Pages

Sunday, November 11, 2012

Perihal Team Power

Lelaki Power

GUA RASA TAHUN NI LIVERPOOL TARGET PIALA KASUT EMAS KOT

SEKIAN BERITA SALAM HORMAT


Tuesday, November 6, 2012

Perihal Kefutsalan

Assalamualaikum..

Tadi gua main Futsal di batu empat

dalam pada menunggu masyarakat yang letih untuk ditukarkan

sebelah court gua main ada sekumpulan makwe tengah bermain futsal

gua perati pesen makwe bukan power main futsal

gua malas nak jeling belakang sebab mode gua tadi tegas macam rambo

jadi gua usha barang dua kali sudah lah

kerana gua tahu kemuncak permainan futsal para makwe di court sebelah

dan akhirnya agakkan gua tepat

kemuncak permainan Futsal geng makwe sebelah court kitaorang adalah

SNAP GAMBAR PAKAI OUTFIT FUTSAL DALAM COURT DENGAN BOLA FUTSAL

dan gua yakin tindakan mereka seterusnya adalah

UPLOAD DALAM PESBUK ATAU TWITTER DAN INSTAGRAM

dan kesannya..

MAKA BERDUYUNLAH PARA PAKWE MENGOMEN

ok itu sahaja.. mohon para makwe jangan marah gua kehkehkeh

Sekian Berita Salam Hormat

Thursday, October 18, 2012

Perihal Era Baru Pasca Era Kegemilangan

Assalamualaikum

Amboi power juga tajuk kali ni macam tajuk esaimen hubungan luar

macam biasalah gua ni jenis suka mengenang zaman sudah jadi dalam hal ini, gua mengorek-ngorek gambar lama yang gua rasa gua post dalam frenster sekitar tahun 2007 dulu 


time adalah juga dua tiga orang makwe kata muka macam AIZAT

serius gua tak tipu..

kalau dah aizat menyanyi di tivi,

maka henset gua akan masuk beberapa mesej

"eh ko tengah nyanyi dalam tv la"

dalam hal ini gua terus baling henset ke dinding sebab semangat rock memang kuat.

agak-agaklah kan? kalau kata muka gua macam MAN RANI kumpulan SOFEA ok juga.

Sekian Berita Saalam Hormat

Monday, October 8, 2012

Perihal Zaman Kegemilangan 2

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Amboi power juga ucapan gua pagi-pagi macam ni ye.

al maklumlah, baru lepas membuang waktu pagi, kata orang membuang waktu pagi sehat..

ahhh terus ke tajuk entry, sebelum ni gua pernah menulis mengenai Zaman kegemilangan Gua dulu-dulu. 

niat gua bukan mau berlagak yang zaman dulu gua sangat gemilang tapi interpertasi gua terhadap zaman kegemilangan gua, gua lihat dari sisi lain. ibarat analogi cawan yang pernah gua terangkan kepada saudara Mikun 2 tahun lepas.

dalam hal ini sila baca sini untuk memahami interpertasi zaman gemilang

dipendekkan cerita semalam gua korek-korek almari lama di rumah gua kat kebun dan akhirnya gua terjumpalah....

Baju Handalan sewaktu Era kegemilangan.

Era kegemilangan gua ini sebenarnya berlaku dalam 6 ke 7 tahun lepas macam tu la.

baju diatas menjadi saksi.

power juga baju kalau pakai ke bandar mesti orang mau tengok-tengok 

baju ni gua akan pakai ke bandar pada hari minggu iaitu ari ahad

dipadankan dengan seluar jeans berjenama levi's yang tak ori dengan potongan "Pit Kambing" ( potongan kecik dibawah)

kemudian di kepala terpasang cap ataupun topi Askar. time ni scene pakai topi celoreng atau askar pergi ke bandar tengah naik lagi.

di kaki pulak terpasang sepasang kasut converse putih atau kalau jenis malas, pakai sahaja selipar jepun berjenama cheetah mahupun walker yang dahulunya hanya berharga rm 3 sahaja.

kos untuk pergi melepak di bandar  hanyalah lima ringgit. kalau untung gua dapat kontrak basuh baju abang gua dapatlah gua sepuluh ringgit.

namun lima ringgit sudah mencukupi sebab dulu tambang 70 sen jadi kos untuk tambang sahaja Ringgit Malaysia 1.40. Kebiasaannya, Seringgit diperuntukkan untuk makan mee goreng telur mata sapi dengan kuah tauhu di jual di atas pasar. kalau duit banyak lebih boleh makan nasik kuning atau seperti gua kata tadi kalau dapat kontrak basuh baju bolehlah gua makan nasik lauk ayam dan sayur.

seringgit lagi diperuntukkan untuk bermain game arked dan selebihnya digunakan untuk membeli air tin yang sewaktu ketika itu sudah berharga RM 1.20.

pada ketika ini,  scene  pesbuk belum naik lagi jadi kitaorang banyak melepak secara realiti daripada melepak sambil mata sibuk menelaah smartphone yang gua rasa pada ketika ini semakin mencemari budaya lepak. Namunbegitu, scene Mirc sudah naik kat cyber-cyber cafe, bagi mat-mat jiwang mengayat makwe dalam mirc maka tempat lepak mereka adalah di cyber sambil menghadap kompiter dan tersenyum sendiri. dalam hal ini, pada akhir zaman kegemilangan gua juga terjebak dengan aktiviti tersebut dengan alasan mengikut peredaran masa.

Time ni masih popular lagi scene talipon makwe pakai talipon public. kalau ada syiling lebih boleh terus dail ke rumah. kalau bukan makwe tersebut yang mengangkat cepat-cepatlah diletak. Dalam period waktu ini, scene talipon bimbit hanya layak digunakan oleh golongan pegawai bergaji besar atau anak orang kaya sahaja .

kadang-kadang kalau pergi bandar tak kena dengan mood dan waktunya maka adalah pergaduhan yang berlaku antara geng-geng tapi zaman ni bergaduh memang rancak dan bukan seperti sekarang.

kita orang biasanya akan melepak sehingga petang sahaja dalam pukul 3-4 petang kitaorang akan kembali ke rumah untuk meneruskan aktiviti bersukan diwaktu petang pulak.. see berwawasan tidak?


bah ok la.. Gua rasa macam dah lari juga apa yang gua nak tulis ni..

