Pages

Tuesday, July 24, 2012

Perihal Diari Ramadhan Sidek Abdullah: Terlupa

"Kamu dah nak balik ke Sidek?" Tanya Mak Jemah kepada Sidek Abdullah.

"ye Mak saya dah lewat, kang lambat saya gerak lambatlah saya sampai kolumpo nanti" jawab Sidek Abdullah sambil terbongkok-bongkok mencapai kasutnya.

"lagipun esok saya ada miting pukul 10 kat opis mak" Jawab Sidek lagi sambil menyarungkan stokin ke kaki.

"kamu kan baru je sampai petang tadi?" rayu mak jemah

Muka Mak Jemah sedikit sayu kerana beliau ingat Sidek akan bersahur dengannya. Namun, dia memahami tugas anaknya sangat berat di kolumpo tu. Mak Jemah kemudiaanya beralih ke dapur.

usai mengikat tali kasut dengan kemas Sidek berdiri dengan tegas didepan pintu bersedia untuk bergerak balik ke kolumpo. seketika kemudian Mak Jemah muncul dari arah dapur dengan satu bungkusan besar yang berisi makanan agaknya.

"ni mak dah sediakan makanan untuk kamu dan Hasnol Rosli bolehlah kamu makan su..."

belum sempat Mak Jemah habis bercakap, Sidek Abdullah memotong..

"ala Mak ni susah-susah jela.. si Hasnol tu bukannya makan sangat makanan pedas-pedas ni" potong Sidek Abdullah.

Mak Jemah hanya tersenyum nipis


"ok la mak... saya balik dulu" pinta Sidek Abdullah sambil menyalam tangan ibunya

"ye hati-hati bawak keta tu nak.." jawab Mak Jemah dengan penuh kasih sayang
 
"tit tit" bunyi alam kereta Sidek Abdullah

kereta Sidek Abdullah hilang dalam kegelapan Malam....

******


tepat pukul 2.30 pagi Sidek Abdullah sampai diperkarangan rumanya. Rumahnya gelap agaknya Hasnol Rosli sudah tidur. Dia melangkah masuk perlahan-lahan bersama makanan yang ibunya bekalkan tadi. matanya kelihatan kuyu seperti seorang lelaki yang sedang mabuk. Badannya juga longlai kepenatan kerana memandu selama 3 jam dan hanya sekali sahaja dia berhenti, itupun untuk membuang air kecil.

"huaaarrggghhhhh!!!" Sidek Abdullah menguap serupa seekor Dinousor yang ganas.

makanan yang dibekalkan ibunya diletakkanya di Meja ruang tamu dan dia bergegas ke bilik. Di bilik, dia mengeluarkan segala benda yang ada dalam poket seluarnya dan diletakkan di atas Meja sebelah katilnya. Sidek Abdullah merebahkan badanya ke katil tanpa menukar outfit tidur yang sesuai. Dia memandang kejuruteraan siling sambil menguap seperti singa beberapa kali. Pandangannya semakin kabur dan akhirnya dia terlelap.


"kok kok kok" bunyi ayam serama milik jiran Sidek Abdullah bergema dengan nyaring sekali

Sidek Abdullah tersedar dari tidurnya, dia bangun dan mencapai henset yang berada diatas meja untuk melihat jam.

8:14 pagi.. Dia kemudiaanya baring semula ke katilnya. dia cuba melelapkan matanya semula namun ianya seperti sukar. Sidek Abdullah rasa seperti ada benda yang tidak kena hari ini. Dia berfikir sejenak dan matanya yang kuyu tadi kelihatan semakin segar dan tegas.

Sidek Abdullah bangun semula dan tiba-tiba dia terasa lapar yang amat sangat pada pagi itu. Selalunya dia hanya akan bersarapan apabila sampai dipejabat dalam pukul 9.00 pagi. Sidek cuba untuk menahan lapar dan berniat untuk bersarapan dipejabat sahaja nanti. Namun begitu, perutnya semakin rancak pula berbunyi ibarat ada kumpulan keroncong yang sedang membuat konsert.

tiba-tiba dia teringat bekalan makanan yang maknya berikan malam tadi. Suasana ceria menyelubungi wajah Sidek Abdullah. Dia bergegas bangun dan keluar daripada bilik sambil menyanyikan lagu Kosong Najwa Latif part Korus. Sesampainya di ruang tamu, dilihatnya bungkusan makanan masih kemas seperti diletakkannya semalam.

Sidek Abdullah mencapai makan tersebut dan berlalu ke dapur dengan wajah yang riang seperti budak-budak zaman 80-an dapat kotak permainan Ding-Dang.


Di Dapur pinggan usai disediakan oleh Sidek bersama dengan sebotol besar air oren twister sejuk yang isinya tinggal separuh sahaja. Sidek membuka plastik tersebut ternyata terdapat dua tuppaware di dalamnya satu menempatkan nasi putih yang elok lagi keadaannya dan satu lagi berisikan sambal sotong pedas yang pastinya kalau di makan boleh menghasilkan peluh di kawasan bawah mata dan dahi.

Sidek memulakan proses makan, dia makan dengan lahap sekali hal ini kena pula dengan kesukaannya iaitu makan sambal pedas. tak cukup satu pinggan dia tambah lagi satu pinggan nasi dan ternyata selera makannya pagi ini ibarat burung hering meratah bangkai.

titik titik peluh mula membasahi dahi dan bawah matanya tanda dia sedang dalam kepedasan namun itu masih tidak menghalangnya untuk terus buas menghabiskan makanan yang terhidang di depannya. baginya masalah ini akan selesai dengan beberapa teguk air oren twister sejuk di depannya..

tiba-tiba...


"Hoi!!!! kau tak Puasa ke Sidek!!!!!!!" Hasnol Rosli menyergah dari muka pintu..

Sidek Abdullah tergamam seperti sebuah patung. Satu suapan nasi bercampur sambal sotong pedas tidak sempat sampai ke mulutnya. Peluh mengalir laju dari dahi terus turun ke hidung. Baru kini dia terasa kepedasan sambal sotong itu.

Matanya tertumpu pada air oren Twister sejuk fikirannya pula teringat Ustaz Azhar Idrus di Pesbuk dan Ustaz Google.



No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?