Pages

Monday, June 28, 2010

BLOG AKU KA NIE??

assalamualaikum..

dah lama terbiar berhabuk sapa ada penyapu pinjam2.. hehehe

dah lama aku tak update blog nie sbb malas aku mau menaip heheheh.. skang tesis dah siap bosan plak jadi tergerak plak hati mau berbloging semula.. apa yang aku mau ckp nie setelah beberapa bulan tidak berbloging?? hehehe ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm fikir jap..

act sedey bila england kalah kat jermang.. 4-1 hheheehe xpela adat perlawanan.. tp aku ttp menyokong ENGLAND.. dan skang aku beralih kepada ARGENTINA, SPAIN n HOLLAND sokong byk2 trus jadi klu kalah ade lg yg lain.. kenapa aku sokong?? sebab ada pemain LIVERPOOL tu yg penting hehehehe..

dah la len kali lagi aku post something huhuhu

sekian berita salam hormat

Wednesday, October 7, 2009

tiada tajuk


muka klasik

salam.. amcm muka encik kentang klasik tak? gmbr tu diambil tahun 1972 tym tu encik kentang jadik bassist utk kumpulan smokie.. dahla jangan mengarut hehehe sebenarnya gambar xda kena mngena pun dengan post kali nie.. hehehe utk post kali ni aku pun tak tahu nak tulis apa.. hahahahha gelak ramai2.. baru je abis wat powerpoint utk presen esok.. susah woo soalan aku.. isk3.. nak dapat bahan tu rasanya kena jumpa senri pembuat dasarnya iaitu TUN M ala korang suma mesnti kenal.. ari nie dah berapa ari bulan erk?? hehehe tarikh pun aku dah lupa hahah tgk betapa lalainya aku.. dahla esaimen ada 4 lagi.. come on encik kentang jangan malas2.. buat lagi kerja last minit.. itu memang kegemaran ko di masa lapang dengan menghabiskan waktumu dengan ntah buat apa.. thesis plak? xya cakaplah.. semangat kethesissan dah hilang semenjak kehilangan laptop.. apa lagi yang aku lom buat?? tp ujung2 sem ni rajin plak aku pegi kelas.. hehehe tu jela utk kali ni..

sekian berita salam hormat..

Thursday, October 1, 2009

bila keserabutan melanda jiwa dan pemikiran


serabut kunun2


hehehe.. masuk2 dah gelak.. memang serabut.. dah lama xupdate blog hei kemalasan melanda.. blog berhabuk kena basuh nie.. raya dah habes huhuhu.. lama gak aku bercuti hari tu.. xpela setimpal dengan aku balik lewat.. raya pertama.. raya memang best gak arr jumpa member2 tp member2 skola sorg pn xjumpa kecuali EFMY huhuhu dan luis.. yang lain hilang dari radar.. balik je UKM dah terlepas presentation sal mustapha kamal attaturk adoyai.. skang ade 1 presentation menunggu jadi bertambah serabutlah kepala ku... hari ni 1 program dah habes best gak pelita ktorg menyala sungguh indah dan ramai yg memujinya.. tp yang buat serabut bila xde tanggungjawab.. hah yg tu pandai2lah pikir sendiri.. kata nak kuatkan bangsa tp bila dah bertembung tetap kt juga yg tewas dalam pertembungan itu.. kenapa?? sebab kekal dengan puak2 masing2.. hah itulah masalahnya sampai skang.. adoi serabut2.. ntahlah napa serabut asal serabut je tulis dalam blog.. sok pegi fieldwork plak kat jelebu sampai ari ahad.. aku tak pernah g firldwork tp pergi arkib tu kira cam fieldwork gak la kn?? sbb aku cari bahan kat situ.. aaaaaaaaa tolong2 ambulans.. tp setakat nie okla tak serabut sangat.. lagi2 ngan cik cadbury dah ok itu yg penting klu asek gaduh je tambahlah serabut kepalaku mau pikir itu ini... hah dah lah.. len kali lagilah aku merapu..

sekian berita salam hormat

Friday, September 11, 2009

semangat KIY..


salam.. semalam merupakan hari yg penuh emosi marah bg masyarakat kiy.. ape tidaknya trdapat seorang makhluksori bahasa agak kasar sket.. yg agaknya dah hidup lame cuba nk mengutuk dan memfitnah kolej kesayanganku ini.. sebebnarnya kiy dah selalu pun di kutuk tp cara kutuk kali ni agak berlainan dan jika mereka yg ade sesiapa yg mempunyai rase semangat kolej yg tinggi terbaca entry mamat tsbt konfem darah korg pasti menyirap mengoren dan menteh ais.. hahaha memang teruk arr mamat tersebut sikap kekurangan ajararannya telah memlukakan hati dan perasaan masyarakat kiy yg ternyata sangat sayang kepada kolej atas bukit tersebut... kepada mamat tersebut kami masyarakat kiy berpergang teguh pada lirik ini..