Sekian Berita Salam Hormat

Sunday, September 30, 2012

Perihal Dunia tidak selamat lagi

LELAKI POWER DENGAN MEMAKAI JERSI PASUKAN POWER


Dunia Tidak Selamat Lagi

Sekian Berita Salam Hormat

Wednesday, September 26, 2012

Perihal Pengurusan Diri Paling Solid

bangun pagi..

lepak kejap sambil muhasabah diri..

pandang dinding kejap sambil menguap macam singa..

capai tuala..

bergerak ke toilet dengan penuh tegas..

mandi dengan kemas..

braa braa braaa... beberapa gayung air menyimbah..

selesai mandi keluar toliet dengan segar dan tegas..

iron baju kemeja smart sikit hari ni..

pakai baju sembur deodrant sket baru wangi..

sikat rambut pakai jari..

pakai jam..

pandang cermin sambil berbisik dalam hati "wah macam pengurus bank"

senyum dengan tegas..

kemas katil..

dan akhir sekali

sambung tidur..

pergi mampus dengan arkib..

sekian berita salam hormat

Tuesday, September 11, 2012

Perihal Kaya Raya

"come Tan Sri, kita bukan kenal sehari dua, kalau bukan Tan sri siapa lagi yang saya boleh percayai" Dato Herman cuba memujuk Tan Sri Kudin untuk bersama dengan syarikatnya dalam projek kapal angkasa bernilai 96 puluh ratus billion. "biar saya fikir dahulu Dato' lagipun projek membina bangunan setinggi langit kentang holding masih dalam proses saya takut anak saya tidak dapat menguruskannya" balas Tan Sri Kudin dengan gaya Jalaludin Hasan. "Tan Sri Tan Sri.. kalau Tan sri rasa puteri Amanda Danila tidak dapat uruskan saya akan hantar anak lelaki saya Randy Danish Ezuandy untuk membantu" pujuk Dato' Herman lagi sambil mula membakar paip dan menghembus perlahan. Tan Sri Kudin terdiam seketika tiba-tiba dia mendapat idea untuk menyatukan anak perempuannya dengan anak lelaki Dato' Herman. bersambung lepas musim tengkujuh... sekian berita salam hormat

Wednesday, August 15, 2012

Perihal Hujan Dan Cinta

Hujan yang turun malam ini
Membuat ku mencari-cari
Sejenak ku  bertanya di dalam hati
Apa hebatnya hujan ini?
dan Jawapannya sudah Pasti
Tanda Cintanya Ilahi

Saat hujan turun memberi seribu kegembiraan
Tanah keras yang tandus kering dilembutkan
Alam yang panas dan kontang disejukkan
Hati Petani yang suram kelihatan senyum keriangan
Dan ku andaikan hadirmu seperti hujan
Hadirmu mampu melembutkan kerasnya jiwaku
Senyum dan tawamu menyejukkan hatiku
Melihat kau disampingku membuatku bahagia selalu

Memang tidak ada cinta sehebat hujan yang diturunkan Ilahi
namun cintaku kepadamu selebat hujan yang membasahi  bumi


sesungguhnya aku sering menantikan hujan dari Ilahi
kerana antara doa yang dimakbulkan adalah pada permulaan hujan
pada saat ianya mula menitis membasahi bumi
ku menadah tangan dan berdoa kepadaTuhan
Semoga kau sentiasa bahagia dan dirahmati

By: Ryan Sofea

Sunday, August 5, 2012

Perihal Di Rumah

Assalamualaikum gua sudah berada di rumah.. 

belom sampai 24 jam esok gua fly pulak ke KK

Macam biasa gua kan pemgembara bulan puasa pun jadik..

yang tak bestnya sampai rumah gua terus demam haissshh

mungkin ini lah yang dikatakan Homesick

dapat seat Sebelah tingkap macam ni memang best tapi dapat sebelah makwe tudung bawal cun yang masih single dan mendambakan cinta daripada gua adalah paling Nice..



Pagi nanti gua naik Flight lagi mungkin ada Makwe tudung  bawal cun yang masish single dan mendambakan cinta daripada gua akan duduk sebelah gua

Sekian Berita Salam Hormat

Friday, August 3, 2012

Perihal 4 Ogos

4 OGOS 2003

HARI INI 4 OGOS 2012 SEMBILAN TAHUN SUDAH BERLALU NAMUN KENANGANNYA MASIH TIDAK  DAPAT DILUPAKAN


SEKIAN BERITA SALAM HORMAT

Thursday, August 2, 2012

Perihal Bosan

Assalamualaikum Salam Ramadhan..

Gua punya bosan sampai gua translate lagu search pergi bahasa jermen.. pawer betul bunyinya..

Andaiku Miliki Semalam Dalam Bahasa Jerman


Wenn ich heute

Wenn ich heute
Und kann ich auf morgen ändern
Ich will nichts ändern
DÜREN Ich weiß, Sie immer noch schön
Ohne Grenzen von Zeit
Ich bin glücklich, wie es

Dieses Schreien Zeichen Graduate
Nicht beklagen gestern Wunde
DÃœREN du mich liebst
Nicht mehr meine Welt ist traurig

Ich kann mir nicht vorstellen,
Trauer muss ich ertragen
Wenn Sie eine Trennung
Ohne eine zuverlässige Quelle
Ich werde für Love Miss suchen

Ist die Kündigung Zeit
Und die Berge ins Meer fallen
Ich liebe dich immer noch
Meine Liebe ist stark

Um durch alle gehen
Unvorstellbar Studien
Von armen Leuten wie uns
Ich habe zwar morgen
Ich will nicht ablehnen, die Nutzungsbedingungen für ...

gua tengah try menyanyi ni.. kemain lagi jauh menyimpang jadinya..


Sekian Berita Salam Hormat

Tuesday, July 31, 2012

Perihal Tudung

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

Gua tiba-tiba tergerak nak mengepost satu benda yang gua rasa otak orang Malaysia dah tak berapa nak betul.

