Lelaki Power GUA RASA TAHUN NI LIVERPOOL TARGET PIALA KASUT EMAS KOT SEKIAN BERITA SALAM HORMAT |
Pages
Sunday, November 11, 2012
Tuesday, November 6, 2012
Perihal Kefutsalan
Assalamualaikum..
Tadi gua main Futsal di batu empat
dalam pada menunggu masyarakat yang letih untuk ditukarkan
sebelah court gua main ada sekumpulan makwe tengah bermain futsal
gua perati pesen makwe bukan power main futsal
gua malas nak jeling belakang sebab mode gua tadi tegas macam rambo
jadi gua usha barang dua kali sudah lah
kerana gua tahu kemuncak permainan futsal para makwe di court sebelah
dan akhirnya agakkan gua tepat
kemuncak permainan Futsal geng makwe sebelah court kitaorang adalah
SNAP GAMBAR PAKAI OUTFIT FUTSAL DALAM COURT DENGAN BOLA FUTSAL
dan gua yakin tindakan mereka seterusnya adalah
UPLOAD DALAM PESBUK ATAU TWITTER DAN INSTAGRAM
dan kesannya..
MAKA BERDUYUNLAH PARA PAKWE MENGOMEN
ok itu sahaja.. mohon para makwe jangan marah gua kehkehkeh
Sekian Berita Salam Hormat

Thursday, October 18, 2012
Perihal Era Baru Pasca Era Kegemilangan
Assalamualaikum
Amboi power juga tajuk kali ni macam tajuk esaimen hubungan luar
macam biasalah gua ni jenis suka mengenang zaman sudah jadi dalam hal ini, gua mengorek-ngorek gambar lama yang gua rasa gua post dalam frenster sekitar tahun 2007 dulu
time adalah juga dua tiga orang makwe kata muka macam AIZAT
serius gua tak tipu..
kalau dah aizat menyanyi di tivi,
maka henset gua akan masuk beberapa mesej
"eh ko tengah nyanyi dalam tv la"
dalam hal ini gua terus baling henset ke dinding sebab semangat rock memang kuat.
agak-agaklah kan? kalau kata muka gua macam MAN RANI kumpulan SOFEA ok juga.
Sekian Berita Saalam Hormat
Monday, October 8, 2012
Perihal Zaman Kegemilangan 2
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
Amboi power juga ucapan gua pagi-pagi macam ni ye.
al maklumlah, baru lepas membuang waktu pagi, kata orang membuang waktu pagi sehat..
ahhh terus ke tajuk entry, sebelum ni gua pernah menulis mengenai Zaman kegemilangan Gua dulu-dulu.
niat gua bukan mau berlagak yang zaman dulu gua sangat gemilang tapi interpertasi gua terhadap zaman kegemilangan gua, gua lihat dari sisi lain. ibarat analogi cawan yang pernah gua terangkan kepada saudara Mikun 2 tahun lepas.
dalam hal ini sila baca sini untuk memahami interpertasi zaman gemilang
dalam hal ini sila baca sini untuk memahami interpertasi zaman gemilang
dipendekkan cerita semalam gua korek-korek almari lama di rumah gua kat kebun dan akhirnya gua terjumpalah....
Baju Handalan sewaktu Era kegemilangan.
Era kegemilangan gua ini sebenarnya berlaku dalam 6 ke 7 tahun lepas macam tu la.
baju diatas menjadi saksi.
power juga baju kalau pakai ke bandar mesti orang mau tengok-tengok
baju ni gua akan pakai ke bandar pada hari minggu iaitu ari ahad
dipadankan dengan seluar jeans berjenama levi's yang tak ori dengan potongan "Pit Kambing" ( potongan kecik dibawah)
kemudian di kepala terpasang cap ataupun topi Askar. time ni scene pakai topi celoreng atau askar pergi ke bandar tengah naik lagi.
di kaki pulak terpasang sepasang kasut converse putih atau kalau jenis malas, pakai sahaja selipar jepun berjenama cheetah mahupun walker yang dahulunya hanya berharga rm 3 sahaja.
kos untuk pergi melepak di bandar hanyalah lima ringgit. kalau untung gua dapat kontrak basuh baju abang gua dapatlah gua sepuluh ringgit.
namun lima ringgit sudah mencukupi sebab dulu tambang 70 sen jadi kos untuk tambang sahaja Ringgit Malaysia 1.40. Kebiasaannya, Seringgit diperuntukkan untuk makan mee goreng telur mata sapi dengan kuah tauhu di jual di atas pasar. kalau duit banyak lebih boleh makan nasik kuning atau seperti gua kata tadi kalau dapat kontrak basuh baju bolehlah gua makan nasik lauk ayam dan sayur.
seringgit lagi diperuntukkan untuk bermain game arked dan selebihnya digunakan untuk membeli air tin yang sewaktu ketika itu sudah berharga RM 1.20.
pada ketika ini, scene pesbuk belum naik lagi jadi kitaorang banyak melepak secara realiti daripada melepak sambil mata sibuk menelaah smartphone yang gua rasa pada ketika ini semakin mencemari budaya lepak. Namunbegitu, scene Mirc sudah naik kat cyber-cyber cafe, bagi mat-mat jiwang mengayat makwe dalam mirc maka tempat lepak mereka adalah di cyber sambil menghadap kompiter dan tersenyum sendiri. dalam hal ini, pada akhir zaman kegemilangan gua juga terjebak dengan aktiviti tersebut dengan alasan mengikut peredaran masa.