"haram patah hati diri ini susah senang kami di sini"

kami susah senang tetap di kolej ni.. anda xsenang dengan penganjuran firedrill kiy yg dikatakan menyusahkannya sehingga membuat entry yg xbleh blah sifatnya utk menjadi tatapan masyrkt pada hari ini.. itu ka kesedaran sivil yang diterimanya sebagai mahasiswa yg dah 4th year dan mempunyai pengalaman luas tetapi cetek minda dan fikiran dalam berbahasa.. iya kami tahu anda kata itu pendapat anda dan kebebasan anda untuk bersuara.. tp pendapat dan kebebasan itu ada hadnya utk disuarakan tidak perlua bersuara mengkritik susah payah orang kalau anda tidak suka diam2 sudah tidak perlu menunjukkan sikap kurang ajar anda kepada orang lain kerana apabila anda menunjukkan sikap sedemikian maka kami akan lebih kurang ajar lagi.. renung2kanlah apa yang dibuat oleh pengurusan dan jaksa kiy tu ada hikmahnya anda tak nak join ok tapi jangan kurang ajar....

kepada sesiapa yang rasa dirinya nk kurang ajar pada kiy fikir dahulu akibatnya..


selamat berpuasa..


sekian berita salam hormat..

Thursday, September 10, 2009

kisah 22 tahun..

yang nie mak cik cadbury punya..



yang nie plak encik kentang punya

sekian berita salam hormat

Sunday, August 30, 2009

cerita di sebalik kemerdekaan

bertemu lagi.. sebenarnya terdapat sebuah cerita disebalik hari kemerdekaan yang di sambut oleh negara kita setiap tahun.. namun cerita ini hanya bermula pada sambutan kemerdekaan negara yang ke 30 iaitu pada 31 ogos 1987.. pada tahun tersebut bermulanya kehidupan seorang manusia yang bernama HERWANTO BIN RAJJING.. beliau di lahirkan pada maghrib 1987 di sebuah hospital Duchess Of Kent.. iaitu di daerah sandakan.. merupakan putra keenam yang di lahirkan oleh Hanasia binti sussa.. seorang wanita yaang kuat bekerja keras di anak anaknya.. nama herwanto adalah bersempena dengan nama tempat en Rajjing bekerja pada ketika itu.. iaiut Syarikat Sriwanto.. kisah kehidupan hanya bermula setelah beliau melangkah ke alam kanak kanak.. tidak mendapat pendidikan awal di mana2 tadika taska mahupun tabika.. sebaliknya mendapat pendidikan pra sekolah seperti mengira membaca dan menulis di rumah melalui kakak dan abang2 yang ketika itu sudah bersekolah.. hanya mendapat pendidikan awal pada tahun 1993 di sebuah sekolah rendah iaitu SK MUHUIBBAH SANDAKAN. seperti anak2 yang lain.. beliau juga rajin ke sekolah yang terletak hanya 5km dari rumah beliau.. beliau bersekolah di sekolah berkenaan sehingga tamat darjah enam dan lulus dengan baik dalam UPSR untuk melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menegah.. di peringkat menengah beliau telah melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah menengah iaitu SMK TAMAN FAJAR.. di sekolah tersebut beliau menimba ilmu selama lima tahun sehingga tamat SPM dengan baik.. di sekolah beliau sangat minat dengan ilmu sejarah.. dan beliau sangat pakar dalam ilmu sejarah.. selepas tamat SPM beliau menyambung pelajaran ke peringkat Tingkatan enam di EMK ELOPURA DUA di sini merupakan titik penentu kepada kejayaan beliau di masa depan kelak.. akhirnya beliau berjaya lulus dengan baik pada STPM dan di terima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia.. bersambung....

sekian berita salam hormat..

sejarah kemerdekaan tanah melayu



hayatilah perjuangan pejuang kemerdekaan untuk menuntut kemerdekaan dan membebaskan tanah air dari penjajah.. selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52

Ada kah juga orang mau tinguk ni?