Gua baru lepas jenjalan menjelajah Pesbuk dan gua telihat satu page yang gua rasa gua pun tak tahu nak cakap mende.

Macam Biasa Typical Malay kalau tak puas hati Boikot pesbuk.


yang memboikot kebanyakannya lelaki hahaha.. sekarang lelaki da pakai tudung ya?




yang ni pulak official pesbuk untuk Al-Humairah
Model Boleh Tahan Cun hehehe


Gua Malas nak cakap banyak tengok jela sendiri lelaki lawan pompuan dalam ni..

Gua Rasa Company ni juga yang dapat untung nanti..


dan Ending cerita ini semua adalah salah..


Mestilh UMNO/BN

Orang macam ni berpolitik otak dia memang Macam Kertas


Sekian Berita Salam Hormat





Sunday, July 29, 2012

Perihal Gua Pun Tak Tahu Nak Bagi Tajuk Apa


“Ayah tak boleh buat keputusan begini, ayah kena bincang dengan Jiman terlebih dahulu!!” bentak Jiman yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan Salmiah.

“Ayah rasa ini adalah jalan terbaik buat kamu Man, sudahlah.. lupakanlah dia nak..” Pak Rozmey merayu.

“Tapi saya cintakan dia Ayah, dan dia cintakan saya..” Jiman memberi penjelasan.

Muka Pak Rozmey mula merah dengan jawapan Jiman. Matanya menyala dan tidak bersetuju dengan pernyataan Jiman. Disebelahnya Mak Limah duduk di kerusi sambil menangis teresak-esak melihat pertengkaran antara Suaminya dengan anaknya.

“cinta? Cinta bagaimana Jiman? Cinta dengan membuatkan kamu sakit hati sakit setiap hari?” cinta dengan membuatkan kamu seperti orang gila? Cinta yang membuatkan ibu kamu risau? Bentak Pak Rozmey .
“arghhhhhh!! Bapak tidak paham!!” balas Jiman sambil menendang pasu bunga dihadapannya.

Serentak dengan itu, Mak Limah jatuh pengsan, Namun sempat didakap oleh Pak Rozmey.

“Ya Allah Ibu” Jiman segera meluru ke arah Ibunya yang terkulai layu dalam dakapan ayahnya.

*********************************************************************************




“maafkan Man Ibu..” Jiman meminta Maaf kepada Ibunya, Air matanya berlinangan membasahi pipinya. Tangannya mengenggam erat tangan ibunya yang sedang terbaring lemah di katil Hospital.

“Man…” ujar Mak Limah sambil tersenyum nipis.

“Ibu tahu kamu sayangkan dia Man, Tapi Ibu tak sanggup lihat kamu terseksa Man, Ibu tahu apa yang berlaku dengan hubungan kamu dengan Amani sejak akhir-akhir ni..” Mak Limah memberi penjelesan dengan suara yang tersekat-sekat.

Pak Rozmey hanya memerhatikan sambil berpeluk tubuh.  Wajahnya Sayu mengenangkan nasih isterinya yang diserang sakit jantung sebentar tadi.

“Ibu dan Ayah buat semua ni supaya kamu gembira Man, lagipun Salmiah  tu baik budaknya” Sambung Mak Limah sambil tersenyum nipis.

Jiman hanya menundukkan kepalanya sambil menitiskan air matanya. Tangan Ibunya masih digenggam dengan erat. Dia berada dalam dilema sama ada ingin memilih cinta hatinya ataupun pilihan Ibunya. Airmatanya mengalir semakin deras.






Sebulan kemudian..

“Aku Terima Nikahnya Salmiah binti Mokhtar dengan Mas Kahwinnya lapan puluh ringgit tunai..” Sekali lafaz daripada Jiman.

Air mata Salmiah berlinangan apabila lafaz Sah dan baca doa mula kedengaran.  Walaupun dia tahu, Perkahwinan ini adalah hasil rancangan keluarganya dengan keluarga Pak Rozmey namun dia pasrah dengan ketentuan Ilahi yang telah ditetapkan kepadanya. Sudah puas dia beristikharah mencari petunjuk akan jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya dan dia yakin bahawa, Jodoh ini datangnya dari Tuhan.

Bersambung….






Saturday, July 28, 2012

Perihal Foto-Foto 2

Amboi Power juga Rupanya Gua jagi Jurugambar ni..

Apehal Big Ben Malaysia ni senget pulak

Sekian Berita Salam Hormat

Tuesday, July 24, 2012

Perihal Diari Ramadhan Sidek Abdullah: Terlupa

"Kamu dah nak balik ke Sidek?" Tanya Mak Jemah kepada Sidek Abdullah.

"ye Mak saya dah lewat, kang lambat saya gerak lambatlah saya sampai kolumpo nanti" jawab Sidek Abdullah sambil terbongkok-bongkok mencapai kasutnya.

"lagipun esok saya ada miting pukul 10 kat opis mak" Jawab Sidek lagi sambil menyarungkan stokin ke kaki.

"kamu kan baru je sampai petang tadi?" rayu mak jemah

Muka Mak Jemah sedikit sayu kerana beliau ingat Sidek akan bersahur dengannya. Namun, dia memahami tugas anaknya sangat berat di kolumpo tu. Mak Jemah kemudiaanya beralih ke dapur.

usai mengikat tali kasut dengan kemas Sidek berdiri dengan tegas didepan pintu bersedia untuk bergerak balik ke kolumpo. seketika kemudian Mak Jemah muncul dari arah dapur dengan satu bungkusan besar yang berisi makanan agaknya.

"ni mak dah sediakan makanan untuk kamu dan Hasnol Rosli bolehlah kamu makan su..."

belum sempat Mak Jemah habis bercakap, Sidek Abdullah memotong..

"ala Mak ni susah-susah jela.. si Hasnol tu bukannya makan sangat makanan pedas-pedas ni" potong Sidek Abdullah.

