Pagi ini sejuk sekali di luar sana pula, entah masih hujan entah tidak. Dari tadi gua susah nak lelap.. lalu gua capai winston Light di atas meja tanpa berdiri, kemudian gua capai lighter bakar rokok gua hembus asap keluar dengan gaya tegas sambil berfikir panjang. Fikiran gua melayang-layang, macam-macam gua fikir kadang-kadang sampai tak logik. Gua pasang lagu seniman menangis biar pilu sikit keadaan pagi sejuk ni
akhirnya gua buat kesimpulannnnn
tadi ada pertandingan ragbi ke?
apehal keputusan 22 - 4?
Pages
Wednesday, October 23, 2013
Thursday, October 17, 2013
Perihal Pengembaraan Ke Selatan part 1
ngeeee.... ngeeee..... bunyi mesin rumput memecah kesunyian pagi.
huargghhhhhh!! Haron Ismail menguap ibarat seekor ibu singa yang tengah kelaparan.
"ah pagi-pagi lagi sudah kacau mesin rumput ni.." bentak Haron sambil menggosok-gosokkan matanya. Kelihatan tidurnya seperti terganggu kerana persitiwa malam semalam. Dia duduk bersila di atas tilam yang diletakkan di atas lantai sambil menutup semula matanya rapat. Haron seperti cuba bermuhasabah diri.
tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu panggilan telah masuk. Bunyi nada deringnya pula adalah dari lagu rock 80-an. Haron mencapai telefon bimbitnya dengan matanya masih tertutup, ternyata ini adalah satu skill yang sudah lama dia pelajari.
Haron terus mengangkat tanpa perlu melihat siapa yang membuat panggilan tersebut.
"hello..."
Bersambung..

Saturday, August 17, 2013
Perihal Manusia Power Bernama Mignolet
Mignolet: Hai Semua hari ni first game saya tahuuuuu mari kita lihat apa kata orang ramai |
Reina: Power |
Luis Suarez: Power |
Ronaldo: Power woi |
Jamie Carragher: Power |
Benitez: Power |
Mourinho: hehe.. Power |
Rodgers: Powerrrr |
Capello: Huh!! Macam Niii |
Cassilas: Power Boh... |
Neymar: Bang.. |
Obama: Power.. |
Hitler: Powerrrrrrrrrrrr |
Wednesday, July 24, 2013
Catitan Haron Ismail
Catitan Sedih Haron Ismail
"berapa banyak dalam hidup kita, kita sudah lalui keperitan hidup? ketika kita kena keperitan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya tapi hari ini ALLAH telah keluarkan dengan keadaan yang baik..." Dr Asri
ingin sebenarnya aku menceritakan keperitan yang ku lalui sebelum ini, dan apa yang ingin aku ceritakan bukan untuk menarik simpati sesiapa,
Ramadhan 2011, aku pernah melalui satu keperitan yang lebih daripada apa yang aku rasa pada ketika ini, tapi kenapa aku terlupa bahawa keperitan yang diberikan itulah yang membawa aku kembali kepadanya. sesungguhnya pada ketika itu aku rasa Allah sangat dekat denganku.. aku bukan menunjuk tapi itulah yang aku rasa pada ketika itu..
Ramadhan 2012 juga aku diuji sekali lagi dengan keperitan.. namun aku terlupa untuk bersyukur terhadap ranjau yang diberikan kepadaku..
kadang-kadang aku rasa ingin kembali kepadamu dikala susah..tapi aku malu kerana aku hanya mencari dikala susah namun apalah daya.. kalau dalam keadaan senang aku alpa dan dalam keadaan susah pun aku tidak mencarimu jadi apalah tugasku sebagai seorang hamba kepadaMU
Aku yakin dengan jalan yang diberikan oleh Allah pada hari ini.. Ya Allah pujuklah hatiku untuk kembali kepadamu ya Allah.. kepada engkau jugalah aku serahkan segala urusanku
“La tahzan innallaha ma'ana"

