Pages

Wednesday, October 23, 2013

Perihal Pagi Ini

Pagi ini sejuk sekali  di luar sana pula, entah masih hujan entah tidak. Dari tadi gua susah nak lelap.. lalu gua capai winston Light di atas meja tanpa berdiri, kemudian gua capai lighter bakar rokok gua hembus asap keluar dengan gaya tegas sambil berfikir panjang. Fikiran gua melayang-layang, macam-macam gua fikir kadang-kadang sampai tak logik. Gua pasang lagu seniman menangis biar pilu sikit keadaan pagi sejuk ni

akhirnya gua buat kesimpulannnnn

tadi ada pertandingan ragbi ke?

apehal keputusan 22 - 4?


Thursday, October 17, 2013

Perihal Pengembaraan Ke Selatan part 1

ngeeee.... ngeeee..... bunyi mesin rumput memecah kesunyian pagi.

huargghhhhhh!! Haron Ismail menguap ibarat seekor ibu singa yang tengah kelaparan.

"ah pagi-pagi lagi sudah kacau mesin rumput ni.." bentak Haron sambil menggosok-gosokkan matanya. Kelihatan tidurnya seperti terganggu kerana persitiwa malam semalam. Dia duduk bersila di atas tilam yang diletakkan di atas lantai sambil menutup semula matanya  rapat. Haron seperti cuba bermuhasabah diri.

tiba-tiba  telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu panggilan telah masuk. Bunyi nada deringnya pula adalah dari lagu rock 80-an. Haron mencapai telefon bimbitnya dengan matanya masih tertutup, ternyata ini adalah satu skill yang sudah lama dia pelajari.

Haron terus mengangkat tanpa perlu melihat siapa yang membuat panggilan tersebut.

"hello..."

Bersambung..

Ada kah juga orang mau tinguk ni?