Mak Jemah hanya tersenyum nipis


"ok la mak... saya balik dulu" pinta Sidek Abdullah sambil menyalam tangan ibunya

"ye hati-hati bawak keta tu nak.." jawab Mak Jemah dengan penuh kasih sayang
 
"tit tit" bunyi alam kereta Sidek Abdullah

kereta Sidek Abdullah hilang dalam kegelapan Malam....

******


tepat pukul 2.30 pagi Sidek Abdullah sampai diperkarangan rumanya. Rumahnya gelap agaknya Hasnol Rosli sudah tidur. Dia melangkah masuk perlahan-lahan bersama makanan yang ibunya bekalkan tadi. matanya kelihatan kuyu seperti seorang lelaki yang sedang mabuk. Badannya juga longlai kepenatan kerana memandu selama 3 jam dan hanya sekali sahaja dia berhenti, itupun untuk membuang air kecil.

"huaaarrggghhhhh!!!" Sidek Abdullah menguap serupa seekor Dinousor yang ganas.

makanan yang dibekalkan ibunya diletakkanya di Meja ruang tamu dan dia bergegas ke bilik. Di bilik, dia mengeluarkan segala benda yang ada dalam poket seluarnya dan diletakkan di atas Meja sebelah katilnya. Sidek Abdullah merebahkan badanya ke katil tanpa menukar outfit tidur yang sesuai. Dia memandang kejuruteraan siling sambil menguap seperti singa beberapa kali. Pandangannya semakin kabur dan akhirnya dia terlelap.


"kok kok kok" bunyi ayam serama milik jiran Sidek Abdullah bergema dengan nyaring sekali

Sidek Abdullah tersedar dari tidurnya, dia bangun dan mencapai henset yang berada diatas meja untuk melihat jam.

8:14 pagi.. Dia kemudiaanya baring semula ke katilnya. dia cuba melelapkan matanya semula namun ianya seperti sukar. Sidek Abdullah rasa seperti ada benda yang tidak kena hari ini. Dia berfikir sejenak dan matanya yang kuyu tadi kelihatan semakin segar dan tegas.

Sidek Abdullah bangun semula dan tiba-tiba dia terasa lapar yang amat sangat pada pagi itu. Selalunya dia hanya akan bersarapan apabila sampai dipejabat dalam pukul 9.00 pagi. Sidek cuba untuk menahan lapar dan berniat untuk bersarapan dipejabat sahaja nanti. Namun begitu, perutnya semakin rancak pula berbunyi ibarat ada kumpulan keroncong yang sedang membuat konsert.

tiba-tiba dia teringat bekalan makanan yang maknya berikan malam tadi. Suasana ceria menyelubungi wajah Sidek Abdullah. Dia bergegas bangun dan keluar daripada bilik sambil menyanyikan lagu Kosong Najwa Latif part Korus. Sesampainya di ruang tamu, dilihatnya bungkusan makanan masih kemas seperti diletakkannya semalam.

Sidek Abdullah mencapai makan tersebut dan berlalu ke dapur dengan wajah yang riang seperti budak-budak zaman 80-an dapat kotak permainan Ding-Dang.


Di Dapur pinggan usai disediakan oleh Sidek bersama dengan sebotol besar air oren twister sejuk yang isinya tinggal separuh sahaja. Sidek membuka plastik tersebut ternyata terdapat dua tuppaware di dalamnya satu menempatkan nasi putih yang elok lagi keadaannya dan satu lagi berisikan sambal sotong pedas yang pastinya kalau di makan boleh menghasilkan peluh di kawasan bawah mata dan dahi.

Sidek memulakan proses makan, dia makan dengan lahap sekali hal ini kena pula dengan kesukaannya iaitu makan sambal pedas. tak cukup satu pinggan dia tambah lagi satu pinggan nasi dan ternyata selera makannya pagi ini ibarat burung hering meratah bangkai.

titik titik peluh mula membasahi dahi dan bawah matanya tanda dia sedang dalam kepedasan namun itu masih tidak menghalangnya untuk terus buas menghabiskan makanan yang terhidang di depannya. baginya masalah ini akan selesai dengan beberapa teguk air oren twister sejuk di depannya..

tiba-tiba...


"Hoi!!!! kau tak Puasa ke Sidek!!!!!!!" Hasnol Rosli menyergah dari muka pintu..

Sidek Abdullah tergamam seperti sebuah patung. Satu suapan nasi bercampur sambal sotong pedas tidak sempat sampai ke mulutnya. Peluh mengalir laju dari dahi terus turun ke hidung. Baru kini dia terasa kepedasan sambal sotong itu.

Matanya tertumpu pada air oren Twister sejuk fikirannya pula teringat Ustaz Azhar Idrus di Pesbuk dan Ustaz Google.



Monday, July 23, 2012

Perihal Diari Ramadhan Sidek Abdullah: Sahur

trit trit trit trit trit trit trit.............. bunyi jam henset Sidek Abdullah.

"huarrgghhhhhhh" Sidek Abdullah menguap serupa seekor singa di Zoo.

Sidek Abdullah mencapai henset dibawah bantalnya, matanya kuyu dan pandangannya kurang jelas, henset diperhatikan selama beberapa minit sambil terus berbaring.

keadaan bilik Sidek Abdullah gelap hanya cahaya henset yang menerangi dan fokus terkena ke muka Sidek Abdullah.

"4.30" nombor yang tertera diatas permukaan skrin henset.

Sidek Abdullah bangkit dari kawasan perbaringannya, matanya kuyu dan keadaannya boleh dikatakan berada dalam minda separa sedar. Dicapainya sebotol air mineral di sebelah katilnya dan meneguk dengan buas seperti orang mabuk minum arak.

Sidek Abdullah kemudiaan mencapai lebihan makanan berbuka petang tadi yang dirasanya masih elok untuk dijamah ketika bersahur. Ini adalah satu penjimatan bagi Sidek Abdullah.

usai makan, Sidek Abdullah mencapai pula rokok disebelahnya, sebatang rokok dikeluarkan dan rokok dinyalakan maka keluarlah asap berkepul-kepul menghalau sekawan nyamuk yang cuba untuk bersahur dengan seteguk darah.