Monday, July 22, 2013
Damba Cintamu
Tuhanku
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Tuhanku
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Saturday, July 13, 2013
Perihal Osman Jejaka Sunyi
Osman menyalakan sebatang rokok John Putih yang dibelinya di gerai seksyen 15 petang tadi. Usai membakar dia bergerak perlahan menuju ke tingkap dan termenung jauh ke luar tingkap. sesekali fikirannya melayang, namun rokok John Putih tetap disedut perlahan sambil menghembus keluar asap nipis melalui mulut dan hidungnya.
Osman tenang termenung malam melihat suasana gelap dengan hanya kedengaran bunyi cengkerik dan unggas-unggas bersahutan. Dalam Ketenangan itu, Fikiran Osman seperti bercelaru, mungkin risau kerana tidak pernah dia berjauhan sebegitu lama, dia seolah-olah sedang kesunyian dan kehilangan punca. Dalam benak hatinya bermain-main perkara-perkara yang tidak diingininya.
Usai menghisap sebatang rokok, dia berpaling dari tingkap dan merebahkan badannya ke katil empuknya yang terletak berhampirannya, dia baring sambil matanya berkelip-kelip menghadap siling bilik sambil termenung semula, beberapa saat kemudian dia mula berdengkur enak.
Bersambung...
kahkahkahkahkah
Saturday, May 25, 2013
Perihal Abu dan Bulat Episod satu
Suasana hening pagi sekitar pukul 8:28 pagi.
Bulat kelihatan bermain main dengan koyakan plastik sambil menggosok-gosok ke matanya, seolah-olah tidak boleh melelapkan matanya, keadaan di luar pula sudah sangat terang benderang.
Abu kelihatannya cuba memukul-mukul peha bulat sambil cuba membicarakan sesuatu, mereka kelihatan bersenda gurau, kadang kala, Abu dilihat cuba bermain-main janggut Bulat bagi mengelakkanya terlelap. Apa sahaja yang ingin mereka lakukan pagi ini?
seketika mereka berdua bergelak ketawa, seketika cuba menyanyi bersama dan lebih banyak dilihat bersembang kosong perihal seluar pendek, bantal, dan lagu-lagu yang patut dinyanyikan ketika ingin tidur.
Tiba-tiba...
Bersambung...........

Saturday, April 20, 2013
Perihal Sibuk
Wednesday, April 3, 2013
Perihal Gua dan Kolokium
Pagi nanti gua ada kolokium ni woi!!!!
kahkahkahkah!!!
Sekian Berita Salam Hormat
kahkahkahkah!!!
Sekian Berita Salam Hormat
Friday, March 22, 2013
Perihal Bertanya soalan kepada Tun Dr Mahathir
malam tadi gua pergi berjumpa negarawan ulung Malaysia Tun M. Tun Berbicara soal kedaulatan dan mahasiswa. Ramai juga yang bertanyakan soalan dari soalan dasar negara, ekonomi sehinggalah ke perihal tragedi di Lahad Datu.
pagi-pagi cantik yang suhunya sedikit sejuk ni gua masih berfikir soal Tun M. kenapa tiada seorang pun yang tanya pasal diet pemakanan dan apakah sukan, serta kelab bola sepak inggeris yang diminati Tun.
Dengan ini gua sudah bertekad, kalau Tun buat forum lagi, gua nak tanya, Tun minat Liverpool ke?

