Pages

Monday, July 23, 2012

Perihal Diari Ramadhan Sidek Abdullah: Sahur

trit trit trit trit trit trit trit.............. bunyi jam henset Sidek Abdullah.

"huarrgghhhhhhh" Sidek Abdullah menguap serupa seekor singa di Zoo.

Sidek Abdullah mencapai henset dibawah bantalnya, matanya kuyu dan pandangannya kurang jelas, henset diperhatikan selama beberapa minit sambil terus berbaring.

keadaan bilik Sidek Abdullah gelap hanya cahaya henset yang menerangi dan fokus terkena ke muka Sidek Abdullah.

"4.30" nombor yang tertera diatas permukaan skrin henset.

Sidek Abdullah bangkit dari kawasan perbaringannya, matanya kuyu dan keadaannya boleh dikatakan berada dalam minda separa sedar. Dicapainya sebotol air mineral di sebelah katilnya dan meneguk dengan buas seperti orang mabuk minum arak.

Sidek Abdullah kemudiaan mencapai lebihan makanan berbuka petang tadi yang dirasanya masih elok untuk dijamah ketika bersahur. Ini adalah satu penjimatan bagi Sidek Abdullah.

usai makan, Sidek Abdullah mencapai pula rokok disebelahnya, sebatang rokok dikeluarkan dan rokok dinyalakan maka keluarlah asap berkepul-kepul menghalau sekawan nyamuk yang cuba untuk bersahur dengan seteguk darah.

Sidek Abdullah melakukan segala kegiatannya tanpa perlu turun dari katil tempat dia tidur. Segala macam benda ada di atas katilnya termasuklah sebiji laptop.

Dalam keadaan sebegini Sidek Abdullah masih  kelihatan tenang kerana dia tahu masih terlalu awal untuk kelam kabut. kerana azan biasanya akan mula berkumandangan pada pukul 5.45 pagi. Jarang Sekali dia mempunyai pengetahuan waktu subuh dan waktu maghrib yang tepat. semua ini hanya berlaku pada bulan Ramadhan sahaja.


Sidek Abdullah mencapai Laptop berhampirannya yang berada dalam keadaan Mode Tidur. Sengaja disetinggnya sedemikian rupa kerana dia sering tertidur ketika bermain pesbuk. Sidek Abdullah menggoyangkan tetikus dan serta merta terang benderang seluruh kawasan katilnya dengan cahaya laptop tersebut. Cahaya yang terlalu terang itu membuatkannya menjadi silau dan matanya disepetkan dan bersegera meng up kan sepotong status.


Niatnya k mengUPkan sepotong status ucapan "Selamat Bersahur semua" di pesbuk adalah kerana beranggapan ini adalah sangat kool dan dia yakin adalah seorang dua makwe akan komen nanti dan pastinya ramai juga yang akan like.


selepas up status, dia baring semula tanpa mempedulikan status-status yang sudah di up oleh rakan-rakan pesbuknya sebelum itu. Matanya dipejam seketika memikirkan makwe manalah yang akan memberikan komen terlebih dahulu.


dua notification muncul di hujung sebelah kiri atas pesbuk Sidek Abdullah. dia tersenyum nipis maknanya, perangkap status "selamat bersahur semua" di pesbuk sudah berjaya menarik perhatian makwe-makwe untuk mengomen. Namun begitu masih belum cukup baginya, dia membiarkan seketika sambil terus baring memandang kegelapan siling.


beberapa ketika kemudian, setelah puas bermuhasabah, Sidek Abdullah menggerakkan cursor ke arah notification, berwarna merah yang sudah bertukar menjadi nombor 4 diatas lukisan bumi kecil. di kliknya, betul sangkaannya komen dari makwe seperti Mimi Syakilla Natasya, Puteri Rania Amanda, Gabrilella Hudson Zulkifli  dan tidak ketinggalan rakan serumahnya Hasnol Rosli. Lantas dengan tenang dia mengklik.


Wajah Sidek Abdullah berubah membaca Komen-komen tersebut lantas memandang bawah sebelah kanan skrin laptopnya.  Dia tahu ini semua ini angkara siapa.




***tiba-tiba****


"Hasnol Rosli!!!!!!" jerit Sidek Abdullah sekuat hati ibarat Hang Jebat yang ingin mengamuk dari dalam biliknya

di luar bilik pula Hasnol Rosli tersengih-sengih sambil sibuk bermain pesbuk.

Jam dinding pula menunjukkan tepat pukul 6.47 pagi.







No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?