Sidek Abdullah melakukan segala kegiatannya tanpa perlu turun dari katil tempat dia tidur. Segala macam benda ada di atas katilnya termasuklah sebiji laptop.

Dalam keadaan sebegini Sidek Abdullah masih  kelihatan tenang kerana dia tahu masih terlalu awal untuk kelam kabut. kerana azan biasanya akan mula berkumandangan pada pukul 5.45 pagi. Jarang Sekali dia mempunyai pengetahuan waktu subuh dan waktu maghrib yang tepat. semua ini hanya berlaku pada bulan Ramadhan sahaja.


Sidek Abdullah mencapai Laptop berhampirannya yang berada dalam keadaan Mode Tidur. Sengaja disetinggnya sedemikian rupa kerana dia sering tertidur ketika bermain pesbuk. Sidek Abdullah menggoyangkan tetikus dan serta merta terang benderang seluruh kawasan katilnya dengan cahaya laptop tersebut. Cahaya yang terlalu terang itu membuatkannya menjadi silau dan matanya disepetkan dan bersegera meng up kan sepotong status.


Niatnya k mengUPkan sepotong status ucapan "Selamat Bersahur semua" di pesbuk adalah kerana beranggapan ini adalah sangat kool dan dia yakin adalah seorang dua makwe akan komen nanti dan pastinya ramai juga yang akan like.


selepas up status, dia baring semula tanpa mempedulikan status-status yang sudah di up oleh rakan-rakan pesbuknya sebelum itu. Matanya dipejam seketika memikirkan makwe manalah yang akan memberikan komen terlebih dahulu.


dua notification muncul di hujung sebelah kiri atas pesbuk Sidek Abdullah. dia tersenyum nipis maknanya, perangkap status "selamat bersahur semua" di pesbuk sudah berjaya menarik perhatian makwe-makwe untuk mengomen. Namun begitu masih belum cukup baginya, dia membiarkan seketika sambil terus baring memandang kegelapan siling.


beberapa ketika kemudian, setelah puas bermuhasabah, Sidek Abdullah menggerakkan cursor ke arah notification, berwarna merah yang sudah bertukar menjadi nombor 4 diatas lukisan bumi kecil. di kliknya, betul sangkaannya komen dari makwe seperti Mimi Syakilla Natasya, Puteri Rania Amanda, Gabrilella Hudson Zulkifli  dan tidak ketinggalan rakan serumahnya Hasnol Rosli. Lantas dengan tenang dia mengklik.


Wajah Sidek Abdullah berubah membaca Komen-komen tersebut lantas memandang bawah sebelah kanan skrin laptopnya.  Dia tahu ini semua ini angkara siapa.




***tiba-tiba****


"Hasnol Rosli!!!!!!" jerit Sidek Abdullah sekuat hati ibarat Hang Jebat yang ingin mengamuk dari dalam biliknya

di luar bilik pula Hasnol Rosli tersengih-sengih sambil sibuk bermain pesbuk.

Jam dinding pula menunjukkan tepat pukul 6.47 pagi.







Friday, July 20, 2012

Perihal Perantauan

Amboi di sini gua ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua penduduk di Malaysia
 Ikhlas dari Ryan Hensem di Moscow

Wednesday, July 18, 2012

Perihal Ujian

Assalamualaikum


 


Ramadhan semakin menghampiri kita Alhamdulillah Allah masih memberi kita kehidupan untuk merasai nikmat berpuasa pada ramadhan pada kali ini. gua bukan ingin berbicara mengenai perihal ramadhan-ramadhan dan sebagainya seperti orang lain. Tetapi gua ingin mengenang kembali Ramadhan tahun lepas gua yang penuh dengan keperitan dan dugaan sehingga gua rasa rasa tidak tertanggung pedihnya. Apa yang berlaku biar gua sahaja yang tahu dan gua tahu takda orang pun nak ambil tahu.

Hampir setahun sudah berlalu insyaAllah walaupun gua begini, tapi bagi gua apa yang Allah bagi itu bukanlah satu hukuman ataupun balasan tetapi apa yang diberinya gua pasti adalah satu dugaan kepada gua bagi memberi kekuatan kepada gua dan gua tahu disebaliknya ada hikmah tersembunyi yang pastinya manis daripada kepahitan yang gua tanngung sebelum itu.

kadang-kala gua mengeluh kenapa gua? gua bukan seorang yang kuat, dalam menempuh semuanya, kadang kala gua terfikir terlalu pedih sampai tak tertanggung dan gua hanya bersandar semuanya kepada yang Maha Esa untuk menentukan nasib gua setelah gua penat berusaha. Tapi kita jangan ingat apabila kita diuji, sedemikian bahawa ujian kita adalah paling berat diberikan oleh Allah. sebenarnya kita silap. kita tidak tahu diluar sana ada lagi yang ujiannya lagi berat daripada apa yang gua hadapi ketika itu dan apa yang anda semua mungkin sedang alami. Apa yang penting bagaimana kita bersandar dan bergantung tempat kita meminta.

Apapun gua sangat berterima kasih pada insan-insan yang berada disamping gua selama ini.


Tahun ini mungkinkah gua diuji lagi dengan dugaan yang lain? InsyaAllah kepada Allah juga gua  bersandar jika ditakdirkan.




Wednesday, July 11, 2012

Perihal Makan

Pada suatu ketika dahulu adalah dalam 18 tahun dulu....

"Kalsommm!!!" jerit mak Leha dari dapur.

"ye makkkkk" balas kalsom sambil matanya masih sibuk membaca majalah URTV

"Mari makan nak, Mak dah siap masak gulai ikan masin ni.." Mak Leha memanggil.

Tanpa menjawab, Kalsom bergerak keluar dari biliknya menuju ke arah dapur untuk menjamah makanan yang telah siap dihidang oleh emaknya.

"emmmmm sedapnya mak masak hari ni" puji Kalsom sambil duduk bersimpuh diatas lantai

Kalsom duduk dengan kemas diatas lantaii sambil tanganya nakal merasa sedikit makanan yang terhidang, gerak gerinya diperhatikan oleh Mak Leha yang sibuk mengangkat pinggan.