Tun Ketika Muda, nampak gayanya seperti menyokong Liverpool |
Dengan ini gua sudah bertekad, kalau Tun buat forum lagi, gua nak tanya, Tun minat Liverpool ke?
Thursday, February 21, 2013
Perihal Rockers Part 2
"karam aku di lautan duka bila wajahmu hilang dimata..." Sepul berdiri terkangkang di hadapan bilik tidurnya mendendangkan korus lagu karam dan cuba menyamakan suaranya dengan Malek Vokalis Kumpulan Zabarjad. Sikat berwarna oren dijadikannya mikropon.
Sepul lengkap berpakaian seperti ala-ala rock kapak, berseluar jeans hijau ketat, berkemeja putih lambang kumpulan Loudness dan bejaket jeans yang telah dipotong dibahagian lengannya. skaf merah pula terlilit kemas peha kanannya. Rambutnya pula dibiarkannya terurai seperti gaya Slash.
"Amboi jiwangnya,kata rockers sejati" sampuk Jali yang sedari tadi memerhatikan perangai Sepul.
"Sori der,Zabarjad bukan jiwang der, ni namanya slow rock.. kalau Anuar Zain tu mungkin jiwang der," Jawab Sepul tegas.
Jali hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat rakan serumahnya itu.
"Engkorang ada jamming ke pul?" tanya Jali.
"hehehe hari ni gua dengan budak-budak gua tak jamming, hari ni kita orang nak midvalley" Jawab Sepul sambil tersengih.
Jali kelihatan bingung, kerana sepanjang pengetahuannya,hari ahad begini,Sepul dengan rakan-rakan rock kapaknya biasanya akan berjamming dan lepak di CM Kuala Lumpur. Pusat-pusat membeli belah seperti midvalley, The Curve dan Pavilion ni bukanlah tempat yang kena dengan jiwa rockersnya, kalau tidak pun Sepul akan lepak di Kotaraya.
"eh bila masa rockers dah pandai pergi midvalley ni?" Jali bertanya inginkan kepastian.
"haaaaaaaaaa...hari ni spesial sikit Li, gua dengan budak-budak gua nak pergi tengok wayang, ala cerita rock tu yang Mamat Khalid jadi pengarahnya tu.." Jawab Sepul sambil mula menyarung kasut Aliph ke kakinya.
Jali terdiam seketika.
"ok la der gua chau dulu kalau ada apa-apa mesej" beritahu Sepul sambil berlalu.
Jali masih lagi terdiam,dia berfikir apalah pandangan orang-orang di Midvalley nanti apabila melihat kelibat Sepul dan rakan-rakannya..
Bersambung..
Wednesday, February 20, 2013
Perihal Rockers Part 1
"Kekejaman manusia hooooooo hoooooooooo hoooooo... kekejaman manusia tiada batasnya..." Jerit Sepul dari dalam kamar mandi menyanyi lagu kumpulan rockers kekejaman sambil menggoyang-goyangkan kepalanya yang penuh dengan syampoo.
8 minit kemudian Sepul keluar dari kamar mandi dengan tuala terlilit kemas dipinggangnya, Rambutnya yang panjang menggerbang gaya Amy Search dalam cover kaset Fenomena kelihatan masih basah. Dia berlalu laju menuju ke biliknya sambil menarik Korus lagu Bloodsheed Samarkand.
Di ruang tamu Jali, yang sedang membaca Akhbar Tabloid Harian Metro menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat teman serumahnya. Dia sebenarnya hairan dengan Sepul, walaupun sudah tahun 2013 namun masih lagi berpenampilan aneh-aneh seperti dia masih hidup di Zaman lewat 80-an dulu.
Di dalam bilik, Kelihatan Sepul sedang mengeringkankan rambutnya menggunakan kipas angin.
"Seribu Tahun takkan mungkin bisa menghuraikan semua cinta yang kau beri untuk diriku yang rinduuuuuuuuuuuuu", Jerit Sepul Sambil menyikat rambutnya di hadapan kipas angin berjenama Sanyo.
Bersambung....

Saturday, February 9, 2013
Perihal Last Man Standing 2013 ( Versi Perang )
Kapten Ryan masih lagi bertahan di dalam parit itu sambil gigih menembak mesin-gun ke setiap penjuru. Askar-askar gasar kelihatan semakin liar dan buas berlumba-lumba mendaki perbukitan Indah untuk menawannya, namun satu persatu-satu tewas dengan tembakan mesin-gun dari Kapten Ryan. Kedudukannya yang sangat strategik dan membolehkannya melihat setiap pergerakan Askar-askar Gasar.
Kapten Ryan memeriksa tempat menyimpan peluru di tepinya, mungkin masih boleh digunakan beberapa jam lagi. Kumpulan terakhir baru sahaja meninggalkan perbukitan untuk berundur dan menjadikan Kapten Ryan bertahan bersendirian di puncak bagi memudahkan proses pengunduran itu.
Tiba-tiba, serangan Askar-askar Gasar seakan-akan sudah berhenti mungkin disebabkan oleh kabus perbukitan yang semakin menebal. serentak itu, kapten Ryan juga memberhentikan tembakan mesin-gunnya dan mula membakar sebatang rokok..
Kapten Ryan menghembus perlahan asap rokok dari mulutnya sambil termenung melihat kemusnahan total puncak Perbukitan Indah. Dia kelihatan masih tenang walaupun menjadi orang yang terakhir yang mempertahankan Perbukitan Indah itu.
kahkahkahkah
Tuesday, February 5, 2013
Perihal Pagi Ini Part 8
Raja masuk ke dalam bangunan usang lima tingkat tersebut dengan penuh debaran, dia berjalan perlahan-lahan sambil mengekori lelaki berbadan sedap itu. Ruangannya luas namun ianya kosong, Raja sekali lagi menjadi bingung, apa sebenarnya yang ada di dalam bangunan ini? nampak ianya seperti sebuah lobi hotel.
Dia terus berjalan mengekori lelaki berbadan sedap itu sambil matanya liar memerhatikan keseluruhan ruangan bawah bangunan usang lima tingkat tersebut.
Mereka bergerak ke arah penjuru sebelah kanan bangunan usang lima tingkat tersebut. Dimana terdapat sebuah Lif yang juga dijaga oleh dua orang lelaki berbadan sedap dan berkaca mata hitam pekat.
Raja semakin bingung dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang ada di dalam bangunan tersebut, kenapa ada ramai kelibat lelaki berbadan sedap berkacamata hitam berkawal di sini sana. Ingin sahaja dia bertanya kepada lelaki berbadan sedap yang membawanya itu, namun dia gusar seandainya tidak mendapat respon.
Melihat kelibat Raja dan lelaki berbadan sedap yang membawanya, salah seorang lelaki berbadan sedap yang menjaga pintu lif tersebut telah menekan butang lif, belum sempat Raja dan lelaki berbadan sedap yang membawanya itu sampai pintu lif sudah terbuka lebar untuk mereka.
"silakan..." Pelawa lelaki berbadan sedap yang membawa Raja.
Raja masuk ke dalam, diikuti oleh lelaki berbadan sedap yang membawanya, sejurus itu, pintu lif mula tertutup secara perlahan-lahan. Raja mula membuat andaian mungkin segalanya akan terjawab apabila lif ini sampai ke destinasinya di tingkat atas.
kelihatan lima butang yang tertera nombor satu sehingga lima menandakan bangunan ini mempunyai lima tingkat. juga terdapat butang buka dan tutup dan terdapat satu butang berlogo telefon yang menandakan itu adalah butang bagi panggilan kecemasan.
Namun sesuatu telah mengejutkan Raja telah berlaku, tiba-tiba lelaki itu menekan butang kecemasan tersebut dengan secara tiba-tiba lif itu bergerak ke bawah dan bukannya ke atas seperti jangkaan awal Raja...

