Pagi ini sejuk sekali di luar sana pula, entah masih hujan entah tidak. Dari tadi gua susah nak lelap.. lalu gua capai winston Light di atas meja tanpa berdiri, kemudian gua capai lighter bakar rokok gua hembus asap keluar dengan gaya tegas sambil berfikir panjang. Fikiran gua melayang-layang, macam-macam gua fikir kadang-kadang sampai tak logik. Gua pasang lagu seniman menangis biar pilu sikit keadaan pagi sejuk ni
akhirnya gua buat kesimpulannnnn
tadi ada pertandingan ragbi ke?
apehal keputusan 22 - 4?
RUANGAN ENCIK KENTANG
Jangan Percaya Apa Yang Aku Tulis Tapi Percayalah Pada ALLAH Yang Maha Esa
Pages
Wednesday, October 23, 2013
Thursday, October 17, 2013
Perihal Pengembaraan Ke Selatan part 1
ngeeee.... ngeeee..... bunyi mesin rumput memecah kesunyian pagi.
huargghhhhhh!! Haron Ismail menguap ibarat seekor ibu singa yang tengah kelaparan.
"ah pagi-pagi lagi sudah kacau mesin rumput ni.." bentak Haron sambil menggosok-gosokkan matanya. Kelihatan tidurnya seperti terganggu kerana persitiwa malam semalam. Dia duduk bersila di atas tilam yang diletakkan di atas lantai sambil menutup semula matanya rapat. Haron seperti cuba bermuhasabah diri.
tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu panggilan telah masuk. Bunyi nada deringnya pula adalah dari lagu rock 80-an. Haron mencapai telefon bimbitnya dengan matanya masih tertutup, ternyata ini adalah satu skill yang sudah lama dia pelajari.
Haron terus mengangkat tanpa perlu melihat siapa yang membuat panggilan tersebut.
"hello..."
Bersambung..

Saturday, August 17, 2013
Perihal Manusia Power Bernama Mignolet
Mignolet: Hai Semua hari ni first game saya tahuuuuu mari kita lihat apa kata orang ramai |
Reina: Power |
Luis Suarez: Power |
Ronaldo: Power woi |
Jamie Carragher: Power |
Benitez: Power |
Mourinho: hehe.. Power |
Rodgers: Powerrrr |
Capello: Huh!! Macam Niii |
Cassilas: Power Boh... |
Neymar: Bang.. |
Obama: Power.. |
Hitler: Powerrrrrrrrrrrr |
Wednesday, July 24, 2013
Catitan Haron Ismail
Catitan Sedih Haron Ismail
"berapa banyak dalam hidup kita, kita sudah lalui keperitan hidup? ketika kita kena keperitan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya tapi hari ini ALLAH telah keluarkan dengan keadaan yang baik..." Dr Asri
ingin sebenarnya aku menceritakan keperitan yang ku lalui sebelum ini, dan apa yang ingin aku ceritakan bukan untuk menarik simpati sesiapa,
Ramadhan 2011, aku pernah melalui satu keperitan yang lebih daripada apa yang aku rasa pada ketika ini, tapi kenapa aku terlupa bahawa keperitan yang diberikan itulah yang membawa aku kembali kepadanya. sesungguhnya pada ketika itu aku rasa Allah sangat dekat denganku.. aku bukan menunjuk tapi itulah yang aku rasa pada ketika itu..
Ramadhan 2012 juga aku diuji sekali lagi dengan keperitan.. namun aku terlupa untuk bersyukur terhadap ranjau yang diberikan kepadaku..
kadang-kadang aku rasa ingin kembali kepadamu dikala susah..tapi aku malu kerana aku hanya mencari dikala susah namun apalah daya.. kalau dalam keadaan senang aku alpa dan dalam keadaan susah pun aku tidak mencarimu jadi apalah tugasku sebagai seorang hamba kepadaMU
Aku yakin dengan jalan yang diberikan oleh Allah pada hari ini.. Ya Allah pujuklah hatiku untuk kembali kepadamu ya Allah.. kepada engkau jugalah aku serahkan segala urusanku
“La tahzan innallaha ma'ana"

Monday, July 22, 2013
Damba Cintamu
Tuhanku
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Tuhanku
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Saturday, July 13, 2013
Perihal Osman Jejaka Sunyi
Osman menyalakan sebatang rokok John Putih yang dibelinya di gerai seksyen 15 petang tadi. Usai membakar dia bergerak perlahan menuju ke tingkap dan termenung jauh ke luar tingkap. sesekali fikirannya melayang, namun rokok John Putih tetap disedut perlahan sambil menghembus keluar asap nipis melalui mulut dan hidungnya.
Osman tenang termenung malam melihat suasana gelap dengan hanya kedengaran bunyi cengkerik dan unggas-unggas bersahutan. Dalam Ketenangan itu, Fikiran Osman seperti bercelaru, mungkin risau kerana tidak pernah dia berjauhan sebegitu lama, dia seolah-olah sedang kesunyian dan kehilangan punca. Dalam benak hatinya bermain-main perkara-perkara yang tidak diingininya.
Usai menghisap sebatang rokok, dia berpaling dari tingkap dan merebahkan badannya ke katil empuknya yang terletak berhampirannya, dia baring sambil matanya berkelip-kelip menghadap siling bilik sambil termenung semula, beberapa saat kemudian dia mula berdengkur enak.
Bersambung...
kahkahkahkahkah
Saturday, May 25, 2013
Perihal Abu dan Bulat Episod satu
Suasana hening pagi sekitar pukul 8:28 pagi.
Bulat kelihatan bermain main dengan koyakan plastik sambil menggosok-gosok ke matanya, seolah-olah tidak boleh melelapkan matanya, keadaan di luar pula sudah sangat terang benderang.
Abu kelihatannya cuba memukul-mukul peha bulat sambil cuba membicarakan sesuatu, mereka kelihatan bersenda gurau, kadang kala, Abu dilihat cuba bermain-main janggut Bulat bagi mengelakkanya terlelap. Apa sahaja yang ingin mereka lakukan pagi ini?
seketika mereka berdua bergelak ketawa, seketika cuba menyanyi bersama dan lebih banyak dilihat bersembang kosong perihal seluar pendek, bantal, dan lagu-lagu yang patut dinyanyikan ketika ingin tidur.
Tiba-tiba...
Bersambung...........

Subscribe to:
Posts (Atom)