"hah! dah baca doa belum?" Tanya Mak Leha

"hehehe belum mak.." balas Kalsom sambil tersenyum kambing.


18 tahun kemudian....


"Puteri Syakilla Dalillah..." Jerit Kalsom Dari dapur..

"ye mummy..."Balas Puteri Syakilla Dalillah yang sibuk dengan kompiter riba, sibuk berpesbuk agaknya

"Mari makan sayang... Mummy dah siapkan spaghetti ni" jerita Kalsom dari dapur

Puteri Syakilla Dalilah meletakkan kompiter ribanya dan bergerak menuju ke dapur,

"hurmmmmm sedapnya mummy masak..." puji Puteri Syakilla Dalillah sambil menarik keluar kerusi yang tersusun kemas dibawah meja makan.

Puteri Syakilla Dalilah duduk dengan kemas diatas meja sambil tangannya nakal merasa masakan mummynya.

"ha... ha... sayang sayang.. sebelum makan kena buat apa?" Tanya Kalsom sambil tersenyum..

"heee baiklah mummy..." Puteri Syakilla Dalillah tersenyum sambil tangannya mengeluarkan henset Samsung Galaxy S3.

"tittt!!"

Gambar Spaghetti dimuat naik ke akaun INSTAGRAM


"Hurmmmmm Mummy itew macak cedap taw.. shukewnye..."






woi ini cerita rekaan je.. kahkahkahkah


Sekian Berita Salam Hormat


Sunday, July 8, 2012

Perihal Sandakan

Sandakan City ( Ehsan Pak cik Google )

InsyaAllah bulan 8 gua kembali

Sekian Berita Salam Hormat

Friday, July 6, 2012

Perihal Unsung Heroes

"Benarlah kata pujangga, hidup ni umpama roda kadang kita di atas kadang kita dibawah, bila kita di atas dan  kita terlupa yang kita dapat itu adalah sementara, pasti kita akan dipenuhi dengan sikap bongkak, riak, takabur, sombong, dan bermacam lagi sifat-sifat negatif" Raziman sidek bemonolog sendiri, dia tahu masa yang dia ada semakin singkat.

Gelagat Raziman Sidek yang termenung dibawa sepohon pokok kayu yang merimbun daunnya diperhatikan oleh sahabat karibnya Osman Jailani. Osman mengambil keputusan bergerak ke tempat Raziman duduk bersendirian.

"Assalamualaikum Sahabat" sapa Osman.

"Amboi termenung jauh nampaknya " Seloroh Osman lagi.

"Wa'alaikumsalam, oh kamu Osman, apa kamu buat disini?" tanya Raziman dengan nada yang separa terkejut.

"dah siap mengemas ke?" tambah Raziman lagi.

"Aku dah siap mengemas dari tadi lagi, saja jalan-jalan keliling kawasan ni buat kali terakhir" jawab Osman dengan tenang sambil duduk bersebelahan dengan Raziman.

Osman mengeluarkan sekotak rokok dari poket baju kemejanya. kemudian, dikeluarkannya sebatang rokok  dari dalam kotak tersebut lalu membakarnya. Dia menghembus keluar asap pertama hasil daripada pembakaran rokok tersebut. Raziman hanya memerhatikan gelagat rakan seperjuangannya sambil tersenyum. Dia tahu Osman Jailan merupakan seorang perokok yang tegar.


"Osman aku nak tanya kau satu soalan" Tanya Raziman kepada Osman.


"Apa dia?" Osman bertanya dengan tenang sambil mulutnya tidak lekang daripada asap rokok.


"Kau rasa, budak-budak ni kenang kita tak?" Tanya Raziman.


" kenang macam mana tu?" Osman bertanya semula inginkan kepastian.

"maksud aku kita kan dah lama berkhidmat untuk tempat ni, jasa kita pun banyak, kau rasa orang-orang kat sini hargai tak apa yang kita lakukan selama ini?" Raziman bertanya semula.

keadaan tiba-tiba menjadi sunyi, Osman hanya diam membisu dan  masih lagi tenang menghisap rokok dan menghembus keluar asapnya ke atas.

"aku berjuang, aku berkhidmat bukan untuk dikenang Raziman" Osman menjawab tenang.

satu jawapan daripada Osman yang dikira menyentak hati Raziman. Raziman hanya tunduk terdiam dengan jawapan yang diberikan oleh Osman sebentar tadi.

Bersambung.....


Tuesday, July 3, 2012

Perihal Catatan Pengembaraan Haron Ismail part 1 (babak 1)


“sudahlah berangan tu Haron, aku yakin apa yang kau buat ini semua sia-sia..” tegas Abdul latiff sambil menghembus perlahan-lahan keluar asap  rokok jenama Harvest yang dibelinya semasa bercuti ke Langkawi bulan sudah.

Abdul Latiff duduk Bertenggek di atas simen sambil memerhatikan Haron Ismail mengorek tanah menggunakan cangkul. 

“ Haron Haron kang aku cakap kau ni gila, kau kawan baik aku.. “ Abdul Latiff Sambung nasihat.
“Aku yakin kebun arwah atok aku ni ada menyimpan benda berharga, aku dah baca surat-surat atok aku tu,” tegas Haron Ismail sambil masih gigih mencangkul tanah.

Haron Ismail adalah seorang belia yang mempunyai kesukaan dan hobi yang sangat eksotik. Haron Ismail bukanlah seperti belia-belia kampung lain yang sibuk berpersatuan dan juga bukan belia sosial yang suka  merempit dan mempunyai masalah social yang teruk. Haron seorang yang sederhana perwatakannya dengan rambut belah tepi yang sering dikemaskan hanya menggunakan jari sahaja. Sudah banyak kali beliau dipelawa oleh rakan baiknya iaitu AbdulLatiff untuk menyertai persatuan belia 4B kawasan mukimnya tapi ditolak oleh beliau dengan cara yang beradat dan sopan.

 Haron Ismail juga seorang yang pendiam dan lebih gemar bersendirian selain  sibuk membaca buku-buku misteri pencarian harta karun dan perihal-perihal pengembaraan. 