Time ni masih popular lagi scene talipon makwe pakai talipon public. kalau ada syiling lebih boleh terus dail ke rumah. kalau bukan makwe tersebut yang mengangkat cepat-cepatlah diletak. Dalam period waktu ini, scene talipon bimbit hanya layak digunakan oleh golongan pegawai bergaji besar atau anak orang kaya sahaja .
kadang-kadang kalau pergi bandar tak kena dengan mood dan waktunya maka adalah pergaduhan yang berlaku antara geng-geng tapi zaman ni bergaduh memang rancak dan bukan seperti sekarang.
kita orang biasanya akan melepak sehingga petang sahaja dalam pukul 3-4 petang kitaorang akan kembali ke rumah untuk meneruskan aktiviti bersukan diwaktu petang pulak.. see berwawasan tidak?
bah ok la.. Gua rasa macam dah lari juga apa yang gua nak tulis ni..
Sekian Berita Salam Hormat
Sunday, September 30, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Perihal Pengurusan Diri Paling Solid
bangun pagi..
lepak kejap sambil muhasabah diri..
pandang dinding kejap sambil menguap macam singa..
capai tuala..
bergerak ke toilet dengan penuh tegas..
mandi dengan kemas..
braa braa braaa... beberapa gayung air menyimbah..
selesai mandi keluar toliet dengan segar dan tegas..
iron baju kemeja smart sikit hari ni..
pakai baju sembur deodrant sket baru wangi..
sikat rambut pakai jari..
pakai jam..
pandang cermin sambil berbisik dalam hati "wah macam pengurus bank"
senyum dengan tegas..
kemas katil..
dan akhir sekali
sambung tidur..
pergi mampus dengan arkib..
sekian berita salam hormat

Tuesday, September 11, 2012
Perihal Kaya Raya
"come Tan Sri, kita bukan kenal sehari dua, kalau bukan Tan sri siapa lagi yang saya boleh percayai" Dato Herman cuba memujuk Tan Sri Kudin untuk bersama dengan syarikatnya dalam projek kapal angkasa bernilai 96 puluh ratus billion.
"biar saya fikir dahulu Dato' lagipun projek membina bangunan setinggi langit kentang holding masih dalam proses saya takut anak saya tidak dapat menguruskannya" balas Tan Sri Kudin dengan gaya Jalaludin Hasan.
"Tan Sri Tan Sri.. kalau Tan sri rasa puteri Amanda Danila tidak dapat uruskan saya akan hantar anak lelaki saya Randy Danish Ezuandy untuk membantu" pujuk Dato' Herman lagi sambil mula membakar paip dan menghembus perlahan.
Tan Sri Kudin terdiam seketika tiba-tiba dia mendapat idea untuk menyatukan anak perempuannya dengan anak lelaki Dato' Herman.
bersambung lepas musim tengkujuh...
sekian berita salam hormat
Wednesday, August 15, 2012
Perihal Hujan Dan Cinta
Hujan yang turun malam ini
Membuat ku mencari-cari
Sejenak ku bertanya
di dalam hati
Apa hebatnya hujan ini?
dan Jawapannya sudah Pasti
Tanda Cintanya Ilahi
Saat hujan turun memberi seribu kegembiraan
Tanah keras yang tandus kering dilembutkan
Alam yang panas dan kontang disejukkan
Hati Petani yang suram kelihatan senyum keriangan
Dan ku andaikan hadirmu seperti hujan
Hadirmu mampu melembutkan kerasnya jiwaku
Senyum dan tawamu menyejukkan hatiku
Melihat kau disampingku membuatku bahagia selalu
Memang tidak ada cinta sehebat hujan yang diturunkan Ilahi
namun cintaku kepadamu selebat hujan yang membasahi bumi
sesungguhnya aku sering menantikan hujan dari Ilahi
kerana antara doa yang dimakbulkan adalah pada permulaan hujan
pada saat ianya mula menitis membasahi bumi
ku menadah tangan dan berdoa kepadaTuhan
Semoga kau sentiasa bahagia dan dirahmati
By: Ryan Sofea
Sunday, August 5, 2012
Perihal Di Rumah
Assalamualaikum gua sudah berada di rumah..
belom sampai 24 jam esok gua fly pulak ke KK
Macam biasa gua kan pemgembara bulan puasa pun jadik..
yang tak bestnya sampai rumah gua terus demam haissshh
mungkin ini lah yang dikatakan Homesick
Friday, August 3, 2012
Perihal 4 Ogos
Thursday, August 2, 2012
Perihal Bosan
Assalamualaikum Salam Ramadhan..
Gua punya bosan sampai gua translate lagu search pergi bahasa jermen.. pawer betul bunyinya..
Andaiku Miliki Semalam Dalam Bahasa Jerman
Wenn ich heute
Wenn ich heute
Und kann ich auf morgen ändern
Ich will nichts ändern
DÜREN Ich weiß, Sie immer noch schön
Ohne Grenzen von Zeit
Ich bin glücklich, wie es
Dieses Schreien Zeichen Graduate
Nicht beklagen gestern Wunde
DÃœREN du mich liebst
Nicht mehr meine Welt ist traurig
Ich kann mir nicht vorstellen,
Trauer muss ich ertragen
Wenn Sie eine Trennung
Ohne eine zuverlässige Quelle
Ich werde für Love Miss suchen
Ist die Kündigung Zeit
Und die Berge ins Meer fallen
Ich liebe dich immer noch
Meine Liebe ist stark
Um durch alle gehen
Unvorstellbar Studien
Von armen Leuten wie uns
Ich habe zwar morgen
Ich will nicht ablehnen, die Nutzungsbedingungen für ...
gua tengah try menyanyi ni.. kemain lagi jauh menyimpang jadinya..
Sekian Berita Salam Hormat
Tuesday, July 31, 2012
Perihal Tudung
Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Gua tiba-tiba tergerak nak mengepost satu benda yang gua rasa otak orang Malaysia dah tak berapa nak betul.
Gua baru lepas jenjalan menjelajah Pesbuk dan gua telihat satu page yang gua rasa gua pun tak tahu nak cakap mende.
Macam Biasa Typical Malay kalau tak puas hati Boikot pesbuk. |
yang memboikot kebanyakannya lelaki hahaha.. sekarang lelaki da pakai tudung ya?
yang ni pulak official pesbuk untuk Al-Humairah
Model Boleh Tahan Cun hehehe |
Gua Malas nak cakap banyak tengok jela sendiri lelaki lawan pompuan dalam ni..
Gua Rasa Company ni juga yang dapat untung nanti..
dan Ending cerita ini semua adalah salah..
Mestilh UMNO/BN
dan Ending cerita ini semua adalah salah..
Mestilh UMNO/BN
Orang macam ni berpolitik otak dia memang Macam Kertas
Sekian Berita Salam Hormat
Sunday, July 29, 2012
Perihal Gua Pun Tak Tahu Nak Bagi Tajuk Apa
“Ayah tak boleh buat keputusan begini, ayah kena bincang
dengan Jiman terlebih dahulu!!” bentak Jiman yang tidak berpuas hati dengan
keputusan Ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan Salmiah.
“Ayah rasa ini adalah jalan terbaik buat kamu Man,
sudahlah.. lupakanlah dia nak..” Pak Rozmey merayu.
“Tapi saya cintakan dia Ayah, dan dia cintakan saya..” Jiman
memberi penjelasan.
Muka Pak Rozmey mula merah dengan jawapan Jiman. Matanya
menyala dan tidak bersetuju dengan pernyataan Jiman. Disebelahnya Mak Limah duduk
di kerusi sambil menangis teresak-esak melihat pertengkaran antara Suaminya
dengan anaknya.
“cinta? Cinta bagaimana Jiman? Cinta dengan membuatkan kamu
sakit hati sakit setiap hari?” cinta dengan membuatkan kamu seperti orang gila?
Cinta yang membuatkan ibu kamu risau? Bentak Pak Rozmey .
“arghhhhhh!! Bapak tidak paham!!” balas Jiman sambil menendang
pasu bunga dihadapannya.
Serentak dengan itu, Mak Limah jatuh pengsan, Namun sempat
didakap oleh Pak Rozmey.
“Ya Allah Ibu” Jiman segera meluru ke arah Ibunya yang
terkulai layu dalam dakapan ayahnya.
*********************************************************************************
“maafkan Man Ibu..” Jiman meminta Maaf kepada Ibunya, Air
matanya berlinangan membasahi pipinya. Tangannya mengenggam erat tangan ibunya
yang sedang terbaring lemah di katil Hospital.
“Man…” ujar Mak Limah sambil tersenyum nipis.
“Ibu tahu kamu sayangkan dia Man, Tapi Ibu tak sanggup lihat
kamu terseksa Man, Ibu tahu apa yang berlaku dengan hubungan kamu dengan Amani
sejak akhir-akhir ni..” Mak Limah memberi penjelesan dengan suara yang
tersekat-sekat.
Pak Rozmey hanya memerhatikan sambil berpeluk tubuh. Wajahnya Sayu mengenangkan nasih isterinya
yang diserang sakit jantung sebentar tadi.
“Ibu dan Ayah buat semua ni supaya kamu gembira Man, lagipun
Salmiah tu baik budaknya” Sambung Mak
Limah sambil tersenyum nipis.
Jiman hanya menundukkan kepalanya sambil menitiskan air
matanya. Tangan Ibunya masih digenggam dengan erat. Dia berada dalam dilema
sama ada ingin memilih cinta hatinya ataupun pilihan Ibunya. Airmatanya
mengalir semakin deras.
Sebulan kemudian..
“Aku Terima Nikahnya Salmiah binti Mokhtar dengan Mas
Kahwinnya lapan puluh ringgit tunai..” Sekali lafaz daripada Jiman.
Air mata Salmiah berlinangan apabila lafaz Sah dan baca doa
mula kedengaran. Walaupun dia tahu,
Perkahwinan ini adalah hasil rancangan keluarganya dengan keluarga Pak Rozmey
namun dia pasrah dengan ketentuan Ilahi yang telah ditetapkan kepadanya. Sudah puas
dia beristikharah mencari petunjuk akan jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya
dan dia yakin bahawa, Jodoh ini datangnya dari Tuhan.
Bersambung….
Saturday, July 28, 2012
Perihal Foto-Foto 2
Tuesday, July 24, 2012
Perihal Diari Ramadhan Sidek Abdullah: Terlupa
"Kamu dah nak balik ke Sidek?" Tanya Mak Jemah kepada Sidek Abdullah.
"ye Mak saya dah lewat, kang lambat saya gerak lambatlah saya sampai kolumpo nanti" jawab Sidek Abdullah sambil terbongkok-bongkok mencapai kasutnya.
"lagipun esok saya ada miting pukul 10 kat opis mak" Jawab Sidek lagi sambil menyarungkan stokin ke kaki.
"kamu kan baru je sampai petang tadi?" rayu mak jemah
Muka Mak Jemah sedikit sayu kerana beliau ingat Sidek akan bersahur dengannya. Namun, dia memahami tugas anaknya sangat berat di kolumpo tu. Mak Jemah kemudiaanya beralih ke dapur.
usai mengikat tali kasut dengan kemas Sidek berdiri dengan tegas didepan pintu bersedia untuk bergerak balik ke kolumpo. seketika kemudian Mak Jemah muncul dari arah dapur dengan satu bungkusan besar yang berisi makanan agaknya.
"ni mak dah sediakan makanan untuk kamu dan Hasnol Rosli bolehlah kamu makan su..."
belum sempat Mak Jemah habis bercakap, Sidek Abdullah memotong..
"ala Mak ni susah-susah jela.. si Hasnol tu bukannya makan sangat makanan pedas-pedas ni" potong Sidek Abdullah.
Mak Jemah hanya tersenyum nipis
"ok la mak... saya balik dulu" pinta Sidek Abdullah sambil menyalam tangan ibunya
"ye hati-hati bawak keta tu nak.." jawab Mak Jemah dengan penuh kasih sayang
"tit tit" bunyi alam kereta Sidek Abdullah
kereta Sidek Abdullah hilang dalam kegelapan Malam....
******
tepat pukul 2.30 pagi Sidek Abdullah sampai diperkarangan rumanya. Rumahnya gelap agaknya Hasnol Rosli sudah tidur. Dia melangkah masuk perlahan-lahan bersama makanan yang ibunya bekalkan tadi. matanya kelihatan kuyu seperti seorang lelaki yang sedang mabuk. Badannya juga longlai kepenatan kerana memandu selama 3 jam dan hanya sekali sahaja dia berhenti, itupun untuk membuang air kecil.
"huaaarrggghhhhh!!!" Sidek Abdullah menguap serupa seekor Dinousor yang ganas.
makanan yang dibekalkan ibunya diletakkanya di Meja ruang tamu dan dia bergegas ke bilik. Di bilik, dia mengeluarkan segala benda yang ada dalam poket seluarnya dan diletakkan di atas Meja sebelah katilnya. Sidek Abdullah merebahkan badanya ke katil tanpa menukar outfit tidur yang sesuai. Dia memandang kejuruteraan siling sambil menguap seperti singa beberapa kali. Pandangannya semakin kabur dan akhirnya dia terlelap.
"kok kok kok" bunyi ayam serama milik jiran Sidek Abdullah bergema dengan nyaring sekali
Sidek Abdullah tersedar dari tidurnya, dia bangun dan mencapai henset yang berada diatas meja untuk melihat jam.
8:14 pagi.. Dia kemudiaanya baring semula ke katilnya. dia cuba melelapkan matanya semula namun ianya seperti sukar. Sidek Abdullah rasa seperti ada benda yang tidak kena hari ini. Dia berfikir sejenak dan matanya yang kuyu tadi kelihatan semakin segar dan tegas.
Sidek Abdullah bangun semula dan tiba-tiba dia terasa lapar yang amat sangat pada pagi itu. Selalunya dia hanya akan bersarapan apabila sampai dipejabat dalam pukul 9.00 pagi. Sidek cuba untuk menahan lapar dan berniat untuk bersarapan dipejabat sahaja nanti. Namun begitu, perutnya semakin rancak pula berbunyi ibarat ada kumpulan keroncong yang sedang membuat konsert.
tiba-tiba dia teringat bekalan makanan yang maknya berikan malam tadi. Suasana ceria menyelubungi wajah Sidek Abdullah. Dia bergegas bangun dan keluar daripada bilik sambil menyanyikan lagu Kosong Najwa Latif part Korus. Sesampainya di ruang tamu, dilihatnya bungkusan makanan masih kemas seperti diletakkannya semalam.
Sidek Abdullah mencapai makan tersebut dan berlalu ke dapur dengan wajah yang riang seperti budak-budak zaman 80-an dapat kotak permainan Ding-Dang.
Di Dapur pinggan usai disediakan oleh Sidek bersama dengan sebotol besar air oren twister sejuk yang isinya tinggal separuh sahaja. Sidek membuka plastik tersebut ternyata terdapat dua tuppaware di dalamnya satu menempatkan nasi putih yang elok lagi keadaannya dan satu lagi berisikan sambal sotong pedas yang pastinya kalau di makan boleh menghasilkan peluh di kawasan bawah mata dan dahi.
Sidek memulakan proses makan, dia makan dengan lahap sekali hal ini kena pula dengan kesukaannya iaitu makan sambal pedas. tak cukup satu pinggan dia tambah lagi satu pinggan nasi dan ternyata selera makannya pagi ini ibarat burung hering meratah bangkai.
titik titik peluh mula membasahi dahi dan bawah matanya tanda dia sedang dalam kepedasan namun itu masih tidak menghalangnya untuk terus buas menghabiskan makanan yang terhidang di depannya. baginya masalah ini akan selesai dengan beberapa teguk air oren twister sejuk di depannya..
tiba-tiba...
"Hoi!!!! kau tak Puasa ke Sidek!!!!!!!" Hasnol Rosli menyergah dari muka pintu..
Sidek Abdullah tergamam seperti sebuah patung. Satu suapan nasi bercampur sambal sotong pedas tidak sempat sampai ke mulutnya. Peluh mengalir laju dari dahi terus turun ke hidung. Baru kini dia terasa kepedasan sambal sotong itu.
Matanya tertumpu pada air oren Twister sejuk fikirannya pula teringat Ustaz Azhar Idrus di Pesbuk dan Ustaz Google.

Monday, July 23, 2012
Perihal Diari Ramadhan Sidek Abdullah: Sahur
trit trit trit trit trit trit trit.............. bunyi jam henset Sidek Abdullah.
"huarrgghhhhhhh" Sidek Abdullah menguap serupa seekor singa di Zoo.
Sidek Abdullah mencapai henset dibawah bantalnya, matanya kuyu dan pandangannya kurang jelas, henset diperhatikan selama beberapa minit sambil terus berbaring.
keadaan bilik Sidek Abdullah gelap hanya cahaya henset yang menerangi dan fokus terkena ke muka Sidek Abdullah.
"4.30" nombor yang tertera diatas permukaan skrin henset.
Sidek Abdullah bangkit dari kawasan perbaringannya, matanya kuyu dan keadaannya boleh dikatakan berada dalam minda separa sedar. Dicapainya sebotol air mineral di sebelah katilnya dan meneguk dengan buas seperti orang mabuk minum arak.
Sidek Abdullah kemudiaan mencapai lebihan makanan berbuka petang tadi yang dirasanya masih elok untuk dijamah ketika bersahur. Ini adalah satu penjimatan bagi Sidek Abdullah.
usai makan, Sidek Abdullah mencapai pula rokok disebelahnya, sebatang rokok dikeluarkan dan rokok dinyalakan maka keluarlah asap berkepul-kepul menghalau sekawan nyamuk yang cuba untuk bersahur dengan seteguk darah.
Sidek Abdullah melakukan segala kegiatannya tanpa perlu turun dari katil tempat dia tidur. Segala macam benda ada di atas katilnya termasuklah sebiji laptop.
Dalam keadaan sebegini Sidek Abdullah masih kelihatan tenang kerana dia tahu masih terlalu awal untuk kelam kabut. kerana azan biasanya akan mula berkumandangan pada pukul 5.45 pagi. Jarang Sekali dia mempunyai pengetahuan waktu subuh dan waktu maghrib yang tepat. semua ini hanya berlaku pada bulan Ramadhan sahaja.
Sidek Abdullah mencapai Laptop berhampirannya yang berada dalam keadaan Mode Tidur. Sengaja disetinggnya sedemikian rupa kerana dia sering tertidur ketika bermain pesbuk. Sidek Abdullah menggoyangkan tetikus dan serta merta terang benderang seluruh kawasan katilnya dengan cahaya laptop tersebut. Cahaya yang terlalu terang itu membuatkannya menjadi silau dan matanya disepetkan dan bersegera meng up kan sepotong status.
Niatnya k mengUPkan sepotong status ucapan "Selamat Bersahur semua" di pesbuk adalah kerana beranggapan ini adalah sangat kool dan dia yakin adalah seorang dua makwe akan komen nanti dan pastinya ramai juga yang akan like.
selepas up status, dia baring semula tanpa mempedulikan status-status yang sudah di up oleh rakan-rakan pesbuknya sebelum itu. Matanya dipejam seketika memikirkan makwe manalah yang akan memberikan komen terlebih dahulu.
dua notification muncul di hujung sebelah kiri atas pesbuk Sidek Abdullah. dia tersenyum nipis maknanya, perangkap status "selamat bersahur semua" di pesbuk sudah berjaya menarik perhatian makwe-makwe untuk mengomen. Namun begitu masih belum cukup baginya, dia membiarkan seketika sambil terus baring memandang kegelapan siling.
beberapa ketika kemudian, setelah puas bermuhasabah, Sidek Abdullah menggerakkan cursor ke arah notification, berwarna merah yang sudah bertukar menjadi nombor 4 diatas lukisan bumi kecil. di kliknya, betul sangkaannya komen dari makwe seperti Mimi Syakilla Natasya, Puteri Rania Amanda, Gabrilella Hudson Zulkifli dan tidak ketinggalan rakan serumahnya Hasnol Rosli. Lantas dengan tenang dia mengklik.
Wajah Sidek Abdullah berubah membaca Komen-komen tersebut lantas memandang bawah sebelah kanan skrin laptopnya. Dia tahu ini semua ini angkara siapa.
***tiba-tiba****
"Hasnol Rosli!!!!!!" jerit Sidek Abdullah sekuat hati ibarat Hang Jebat yang ingin mengamuk dari dalam biliknya
di luar bilik pula Hasnol Rosli tersengih-sengih sambil sibuk bermain pesbuk.
Jam dinding pula menunjukkan tepat pukul 6.47 pagi.

Friday, July 20, 2012
Perihal Perantauan
Wednesday, July 18, 2012
Perihal Ujian
Assalamualaikum
Ramadhan semakin menghampiri kita Alhamdulillah Allah masih memberi kita kehidupan untuk merasai nikmat berpuasa pada ramadhan pada kali ini. gua bukan ingin berbicara mengenai perihal ramadhan-ramadhan dan sebagainya seperti orang lain. Tetapi gua ingin mengenang kembali Ramadhan tahun lepas gua yang penuh dengan keperitan dan dugaan sehingga gua rasa rasa tidak tertanggung pedihnya. Apa yang berlaku biar gua sahaja yang tahu dan gua tahu takda orang pun nak ambil tahu.
Hampir setahun sudah berlalu insyaAllah walaupun gua begini, tapi bagi gua apa yang Allah bagi itu bukanlah satu hukuman ataupun balasan tetapi apa yang diberinya gua pasti adalah satu dugaan kepada gua bagi memberi kekuatan kepada gua dan gua tahu disebaliknya ada hikmah tersembunyi yang pastinya manis daripada kepahitan yang gua tanngung sebelum itu.
kadang-kala gua mengeluh kenapa gua? gua bukan seorang yang kuat, dalam menempuh semuanya, kadang kala gua terfikir terlalu pedih sampai tak tertanggung dan gua hanya bersandar semuanya kepada yang Maha Esa untuk menentukan nasib gua setelah gua penat berusaha. Tapi kita jangan ingat apabila kita diuji, sedemikian bahawa ujian kita adalah paling berat diberikan oleh Allah. sebenarnya kita silap. kita tidak tahu diluar sana ada lagi yang ujiannya lagi berat daripada apa yang gua hadapi ketika itu dan apa yang anda semua mungkin sedang alami. Apa yang penting bagaimana kita bersandar dan bergantung tempat kita meminta.
Apapun gua sangat berterima kasih pada insan-insan yang berada disamping gua selama ini.
Tahun ini mungkinkah gua diuji lagi dengan dugaan yang lain? InsyaAllah kepada Allah juga gua bersandar jika ditakdirkan.

Wednesday, July 11, 2012
Perihal Makan
Pada suatu ketika dahulu adalah dalam 18 tahun dulu....
"Kalsommm!!!" jerit mak Leha dari dapur.
"ye makkkkk" balas kalsom sambil matanya masih sibuk membaca majalah URTV
"Mari makan nak, Mak dah siap masak gulai ikan masin ni.." Mak Leha memanggil.
Tanpa menjawab, Kalsom bergerak keluar dari biliknya menuju ke arah dapur untuk menjamah makanan yang telah siap dihidang oleh emaknya.
"emmmmm sedapnya mak masak hari ni" puji Kalsom sambil duduk bersimpuh diatas lantai
Kalsom duduk dengan kemas diatas lantaii sambil tanganya nakal merasa sedikit makanan yang terhidang, gerak gerinya diperhatikan oleh Mak Leha yang sibuk mengangkat pinggan.
"hah! dah baca doa belum?" Tanya Mak Leha
"hehehe belum mak.." balas Kalsom sambil tersenyum kambing.
18 tahun kemudian....
"Puteri Syakilla Dalillah..." Jerit Kalsom Dari dapur..
"ye mummy..."Balas Puteri Syakilla Dalillah yang sibuk dengan kompiter riba, sibuk berpesbuk agaknya
"Mari makan sayang... Mummy dah siapkan spaghetti ni" jerita Kalsom dari dapur
Puteri Syakilla Dalilah meletakkan kompiter ribanya dan bergerak menuju ke dapur,
"hurmmmmm sedapnya mummy masak..." puji Puteri Syakilla Dalillah sambil menarik keluar kerusi yang tersusun kemas dibawah meja makan.
Puteri Syakilla Dalilah duduk dengan kemas diatas meja sambil tangannya nakal merasa masakan mummynya.
"ha... ha... sayang sayang.. sebelum makan kena buat apa?" Tanya Kalsom sambil tersenyum..
"heee baiklah mummy..." Puteri Syakilla Dalillah tersenyum sambil tangannya mengeluarkan henset Samsung Galaxy S3.
"tittt!!"
