“Ayah tak boleh buat keputusan begini, ayah kena bincang
dengan Jiman terlebih dahulu!!” bentak Jiman yang tidak berpuas hati dengan
keputusan Ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan Salmiah.
“Ayah rasa ini adalah jalan terbaik buat kamu Man,
sudahlah.. lupakanlah dia nak..” Pak Rozmey merayu.
“Tapi saya cintakan dia Ayah, dan dia cintakan saya..” Jiman
memberi penjelasan.
Muka Pak Rozmey mula merah dengan jawapan Jiman. Matanya
menyala dan tidak bersetuju dengan pernyataan Jiman. Disebelahnya Mak Limah duduk
di kerusi sambil menangis teresak-esak melihat pertengkaran antara Suaminya
dengan anaknya.
“cinta? Cinta bagaimana Jiman? Cinta dengan membuatkan kamu
sakit hati sakit setiap hari?” cinta dengan membuatkan kamu seperti orang gila?
Cinta yang membuatkan ibu kamu risau? Bentak Pak Rozmey .
“arghhhhhh!! Bapak tidak paham!!” balas Jiman sambil menendang
pasu bunga dihadapannya.
Serentak dengan itu, Mak Limah jatuh pengsan, Namun sempat
didakap oleh Pak Rozmey.
“Ya Allah Ibu” Jiman segera meluru ke arah Ibunya yang
terkulai layu dalam dakapan ayahnya.
*********************************************************************************
“maafkan Man Ibu..” Jiman meminta Maaf kepada Ibunya, Air
matanya berlinangan membasahi pipinya. Tangannya mengenggam erat tangan ibunya
yang sedang terbaring lemah di katil Hospital.
“Man…” ujar Mak Limah sambil tersenyum nipis.
“Ibu tahu kamu sayangkan dia Man, Tapi Ibu tak sanggup lihat
kamu terseksa Man, Ibu tahu apa yang berlaku dengan hubungan kamu dengan Amani
sejak akhir-akhir ni..” Mak Limah memberi penjelesan dengan suara yang
tersekat-sekat.
Pak Rozmey hanya memerhatikan sambil berpeluk tubuh. Wajahnya Sayu mengenangkan nasih isterinya
yang diserang sakit jantung sebentar tadi.
“Ibu dan Ayah buat semua ni supaya kamu gembira Man, lagipun
Salmiah tu baik budaknya” Sambung Mak
Limah sambil tersenyum nipis.
Jiman hanya menundukkan kepalanya sambil menitiskan air
matanya. Tangan Ibunya masih digenggam dengan erat. Dia berada dalam dilema
sama ada ingin memilih cinta hatinya ataupun pilihan Ibunya. Airmatanya
mengalir semakin deras.
Sebulan kemudian..
“Aku Terima Nikahnya Salmiah binti Mokhtar dengan Mas
Kahwinnya lapan puluh ringgit tunai..” Sekali lafaz daripada Jiman.
Air mata Salmiah berlinangan apabila lafaz Sah dan baca doa
mula kedengaran. Walaupun dia tahu,
Perkahwinan ini adalah hasil rancangan keluarganya dengan keluarga Pak Rozmey
namun dia pasrah dengan ketentuan Ilahi yang telah ditetapkan kepadanya. Sudah puas
dia beristikharah mencari petunjuk akan jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya
dan dia yakin bahawa, Jodoh ini datangnya dari Tuhan.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment