahmu hilang dimata..." Sepul berdiri terkangkang di hadapan bilik tidurnya mendendangkan korus lagu karam dan cuba menyamakan suaranya dengan Malek Vokalis Kumpulan Zabarjad. Sikat berwarna oren dijadikannya mikropon.

Sepul lengkap berpakaian seperti ala-ala rock kapak, berseluar jeans hijau ketat, berkemeja putih lambang kumpulan Loudness dan bejaket jeans yang telah dipotong dibahagian lengannya. skaf merah pula terlilit kemas peha kanannya. Rambutnya pula dibiarkannya terurai seperti gaya Slash.

"Amboi jiwangnya,kata rockers sejati" sampuk Jali yang sedari tadi memerhatikan perangai Sepul.

"Sori der,Zabarjad bukan jiwang der, ni namanya slow rock.. kalau Anuar Zain tu mungkin jiwang der," Jawab Sepul tegas. 

Jali hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat rakan serumahnya itu.

"Engkorang ada jamming ke pul?" tanya Jali.

"hehehe hari ni gua dengan budak-budak gua tak jamming, hari ni kita orang nak midvalley" Jawab Sepul sambil tersengih.

Jali kelihatan bingung, kerana sepanjang pengetahuannya,hari ahad begini,Sepul dengan rakan-rakan rock kapaknya biasanya akan berjamming dan lepak di CM Kuala Lumpur. Pusat-pusat membeli belah seperti midvalley, The Curve dan Pavilion ni bukanlah tempat yang kena dengan jiwa rockersnya, kalau tidak pun Sepul akan lepak di Kotaraya.

"eh bila masa rockers dah pandai pergi midvalley ni?" Jali bertanya inginkan kepastian.

"haaaaaaaaaa...hari ni spesial sikit Li, gua dengan budak-budak gua nak pergi tengok wayang, ala cerita rock tu yang Mamat Khalid jadi pengarahnya tu.." Jawab Sepul sambil mula menyarung kasut Aliph ke kakinya.

Jali terdiam seketika.

"ok la der gua chau dulu kalau ada apa-apa mesej" beritahu Sepul sambil berlalu.

Jali masih lagi terdiam,dia berfikir apalah pandangan orang-orang di Midvalley nanti apabila melihat kelibat Sepul dan rakan-rakannya..

Bersambung..

Wednesday, February 20, 2013

Perihal Rockers Part 1

"Kekejaman manusia hooooooo hoooooooooo hoooooo... kekejaman manusia tiada batasnya..." Jerit  Sepul dari dalam kamar mandi menyanyi lagu kumpulan rockers kekejaman sambil menggoyang-goyangkan kepalanya yang penuh dengan syampoo.

8 minit kemudian Sepul keluar dari kamar mandi dengan tuala terlilit kemas dipinggangnya, Rambutnya yang panjang menggerbang gaya Amy Search dalam cover kaset Fenomena kelihatan masih basah. Dia berlalu laju menuju ke biliknya sambil menarik Korus lagu Bloodsheed Samarkand.

Di ruang tamu Jali, yang sedang membaca Akhbar Tabloid Harian Metro  menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat teman serumahnya. Dia sebenarnya hairan dengan Sepul, walaupun sudah tahun 2013 namun masih lagi berpenampilan aneh-aneh seperti dia masih hidup di Zaman lewat 80-an dulu.

Di dalam bilik, Kelihatan Sepul sedang mengeringkankan rambutnya menggunakan kipas angin.

"Seribu Tahun takkan mungkin bisa menghuraikan semua cinta yang kau beri untuk diriku yang rinduuuuuuuuuuuuu", Jerit Sepul Sambil menyikat rambutnya di hadapan kipas angin berjenama Sanyo.

Bersambung....