Gambar Spaghetti dimuat naik ke akaun INSTAGRAM
woi ini cerita rekaan je.. kahkahkahkah

"Hurmmmmm Mummy itew macak cedap taw.. shukewnye..." |
Sekian Berita Salam Hormat
Sunday, July 8, 2012
Friday, July 6, 2012
Perihal Unsung Heroes
"Benarlah kata pujangga, hidup ni umpama roda kadang kita di atas kadang kita dibawah, bila kita di atas dan kita terlupa yang kita dapat itu adalah sementara, pasti kita akan dipenuhi dengan sikap bongkak, riak, takabur, sombong, dan bermacam lagi sifat-sifat negatif" Raziman sidek bemonolog sendiri, dia tahu masa yang dia ada semakin singkat.
Gelagat Raziman Sidek yang termenung dibawa sepohon pokok kayu yang merimbun daunnya diperhatikan oleh sahabat karibnya Osman Jailani. Osman mengambil keputusan bergerak ke tempat Raziman duduk bersendirian.
"Assalamualaikum Sahabat" sapa Osman.
"Amboi termenung jauh nampaknya " Seloroh Osman lagi.
"Wa'alaikumsalam, oh kamu Osman, apa kamu buat disini?" tanya Raziman dengan nada yang separa terkejut.
"dah siap mengemas ke?" tambah Raziman lagi.
"Aku dah siap mengemas dari tadi lagi, saja jalan-jalan keliling kawasan ni buat kali terakhir" jawab Osman dengan tenang sambil duduk bersebelahan dengan Raziman.
Osman mengeluarkan sekotak rokok dari poket baju kemejanya. kemudian, dikeluarkannya sebatang rokok dari dalam kotak tersebut lalu membakarnya. Dia menghembus keluar asap pertama hasil daripada pembakaran rokok tersebut. Raziman hanya memerhatikan gelagat rakan seperjuangannya sambil tersenyum. Dia tahu Osman Jailan merupakan seorang perokok yang tegar.
"Osman aku nak tanya kau satu soalan" Tanya Raziman kepada Osman.
"Apa dia?" Osman bertanya dengan tenang sambil mulutnya tidak lekang daripada asap rokok.
"Kau rasa, budak-budak ni kenang kita tak?" Tanya Raziman.
" kenang macam mana tu?" Osman bertanya semula inginkan kepastian.
"maksud aku kita kan dah lama berkhidmat untuk tempat ni, jasa kita pun banyak, kau rasa orang-orang kat sini hargai tak apa yang kita lakukan selama ini?" Raziman bertanya semula.
keadaan tiba-tiba menjadi sunyi, Osman hanya diam membisu dan masih lagi tenang menghisap rokok dan menghembus keluar asapnya ke atas.
"aku berjuang, aku berkhidmat bukan untuk dikenang Raziman" Osman menjawab tenang.
satu jawapan daripada Osman yang dikira menyentak hati Raziman. Raziman hanya tunduk terdiam dengan jawapan yang diberikan oleh Osman sebentar tadi.
Bersambung.....

Tuesday, July 3, 2012
Perihal Catatan Pengembaraan Haron Ismail part 1 (babak 1)
“sudahlah berangan tu Haron, aku yakin apa yang kau buat ini
semua sia-sia..” tegas Abdul latiff sambil menghembus perlahan-lahan keluar
asap rokok jenama Harvest yang dibelinya
semasa bercuti ke Langkawi bulan sudah.
Abdul Latiff duduk Bertenggek di atas simen sambil
memerhatikan Haron Ismail mengorek tanah menggunakan cangkul.
“ Haron Haron kang aku cakap kau ni gila, kau kawan baik
aku.. “ Abdul Latiff Sambung nasihat.
“Aku yakin kebun arwah atok aku ni ada menyimpan benda
berharga, aku dah baca surat-surat atok aku tu,” tegas Haron Ismail sambil
masih gigih mencangkul tanah.
Haron Ismail adalah seorang belia yang mempunyai kesukaan
dan hobi yang sangat eksotik. Haron Ismail bukanlah seperti belia-belia kampung
lain yang sibuk berpersatuan dan juga bukan belia sosial yang suka merempit dan mempunyai masalah social yang
teruk. Haron seorang yang sederhana perwatakannya dengan rambut belah tepi yang
sering dikemaskan hanya menggunakan jari sahaja. Sudah banyak kali beliau
dipelawa oleh rakan baiknya iaitu AbdulLatiff untuk menyertai persatuan belia
4B kawasan mukimnya tapi ditolak oleh beliau dengan cara yang beradat dan
sopan.
Haron Ismail juga
seorang yang pendiam dan lebih gemar bersendirian selain sibuk membaca buku-buku misteri pencarian
harta karun dan perihal-perihal pengembaraan.
Selain itu, Haron Ismail juga merupakan seorang penggemar
cerita-cerita Misteri seperti Misteri Hutan Fanggorn Karya Ryan Hensem dan beberapa
karya-karya lain yang dianggapnya mampu memberinya pengetahuan terutamanya
cerita-cerita pengembaraan dan misteri.