Monday, February 4, 2013
Perihal Pagi Ini Part 7
"Raja?" Lelaki berbadan sedap bertanya dengan penuh tegas.
"Ye Saya" balas Raja ringkas.
"Silakan.." lelaki berbadan sedap mempelawa Raja untuk menyertainya.
Raja menjadi bingung seketika, sebenarnya dia risau Ducati 1199 Panigale di letakkan di kawasan tersebut. Lelaki berbadan sedap seperti dapat membaca kerungsingan Raja melalui raut wajahnya.
"takpe yang tu awak jangan risau" Lelaki berbadan sedap cuba menyakinkan Raja.
Lelaki berbadan sedap itu membuat satu isyarat dan secara tiba-tiba keluar dua orang lagi lelaki berbadan sedap dengan potongan rambut gaya abang-abang askar berjalan laju ke arah lelaki berbadan sedap yang pertama. Mereka juga berkaca mata hitam pekat dan raut wajah mereka kelihatan sangat tegas.
"mereka akan jaga" Lelaki berbadan sedap yang pertama menyakinkan Raja sekali lagi.
Riak wajah risau Raja bertukar sedikit tenang dan yakin apabila melihat dua orang lelaki berbadan sedap ala komando akan menjaga Ducati 1199 Panigalenya.
Raja mengekori lelaki berbadan sedap tadi menuju ke bangunan usang lima tingkat tersebut. Mereka melewati tugu peringatan Haron Ismail yang dibina berhampiran bangunan tersebut. Kalau di Barcelona, orang-orang Sepanyol membina tugu Colombus sebagai mengenang pelayar terunggul itu tapi bagi orang melayu, Haron Ismail adalah Bapa Pengembara Negara Cuma bezanya Haron Ismail bukan ahli politik.
Raja menjadi kagum seketika kerana Haron Ismail adalah idolanya. Baginya Haron Ismail ini tidak jauh bezanya dengan Christoper Colombus, Ferdinand Magellan mahupun Datuk Azhar Mansor yang berlayar mengelilingi dunia. Semasa melintasi tugu setinggi 30 kaki itu dia sempat mengambil beberapa gambar untuk diabadikan dalam instagram kelak.
Raja kini berada di depan pintu masuk bangunan usang berkenaan, tampak seperti kosong dan sudah lama ditinggalkan dia menjadi bingung seketika dan berfikir kenapa bangunan seusang ini dikawal sebegitu ketat oleh beberapa orang lelaki berbadan sedap berkaca mata hitam???
Bersambung.....

