Pages

Saturday, February 18, 2012

Perihal Kisah Percintaan Prolog

Prolog

Aku sebenarnya hendak menceritakan kisah percintaan aku dengan seorang gadis manis berkulit putih dan suka bertudung bawal lilit. kadang-kala dia memakai tudung bawal dengan dilepasnya saja tanpa dililit. Satu hari yang indah pada hari selasa tepat pukul 3 petang kami telah melakukan pertemuan janji kami yang pertama disebuah taman bunga. keadaanya seperti satu pertemuan dua kekasih yang sangat indah dan romantik ibarat sebuah filem cinta hindustan yang sering menjadikan kawasan-kawasan indah sebagai background bagi videokilp nyanyian mereka walaupun hanya miming sahaja.

dia tersenyum memandangku yang datang ke arahnya. ku lemparkan kembali senyumanku kepadanya yang berdiri disebalik pagar taman bunga itu. menawan sekali gadis pujaan hatiku itu apatah lagi apabila menggayakan pemakaian tudung bawal kesukaanku. Aku sempat membetulkan rambut yang telah aku sikat dengan stail belah tepi ke kanan. Tidak berpuas hati dengan kekemasan rambutku yang sedia kemas lalu Sikat ku keluarkan daripada poket belakang dengan perlahan lalu ku rapikan semula rambut yang sedia rapi ke sebelah kanan.

Semakin ku menghampirinya semakin berdebar-debar hatiku. ah!! perasaan apakah ini? adakah ini yang dinamakan cinta. Aku terus hampir kepadanya kelihatannya wajahnya sangat lembut dan menyenangkan hatiku kerana ciri-ciri keisterian dan keibuan sangat terserlah diwajahnya walaupun sudah berpanas mungkin sejak tiga jam lagi kerana menunggu aku yang lewat kerana bas yang ku naiki tadi mempunyai masalah enjin.

"Assalamualaikum... Awak dah lama tunggu ke?" Sapaku dengan penuh mesra. Dia hanya tersenyum sahaja. agakku ah mungkin dibalasnya dalam hati.

"awak dah lama tunggu?" tanya ku sekali lagi sambil memberikan secebis senyuman paling manis pernah ku buat sepanjang aku hidup.

"errmmmmmmmmm..." hanya itu yang keluar dari mulutnya namun bibirnya tetap melemparkan senyuman yang manis.

"mungkin kekasih hatiku ini tidak kisah aku datang lewat agaknya" aku bermonolog sendiri di dalam hati.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?