Pages

Thursday, February 21, 2013

Perihal Rockers Part 2

"karam aku di lautan duka bila wajahmu hilang dimata..." Sepul berdiri terkangkang di hadapan bilik tidurnya mendendangkan korus lagu karam dan cuba menyamakan suaranya dengan Malek Vokalis Kumpulan Zabarjad. Sikat berwarna oren dijadikannya mikropon.

Sepul lengkap berpakaian seperti ala-ala rock kapak, berseluar jeans hijau ketat, berkemeja putih lambang kumpulan Loudness dan bejaket jeans yang telah dipotong dibahagian lengannya. skaf merah pula terlilit kemas peha kanannya. Rambutnya pula dibiarkannya terurai seperti gaya Slash.

"Amboi jiwangnya,kata rockers sejati" sampuk Jali yang sedari tadi memerhatikan perangai Sepul.

"Sori der,Zabarjad bukan jiwang der, ni namanya slow rock.. kalau Anuar Zain tu mungkin jiwang der," Jawab Sepul tegas. 

Jali hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat rakan serumahnya itu.

"Engkorang ada jamming ke pul?" tanya Jali.

"hehehe hari ni gua dengan budak-budak gua tak jamming, hari ni kita orang nak midvalley" Jawab Sepul sambil tersengih.

Jali kelihatan bingung, kerana sepanjang pengetahuannya,hari ahad begini,Sepul dengan rakan-rakan rock kapaknya biasanya akan berjamming dan lepak di CM Kuala Lumpur. Pusat-pusat membeli belah seperti midvalley, The Curve dan Pavilion ni bukanlah tempat yang kena dengan jiwa rockersnya, kalau tidak pun Sepul akan lepak di Kotaraya.

"eh bila masa rockers dah pandai pergi midvalley ni?" Jali bertanya inginkan kepastian.

"haaaaaaaaaa...hari ni spesial sikit Li, gua dengan budak-budak gua nak pergi tengok wayang, ala cerita rock tu yang Mamat Khalid jadi pengarahnya tu.." Jawab Sepul sambil mula menyarung kasut Aliph ke kakinya.

Jali terdiam seketika.

"ok la der gua chau dulu kalau ada apa-apa mesej" beritahu Sepul sambil berlalu.

Jali masih lagi terdiam,dia berfikir apalah pandangan orang-orang di Midvalley nanti apabila melihat kelibat Sepul dan rakan-rakannya..

Bersambung..

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?