ngeeee.... ngeeee..... bunyi mesin rumput memecah kesunyian pagi.
huargghhhhhh!! Haron Ismail menguap ibarat seekor ibu singa yang tengah kelaparan.
"ah pagi-pagi lagi sudah kacau mesin rumput ni.." bentak Haron sambil menggosok-gosokkan matanya. Kelihatan tidurnya seperti terganggu kerana persitiwa malam semalam. Dia duduk bersila di atas tilam yang diletakkan di atas lantai sambil menutup semula matanya rapat. Haron seperti cuba bermuhasabah diri.
tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu panggilan telah masuk. Bunyi nada deringnya pula adalah dari lagu rock 80-an. Haron mencapai telefon bimbitnya dengan matanya masih tertutup, ternyata ini adalah satu skill yang sudah lama dia pelajari.
Haron terus mengangkat tanpa perlu melihat siapa yang membuat panggilan tersebut.
"hello..."
Bersambung..
No comments:
Post a Comment