Pages

Monday, February 4, 2013

Perihal Pagi Ini Part 7

"Raja?" Lelaki berbadan sedap bertanya dengan penuh tegas.

"Ye Saya" balas Raja ringkas.

"Silakan.." lelaki berbadan sedap mempelawa Raja untuk menyertainya.

Raja menjadi bingung seketika, sebenarnya dia risau Ducati 1199 Panigale di letakkan di kawasan tersebut. Lelaki berbadan sedap seperti dapat membaca kerungsingan Raja melalui raut wajahnya.

"takpe yang tu awak jangan risau" Lelaki berbadan sedap cuba menyakinkan Raja.

Lelaki berbadan sedap itu membuat satu isyarat dan secara tiba-tiba keluar dua orang lagi lelaki berbadan sedap dengan potongan rambut gaya abang-abang askar berjalan laju ke arah lelaki berbadan sedap yang pertama. Mereka juga berkaca mata hitam pekat dan raut wajah mereka kelihatan sangat tegas.

"mereka akan jaga" Lelaki berbadan sedap yang pertama menyakinkan Raja sekali lagi.

Riak wajah risau Raja bertukar sedikit tenang dan yakin apabila melihat dua orang lelaki berbadan sedap ala komando akan menjaga Ducati 1199 Panigalenya.

Raja mengekori lelaki berbadan sedap tadi menuju ke bangunan usang lima tingkat tersebut. Mereka melewati tugu peringatan Haron Ismail yang dibina berhampiran bangunan tersebut. Kalau di Barcelona, orang-orang Sepanyol membina tugu Colombus sebagai mengenang pelayar terunggul itu tapi bagi orang melayu, Haron Ismail adalah Bapa Pengembara Negara Cuma bezanya Haron Ismail bukan ahli politik.

Raja menjadi kagum seketika kerana Haron Ismail adalah idolanya. Baginya Haron Ismail ini tidak jauh bezanya dengan Christoper Colombus, Ferdinand Magellan mahupun Datuk Azhar Mansor yang berlayar mengelilingi dunia. Semasa melintasi tugu setinggi 30 kaki itu dia sempat mengambil beberapa gambar untuk diabadikan dalam instagram kelak.

Raja kini berada di depan pintu masuk bangunan usang berkenaan, tampak seperti kosong dan sudah lama ditinggalkan dia menjadi bingung seketika dan berfikir kenapa bangunan seusang ini dikawal sebegitu ketat oleh beberapa orang lelaki berbadan sedap berkaca mata hitam???

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?