Friday, February 1, 2013
Perihal Pagi Ini Part 6
Dengan tunggangan yang bagus dan sempurna dalam masa tidak sampai 30 minit Raja sudah berada di tengah-tengah Ibu Kota. Motorsikal Ducati 1199 Panigale miliknya masih lagi menderu liar walaupun sudah bergerak perlahan dalam kesibukan Ibu Kota.
Raja tiba di sebuah kawasan yang sangat sibuk dengan manusia, ramai orang lalu lalang disitu dan melintasi jalan seperti tidak mempunyai otak, susunan bangunannya tidak teratur manakala jalannya pula sempit-sempit, terdapat banyak kedai-kedai ditepi jalan menambahkan lagi kesesakan kawasan tersebut, warganya pula bukanlah yang jenis yang berpakaian eksklusif seperti di satu lagi kawasan dalam Ibu Kota.
Raja menunggang motornya memasuki jalan-jalan yang sibuk itu, sesekali bunyi deruan motorsikal Ducati 1199 Panigale memecah kesibukan kawasan tersebut namun tidak mendapat perhatian daripada manusia disitu kerana semuanya seakan-akan sibuk membuat kerja masing-masing.
Raja sampai ke tempat yang ditujunya, dia memberhentikan Ducati 1199 Panigale berhampiran sebuah bangunan lama setinggi lima tingkat yang dihadapannya terdapat sebuah patung tugu peringatan Haron Ismail. Raja mengeluarkan telefon bimbitnya seperti ingin membuat panggilan kepada seseorang. Belum sempat dia berbuat demikian dia didatangi seorang lelaki yang berbadan sedap..

Thursday, January 31, 2013
Perihal Pagi Ini Part 5
"vroooommmmmmmmmm" Motor Ducati 1199 Panigale Raja menderu laju memecah kebisingan mesin rumput. Cara tunggangannya kelihatan baik manakala arah tunggangannya pula seperti ingin menuju ke Ibu Kota..
Bersambung..
Bersambung..
Wednesday, January 30, 2013
Perihal Pagi Ini Part 4
tittt tittt titttt...... sekali lagi telefon ibmbit Raja berbunyi menandakan sistem pesanan ringkas diterima, Raja membuka dan membaca dengan tenang..
tiba-tiba raut wajahnya berubah dahinya berkerut dan lantas...
"shitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt" Raja mencarut panjang sambil bergegas keluar.

Tuesday, January 29, 2013
Perihal Pagi Ini Part 3
Raja bergegas keluar dari tempat permandiannya dengan tuala berwarna biru terang terlilit kemas di pinggangnya manakala logo PLKN tertera jelas di tuala tersebut. Sampai di bilik Raja merentap baju kemeja bercorak kotak-kotak fesyen lama yang tergantung kemas di dalam almarinya, walaupun terdapat sedikit kedut namun tidak dihiraukannya, Dalam masa tidak sampai dua minit Raja berjaya berpakaian lengkap dengan semburan deodoran berjenama padona.
Usai berpakaian Raja menghadap cermin sambil membetulkan rambutnya dengan menggunakan jari sahaja mukanya masih kelihatan cemas..
sambil melihat dirinya di cermin tiba-tiba dia berfikir..
"eh kenapa aku mesti cemas ni?" - Getus Raja di dalam hatinya.

Monday, January 28, 2013
Perihal Pagi Ini Part 2
suasana di luar bilik Raja semakin hingar dengan bunyi mesin pemotong rumput. Raja bangun dari pembaringannya, dia duduk bersila sambil matanya masih lagi tertutup rapat, kemudian dia menguap seperti seekor singa betina.
"tiittttt tittttt tittttttt" telefon bimbit Raja berbunyi menambah kehingaran pagi. Raja berpaling ke belakang tangannya terkapai-kapai mencapai telefon bimbit yang lokasinya berada dibawah bantal. Raja merentap, diperhatikannya dengan teliti telefon bimbit tersebut sambil sebelah matanya masih tertutup.
"shittttttttttttt' Raja mencarut sambil bergegas bangun dari katil, telefon bimbit dibiarkan melayang...

Tuesday, January 22, 2013
Perihal Pagi Ini
ngeeeeeng..... ngeeeeeengggg... ngeeenngg
bunyi mesin rumput kedengaran riuh memecah kesunyian dan keheningan pagi..
Raja tersedar dari lamunanya, dia menguap serupa singa sambil memandang dinding yang tertera gambar Safiq Rahim pemain bola kesukaannya. Mata Raja terkebil-kebil, kelihatan seperti tidurnya terganggu dek bunyi bising mesin rumput yang kedengaran berhamipran dengan biliknya..

Subscribe to:
Posts (Atom)