“sudahlah berangan tu Haron, aku yakin apa yang kau buat ini
semua sia-sia..” tegas Abdul latiff sambil menghembus perlahan-lahan keluar
asap rokok jenama Harvest yang dibelinya
semasa bercuti ke Langkawi bulan sudah.
Abdul Latiff duduk Bertenggek di atas simen sambil
memerhatikan Haron Ismail mengorek tanah menggunakan cangkul.
“ Haron Haron kang aku cakap kau ni gila, kau kawan baik
aku.. “ Abdul Latiff Sambung nasihat.
“Aku yakin kebun arwah atok aku ni ada menyimpan benda
berharga, aku dah baca surat-surat atok aku tu,” tegas Haron Ismail sambil
masih gigih mencangkul tanah.
Haron Ismail adalah seorang belia yang mempunyai kesukaan
dan hobi yang sangat eksotik. Haron Ismail bukanlah seperti belia-belia kampung
lain yang sibuk berpersatuan dan juga bukan belia sosial yang suka merempit dan mempunyai masalah social yang
teruk. Haron seorang yang sederhana perwatakannya dengan rambut belah tepi yang
sering dikemaskan hanya menggunakan jari sahaja. Sudah banyak kali beliau
dipelawa oleh rakan baiknya iaitu AbdulLatiff untuk menyertai persatuan belia
4B kawasan mukimnya tapi ditolak oleh beliau dengan cara yang beradat dan
sopan.
Haron Ismail juga
seorang yang pendiam dan lebih gemar bersendirian selain sibuk membaca buku-buku misteri pencarian
harta karun dan perihal-perihal pengembaraan.
Selain itu, Haron Ismail juga merupakan seorang penggemar
cerita-cerita Misteri seperti Misteri Hutan Fanggorn Karya Ryan Hensem dan beberapa
karya-karya lain yang dianggapnya mampu memberinya pengetahuan terutamanya
cerita-cerita pengembaraan dan misteri.
Dari segi muzik, beliau sangat tegas, muzik kesukaannya
adalah irama rock awal 80an sehingga 90-an dan beliau tidak pernah beralih arah
meminati genre muzik lain walaupun trend muzik di kampungnya sering berubah. Namun
sokongannya terhadap muzik rock akhir 80an dan awal 90an tetap padu seperti
batu keras.
“Haron-Haron, kau ni degil lah.. aku tengok dah hampir
seminggu kau korek tanah kat kebun ni, aku rasa kalau kau berkebun lagi elok
daripada kau mencari harta karun..” Abdul Latiff sambung memberi nasihat
.
Abdul Latiff adalah rakan baik kepada Haron Ismail. Dia
merupakan seorang belia yang mempunyai wawasan dan sangat aktif dalam
berpesatuan. Merupakan rakan baik Haron Ismail semenjak dari darjah dua lagi.
Beliau bukan calang-calang orang, memegang jawatan ketua darjah dari darjah dua
sehingga ke darjah enam. Setelah naik ke tingkatan dia telah dilantik menjadi
pengawas kantin selama dua tahun bermula pada tingkatan satu. Pada tingkatan
tiga, oleh kerana kecemerlangan dan ketegasannya dalam menjaga barisan
pelajar-pelajar yang sedang beratur, Abdul Latiff telah dilantik sebagai
Pengawas Pusat Sumber selama setahun dan dilantik menjadi pengawas sekolah pada
tingkatan empat dan akhirnya menjadi ketua pengawas sekolah pada tingkatan lima
Setelah ketegasannya dalam melaporkan kepada guru disiplin mengenai kegiatan rakan-rakannya yang sering merokok dalam jamban sekolah.
Bukan itu sahaja, kebolehan Abdul Latiff, dia juga memegang
jawatan sebagai pengerusi kelab Geografi dan juga merupakan timbalan pengerusi
untuk pergerakan pengakap sekolah. Dalam bidang sukan, Abdul Latif handal dalam
sukan bola baling dan tidak hairanlah apabila setiap kali mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dia seorang sahaja yang akan berlatih bermain
bola baling sementara rakan-rakan lainnya sibuk bermain bola sepak dan bermain
kejar-kejar.
Di sekolah Abdul
Latiff menjadi kegilaan gadis-gadis yang sering memanggil nama timangannya
iaitu abang Lat. Pemakaiannya kemas dan tegas jarang sekali Abdul Latif
kelihatan selekeh terutamanya ketika berada di sekolah. Bajunya di seterika tidak
berkedut dan seluar diseterika sehingga jelas memperlihatkan bucu tajam.
Kesibukan Abdul Latiff akhirnya menyebabkan beliau hanya berjaya
menyambung pelajaran untuk mendapatkan sijil asas kimpalan. Namun begitu
kebolehannya dalam menguruskan persatuan menyebabkan beliau dipilih oleh abang
saudaranya untuk menyertai persatuan
belia 4B kampungnya dan memegang jawatan sebagai exco kerohanian.
“sudahlah Haron Sampai bila kau nak terus macam ni? SPM kau,
aku rasa lagi bagus daripada aku” tegas Abdul Latiff cuba memujuk Haron untuk
berhenti membuat kerja.
“kau tengok aku ni? Walaupun hanya dapat sijil kimpalan tapi
hari-hari pakai kemeja dan mesyuarat kat balai raya tu” Tegas Abdul Latiff
lagi.
Abdul Latiff membakar sebatang lagi rokok Harvest yang
dibelinya di Langkawi. Dia terus tenang memerhatikan gelagat Haron Ismail yang
sedari tadi sibuk menggali
.
Hari sudah semakin senja, langit telah mula bertukar menjadi
kejinggaan. Anak-anak sekolah yang bersekolah rendah sudah mula kelihatan
berjalan pulang ke rumah dengan mengangkut beg sekolah ada yang membawa beg
sandang tertera dengan lukisan kartun kegemaran dan tidak kurang juga yang
menarik beg sekolah yang mempunyai roda seumpama seorang peserta akademi
fantasia yang tersingkir pada minggu konsert.
Haron sedang bersiap-siap untuk kembali ke rumahnya,
ternyata usahanya sehari suntuk menggali kawasan-kawasan kebun arwah atuknya
tidak mendatangkan hasil. Sebelum melangkah pulang ke rumah, beliau sempat
menyalakan sebatang rokok Harvest hasil ehsan Abdul Latiff. Beliau merenung
langit senja sambil menghembus perlahan asap rokok sambil muhasabah diri.
“sedap juga rokok Langkawi ni ye…” bisik Haron Ismail dalam
hati sambil tersenyum memerhatikan langit jingga.
Bersambung........................
No comments:
Post a Comment