Selain itu, Haron Ismail juga merupakan seorang penggemar cerita-cerita Misteri seperti Misteri Hutan Fanggorn Karya Ryan Hensem dan beberapa karya-karya lain yang dianggapnya mampu memberinya pengetahuan terutamanya cerita-cerita pengembaraan dan misteri.

Dari segi muzik, beliau sangat tegas, muzik kesukaannya adalah irama rock awal 80an sehingga  90-an dan beliau tidak pernah beralih arah meminati genre muzik lain walaupun trend muzik di kampungnya sering berubah. Namun sokongannya terhadap muzik rock akhir 80an dan awal 90an tetap padu seperti batu keras.

“Haron-Haron, kau ni degil lah.. aku tengok dah hampir seminggu kau korek tanah kat kebun ni, aku rasa kalau kau berkebun lagi elok daripada kau mencari harta karun..” Abdul Latiff sambung memberi nasihat
.
Abdul Latiff adalah rakan baik kepada Haron Ismail. Dia merupakan seorang belia yang mempunyai wawasan dan sangat aktif dalam berpesatuan. Merupakan rakan baik Haron Ismail semenjak dari darjah dua lagi. Beliau bukan calang-calang orang, memegang jawatan ketua darjah dari darjah dua sehingga ke darjah enam. Setelah naik ke tingkatan dia telah dilantik menjadi pengawas kantin selama dua tahun bermula pada tingkatan satu. Pada tingkatan tiga, oleh kerana kecemerlangan dan ketegasannya dalam menjaga barisan pelajar-pelajar yang sedang beratur, Abdul Latiff telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber selama setahun dan dilantik menjadi pengawas sekolah pada tingkatan empat dan akhirnya menjadi ketua pengawas sekolah pada tingkatan lima Setelah ketegasannya dalam melaporkan kepada guru disiplin mengenai kegiatan  rakan-rakannya yang sering  merokok dalam jamban sekolah.

Bukan itu sahaja, kebolehan Abdul Latiff, dia juga memegang jawatan sebagai pengerusi kelab Geografi dan juga merupakan timbalan pengerusi untuk pergerakan pengakap sekolah. Dalam bidang sukan, Abdul Latif handal dalam sukan bola baling dan tidak hairanlah apabila setiap kali mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dia seorang sahaja yang akan berlatih bermain bola baling sementara rakan-rakan lainnya sibuk bermain bola sepak dan bermain kejar-kejar.

 Di sekolah Abdul Latiff menjadi kegilaan gadis-gadis yang sering memanggil nama timangannya iaitu abang Lat. Pemakaiannya kemas dan tegas jarang sekali Abdul Latif kelihatan selekeh terutamanya ketika berada di sekolah. Bajunya di seterika tidak berkedut dan seluar diseterika sehingga jelas memperlihatkan bucu tajam.

Kesibukan Abdul Latiff akhirnya menyebabkan beliau hanya berjaya menyambung pelajaran untuk mendapatkan sijil asas kimpalan. Namun begitu kebolehannya dalam menguruskan persatuan menyebabkan beliau dipilih oleh abang saudaranya untuk menyertai  persatuan belia 4B kampungnya dan memegang jawatan sebagai exco kerohanian.

“sudahlah Haron Sampai bila kau nak terus macam ni? SPM kau, aku rasa lagi bagus daripada aku” tegas Abdul Latiff cuba memujuk Haron untuk berhenti membuat kerja.

“kau tengok aku ni? Walaupun hanya dapat sijil kimpalan tapi hari-hari pakai kemeja dan mesyuarat kat balai raya tu” Tegas Abdul Latiff lagi.

Abdul Latiff membakar sebatang lagi rokok Harvest yang dibelinya di Langkawi. Dia terus tenang memerhatikan gelagat Haron Ismail yang sedari tadi sibuk menggali
.
Hari sudah semakin senja, langit telah mula bertukar menjadi kejinggaan. Anak-anak sekolah yang bersekolah rendah sudah mula kelihatan berjalan pulang ke rumah dengan mengangkut beg sekolah ada yang membawa beg sandang tertera dengan lukisan kartun kegemaran dan tidak kurang juga yang menarik beg sekolah yang mempunyai roda seumpama seorang peserta akademi fantasia yang tersingkir pada minggu konsert.

Haron sedang bersiap-siap untuk kembali ke rumahnya, ternyata usahanya sehari suntuk menggali kawasan-kawasan kebun arwah atuknya tidak mendatangkan hasil. Sebelum melangkah pulang ke rumah, beliau sempat menyalakan sebatang rokok Harvest hasil ehsan Abdul Latiff. Beliau merenung langit senja sambil menghembus perlahan asap rokok sambil muhasabah diri.

“sedap juga rokok Langkawi ni ye…” bisik Haron Ismail dalam hati sambil tersenyum memerhatikan langit jingga.

Bersambung........................

Wednesday, June 27, 2012

Perihal Harapan Terakhir Umat LIVERPOOL

Abang Botak

Gua dengar tadi iker casilas dah letih dan tak nak main bola 7 tahun

jadi pada siapa lagi sandaran ye dak?


kahkahkahkahkah kena tipu


Sekian Berita Salam Hormat

Tuesday, June 19, 2012

Perihal Harapan Terakhir Umat England



Hahahaha gua ni rasis Liverpool sebenarnya..
YNWA


tidak lupa juga kepada yang di harapkan 







Angkel Woy Yang pernah di benci satu ketika dahulu





Sekian Berita Salam Hormat

Wednesday, June 13, 2012

Perihal Rambut

Amboi Hensemnya.

Hahaha bilalah rambut gua nak panjang balik ni

Sekian Berita Salam Hormat

Monday, June 11, 2012

Perihal England

Harapan Terakhir Umat England

Game tadi gua malas nak ulas

Defend Chelsea ke laut

Dua Penyerang menyu ntah pape

Winger Arsenal memang punah..