Saturday, February 9, 2013

Perihal Last Man Standing 2013 ( Versi Perang )

Kapten Ryan masih lagi bertahan di dalam parit itu sambil gigih menembak mesin-gun ke setiap penjuru. Askar-askar gasar kelihatan semakin liar dan buas berlumba-lumba mendaki perbukitan Indah untuk menawannya, namun satu persatu-satu tewas dengan tembakan mesin-gun dari Kapten Ryan. Kedudukannya yang sangat strategik dan membolehkannya melihat setiap pergerakan Askar-askar Gasar.

Kapten Ryan memeriksa tempat menyimpan peluru di tepinya, mungkin masih boleh digunakan beberapa jam lagi. Kumpulan terakhir baru sahaja meninggalkan perbukitan untuk berundur dan menjadikan Kapten Ryan bertahan bersendirian di puncak bagi memudahkan proses pengunduran itu.

Tiba-tiba, serangan Askar-askar Gasar seakan-akan sudah berhenti mungkin disebabkan oleh kabus perbukitan yang semakin menebal. serentak itu, kapten Ryan juga memberhentikan tembakan mesin-gunnya dan mula membakar sebatang rokok..

Kapten Ryan menghembus perlahan asap rokok dari mulutnya sambil termenung melihat kemusnahan total puncak Perbukitan Indah. Dia kelihatan masih tenang walaupun menjadi orang yang terakhir yang mempertahankan Perbukitan Indah itu.






kahkahkahkah

Tuesday, February 5, 2013

Perihal Pagi Ini Part 8

Raja masuk ke dalam bangunan usang lima tingkat tersebut dengan penuh debaran, dia berjalan perlahan-lahan sambil mengekori lelaki berbadan sedap itu. Ruangannya luas namun ianya kosong, Raja sekali lagi menjadi bingung, apa sebenarnya yang ada di dalam bangunan ini? nampak ianya seperti sebuah lobi hotel.

Dia terus berjalan mengekori lelaki berbadan sedap itu sambil matanya liar memerhatikan keseluruhan ruangan bawah bangunan usang lima tingkat tersebut.

Mereka bergerak ke arah penjuru sebelah kanan bangunan usang lima tingkat tersebut. Dimana terdapat sebuah Lif yang juga dijaga oleh dua orang lelaki berbadan sedap dan berkaca mata hitam pekat.

Raja semakin bingung dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang ada di dalam bangunan tersebut, kenapa ada ramai kelibat lelaki berbadan sedap berkacamata hitam berkawal di sini sana. Ingin sahaja dia bertanya kepada lelaki berbadan sedap yang membawanya itu, namun dia gusar seandainya tidak mendapat respon.

Melihat kelibat Raja dan lelaki berbadan sedap yang membawanya, salah seorang lelaki berbadan sedap yang menjaga pintu lif tersebut telah menekan butang lif, belum sempat Raja dan lelaki berbadan sedap yang membawanya itu sampai pintu lif sudah terbuka lebar untuk mereka.

"silakan..." Pelawa lelaki berbadan sedap yang membawa Raja.

Raja masuk ke dalam, diikuti oleh lelaki berbadan sedap yang membawanya, sejurus itu, pintu lif mula tertutup secara perlahan-lahan.  Raja mula membuat andaian mungkin segalanya akan terjawab apabila lif ini sampai ke destinasinya di tingkat atas.

kelihatan lima butang yang tertera nombor satu sehingga lima menandakan bangunan ini mempunyai lima tingkat. juga terdapat butang buka dan tutup dan terdapat satu butang berlogo telefon yang menandakan itu adalah butang bagi panggilan kecemasan.

Namun sesuatu telah mengejutkan Raja telah berlaku, tiba-tiba lelaki itu menekan butang kecemasan tersebut dengan secara tiba-tiba lif itu bergerak ke bawah dan bukannya ke atas seperti jangkaan awal Raja...


Bersambung....

Monday, February 4, 2013

Perihal Pagi Ini Part 7

"Raja?" Lelaki berbadan sedap bertanya dengan penuh tegas.

"Ye Saya" balas Raja ringkas.

"Silakan.." lelaki berbadan sedap mempelawa Raja untuk menyertainya.