Player Liverpool memang power

Mohon Hodgson Turunkan

Gerrard, Johnson, Downing, Henderson, Caroll dan Kelly sekaligus

Biar Liverpool jalankan Tugas

Kehkehkeh

Sekian Berita Salam Hormat




Sunday, June 10, 2012

Perihal Foto-Foto

Assalamualaikum

Sebenarnya gua baru je buat akaun Instagram dan gua rasa macam best je

adalah beberapa hasilnya yang berjaya gua buat

semua gambar gambar ini ditangkap oleh henpon nokia cabuk gua dan di instagramkan




Lokasi: Perbukitan KIY
Masa: Waktu pagi korang belum bangun lagi

Lokasi: ntah tasik putrajaya belah mana sampai secara tak sengaja
Masa: Waktu Maghrib ( woi tak solat Maghrib ke mamat tiga orang tu )

Lokasi: Kebun di Batu dua setengah Sandakan
Waktu: Tengah hari, time ni gua on the pergi rumah si Basir, bulan ramadhan


Lokasi: Tangkap dari dalam Bas Ladang Tebu Chuping Perlis
Waktu: Tengah Hari


hahahaha


Sekian Berita Salam Hormat

Wednesday, June 6, 2012

Saturday, June 2, 2012

Perihal Hantaran


Bila dah Kajian daripada Pesbuk maka inilah hasilnya..

Sekian Berita Salam Hormat

Tuesday, May 29, 2012

Monday, May 28, 2012

Perihal Berfikir

Assalamualaikum


MUNGKIN INILAH YANG DIKATAKAN BERFIKIRAN DI LUAR KOTAK YANG MELEBIHI BATAS PEMIKIRAN SEZAMAN

MEMANG POWER!!!


SEKIAN BERITA SALAM HORMAT

Sunday, May 27, 2012

Perihal Gaya Rock 4

Assalamualaikum

Kumpulan Wings

AMBOI CUBA PERHATIKAN AWIE YANG PALING KANAN TU..

YA ITU MEMANG AWIE..

OK CUBA PERHATIKAN GAMBAR KAT BAWAH NI PULAK






























AMACAM?

POWER BUKAN?

KEHKEHKEHKEH


SEKIAN BERITA SALAM HORMAT






Thursday, May 24, 2012

Perihal Kambek

Assalamualaikum

tadi Gua baru lepas buat kambek main bola tengah malam

tapi sebagai penjaga gol pulak

memang nostalgia

kali terakhir gua jadi keeper 

Semasa PIALA UPSR tahun 1999 mewakili kelas 6 Utarid

time tu masih power lagi,

macam KHAIRUL AZMAN

Badan Masih sedap, larian agak kemas, lincah dan juga sedikit comel

yang gua tahu team kitaorang masuk separuh Akhir

sebab masa peringkat kumpulan, banyak team  dari darjah lima dan ada satu team darjah empat

suku akhir lawan team darjah lima..

dan kesudahan tau tau jela kan? POWER OF SENIOR

Sekian Berita Salam Hormat


Saturday, May 19, 2012

Perihal Si Kacak

Assalamualaikum

Walaupun gua Die Hard Fan LIVERPOOL TEAM PALING POWER DI ALAM SEMESTA tpi gua tetap nak ucapkan TAHNIAH pada CHELSEA..

Ternyata Drogba MEmang hensem dan lebih hensem dari Evra

Buktinya

SAYA MEMANG KACAK


kehkehkehkeh jangan Marah Fan Chelsea.. 


Tapi ada satu Team ni Fans dia jenis tak boleh nak tengok Team lain memang.. 

Jenis Butthurt memanjang..

Jenis Tak boleh terima kenyataan..




Sekian Berita Salam Hormat

Thursday, May 17, 2012

Perihal Wanita Besi 2

Assalamualaikum..

Semalam Mak Gua Kol Gua.

gua pun sembang-sembang la sedikit.

sampai part gua dengan poyo mengucapkan selamat Hari Ibu

Gua: ok la Mak.. oh Lupa Selamat Hari Ibu Mak..

Mak Gua: Kalau mau Ucap Hari Ibu Kenalah Ada Hadiah Sekali...
( Gua dengar suara bapak gua gelak di belakang )

Gua:.......................................................................

Amboi Sejak bila Mak Gua ni pandai Demand Hadiah dengan gua yang masih study ni kehkehkeh

Kalau Begini patut Haramkan Hari Ibu sampai Gua bekerja kehkehkeh

Sekian Berita Salam Hormat

Monday, May 14, 2012

Perihal Wanita Besi

Wanita Terhebat dalam Dunia bagi gua...

ok bila nampak gambar ni gua rasa nak beli tiket sekarang..

Air mata rock boleh mengalir wooo
Sekian Berita Salam Hormat

Sunday, May 13, 2012

Perihal Piala Domestik di England 2012





 LIVERPOOL JUARA PIALA CARLING





CHELSEA JUARA PIALA FA





MANCHESTER CITY JUARA PIALA LIGA




ADA SATU TEAM LAGI....










MENYU TALAM KAHKAHKAHKAH









CHAMPION 20..



SEKIAN BERITA SALAM HORMAT

Saturday, May 12, 2012

Perihal Hari Ibu

Assalamualaikum

Hari ini Hari Ibu..

Macam Biasalah Apabila ada hari-hari tertentu yang diraihkan

Mesti ada nasihat menasihati

ustaz kata yang tu haram, yang ni halal

Jadi seperti biasa gua akan raihkan sebagai 

"HARI NASIHAT MENASIHATI"

samalah macam 14 februari dan 1 april kehkehkehkeh

Sekian Berita Salam Hormat

Wednesday, May 9, 2012

Perihal Frust


Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Kalau Frust ingatlah mende ni..

Simple..

Sekian Berita Salam Hormat

Thursday, May 3, 2012

Monday, April 16, 2012

Perihal Catatan Pengembaraan Haron Ismail


Assalamualaikum..

Kembalinya gua dari pengembaraan gua dah bercadang untuk menyiapkan pula sebuah karya

jadi gua siapkan dulu cover bukunya..


Gua akan start menulis dalam musim tengkujuh nanti

Sekian Berita Salam Hormat

Ada kah juga orang mau tinguk ni?