Raja menjadi bingung seketika, sebenarnya dia risau Ducati 1199 Panigale di letakkan di kawasan tersebut. Lelaki berbadan sedap seperti dapat membaca kerungsingan Raja melalui raut wajahnya.

"takpe yang tu awak jangan risau" Lelaki berbadan sedap cuba menyakinkan Raja.

Lelaki berbadan sedap itu membuat satu isyarat dan secara tiba-tiba keluar dua orang lagi lelaki berbadan sedap dengan potongan rambut gaya abang-abang askar berjalan laju ke arah lelaki berbadan sedap yang pertama. Mereka juga berkaca mata hitam pekat dan raut wajah mereka kelihatan sangat tegas.

"mereka akan jaga" Lelaki berbadan sedap yang pertama menyakinkan Raja sekali lagi.

Riak wajah risau Raja bertukar sedikit tenang dan yakin apabila melihat dua orang lelaki berbadan sedap ala komando akan menjaga Ducati 1199 Panigalenya.

Raja mengekori lelaki berbadan sedap tadi menuju ke bangunan usang lima tingkat tersebut. Mereka melewati tugu peringatan Haron Ismail yang dibina berhampiran bangunan tersebut. Kalau di Barcelona, orang-orang Sepanyol membina tugu Colombus sebagai mengenang pelayar terunggul itu tapi bagi orang melayu, Haron Ismail adalah Bapa Pengembara Negara Cuma bezanya Haron Ismail bukan ahli politik.

Raja menjadi kagum seketika kerana Haron Ismail adalah idolanya. Baginya Haron Ismail ini tidak jauh bezanya dengan Christoper Colombus, Ferdinand Magellan mahupun Datuk Azhar Mansor yang berlayar mengelilingi dunia. Semasa melintasi tugu setinggi 30 kaki itu dia sempat mengambil beberapa gambar untuk diabadikan dalam instagram kelak.

Raja kini berada di depan pintu masuk bangunan usang berkenaan, tampak seperti kosong dan sudah lama ditinggalkan dia menjadi bingung seketika dan berfikir kenapa bangunan seusang ini dikawal sebegitu ketat oleh beberapa orang lelaki berbadan sedap berkaca mata hitam???

Bersambung.....

Friday, February 1, 2013

Perihal Pagi Ini Part 6

Dengan tunggangan yang bagus dan sempurna dalam masa tidak sampai 30 minit Raja sudah berada di tengah-tengah Ibu Kota. Motorsikal Ducati 1199 Panigale miliknya masih lagi menderu liar walaupun sudah bergerak perlahan dalam kesibukan Ibu Kota.

Raja tiba di sebuah kawasan yang sangat sibuk dengan manusia, ramai orang lalu lalang disitu dan melintasi jalan seperti tidak mempunyai otak, susunan bangunannya tidak teratur manakala jalannya pula sempit-sempit, terdapat banyak kedai-kedai ditepi jalan menambahkan lagi kesesakan kawasan tersebut, warganya pula bukanlah yang jenis yang berpakaian eksklusif seperti di satu lagi kawasan dalam Ibu Kota.

Raja menunggang motornya memasuki jalan-jalan yang sibuk itu, sesekali bunyi deruan motorsikal Ducati 1199 Panigale memecah kesibukan kawasan tersebut namun tidak mendapat perhatian daripada manusia disitu kerana semuanya seakan-akan sibuk membuat kerja masing-masing.

Raja sampai ke tempat yang ditujunya, dia memberhentikan Ducati 1199 Panigale berhampiran sebuah bangunan lama setinggi lima tingkat yang dihadapannya terdapat sebuah patung tugu peringatan Haron Ismail.  Raja mengeluarkan telefon bimbitnya seperti ingin membuat panggilan kepada seseorang. Belum sempat dia berbuat demikian dia didatangi seorang lelaki yang berbadan sedap..

Bersambung...

Ada kah juga orang mau tinguk ni?