Dari segi muzik, beliau sangat tegas, muzik kesukaannya
adalah irama rock awal 80an sehingga 90-an dan beliau tidak pernah beralih arah
meminati genre muzik lain walaupun trend muzik di kampungnya sering berubah. Namun
sokongannya terhadap muzik rock akhir 80an dan awal 90an tetap padu seperti
batu keras.
“Haron-Haron, kau ni degil lah.. aku tengok dah hampir
seminggu kau korek tanah kat kebun ni, aku rasa kalau kau berkebun lagi elok
daripada kau mencari harta karun..” Abdul Latiff sambung memberi nasihat
.
Abdul Latiff adalah rakan baik kepada Haron Ismail. Dia
merupakan seorang belia yang mempunyai wawasan dan sangat aktif dalam
berpesatuan. Merupakan rakan baik Haron Ismail semenjak dari darjah dua lagi.
Beliau bukan calang-calang orang, memegang jawatan ketua darjah dari darjah dua
sehingga ke darjah enam. Setelah naik ke tingkatan dia telah dilantik menjadi
pengawas kantin selama dua tahun bermula pada tingkatan satu. Pada tingkatan
tiga, oleh kerana kecemerlangan dan ketegasannya dalam menjaga barisan
pelajar-pelajar yang sedang beratur, Abdul Latiff telah dilantik sebagai
Pengawas Pusat Sumber selama setahun dan dilantik menjadi pengawas sekolah pada
tingkatan empat dan akhirnya menjadi ketua pengawas sekolah pada tingkatan lima
Setelah ketegasannya dalam melaporkan kepada guru disiplin mengenai kegiatan rakan-rakannya yang sering merokok dalam jamban sekolah.
Bukan itu sahaja, kebolehan Abdul Latiff, dia juga memegang
jawatan sebagai pengerusi kelab Geografi dan juga merupakan timbalan pengerusi
untuk pergerakan pengakap sekolah. Dalam bidang sukan, Abdul Latif handal dalam
sukan bola baling dan tidak hairanlah apabila setiap kali mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dia seorang sahaja yang akan berlatih bermain
bola baling sementara rakan-rakan lainnya sibuk bermain bola sepak dan bermain
kejar-kejar.
Di sekolah Abdul
Latiff menjadi kegilaan gadis-gadis yang sering memanggil nama timangannya
iaitu abang Lat. Pemakaiannya kemas dan tegas jarang sekali Abdul Latif
kelihatan selekeh terutamanya ketika berada di sekolah. Bajunya di seterika tidak
berkedut dan seluar diseterika sehingga jelas memperlihatkan bucu tajam.
Kesibukan Abdul Latiff akhirnya menyebabkan beliau hanya berjaya
menyambung pelajaran untuk mendapatkan sijil asas kimpalan. Namun begitu
kebolehannya dalam menguruskan persatuan menyebabkan beliau dipilih oleh abang
saudaranya untuk menyertai persatuan
belia 4B kampungnya dan memegang jawatan sebagai exco kerohanian.
“sudahlah Haron Sampai bila kau nak terus macam ni? SPM kau,
aku rasa lagi bagus daripada aku” tegas Abdul Latiff cuba memujuk Haron untuk
berhenti membuat kerja.
“kau tengok aku ni? Walaupun hanya dapat sijil kimpalan tapi
hari-hari pakai kemeja dan mesyuarat kat balai raya tu” Tegas Abdul Latiff
lagi.
Abdul Latiff membakar sebatang lagi rokok Harvest yang
dibelinya di Langkawi. Dia terus tenang memerhatikan gelagat Haron Ismail yang
sedari tadi sibuk menggali
.
Hari sudah semakin senja, langit telah mula bertukar menjadi
kejinggaan. Anak-anak sekolah yang bersekolah rendah sudah mula kelihatan
berjalan pulang ke rumah dengan mengangkut beg sekolah ada yang membawa beg
sandang tertera dengan lukisan kartun kegemaran dan tidak kurang juga yang
menarik beg sekolah yang mempunyai roda seumpama seorang peserta akademi
fantasia yang tersingkir pada minggu konsert.
Haron sedang bersiap-siap untuk kembali ke rumahnya,
ternyata usahanya sehari suntuk menggali kawasan-kawasan kebun arwah atuknya
tidak mendatangkan hasil. Sebelum melangkah pulang ke rumah, beliau sempat
menyalakan sebatang rokok Harvest hasil ehsan Abdul Latiff. Beliau merenung
langit senja sambil menghembus perlahan asap rokok sambil muhasabah diri.
“sedap juga rokok Langkawi ni ye…” bisik Haron Ismail dalam
hati sambil tersenyum memerhatikan langit jingga.
Bersambung........................
Wednesday, June 27, 2012
Perihal Harapan Terakhir Umat LIVERPOOL
Sunday, June 24, 2012
Saturday, June 23, 2012
Tuesday, June 19, 2012
Perihal Harapan Terakhir Umat England
Wednesday, June 13, 2012
Monday, June 11, 2012
Perihal England
Sunday, June 10, 2012
Perihal Foto-Foto
Assalamualaikum
Sebenarnya gua baru je buat akaun Instagram dan gua rasa macam best je
adalah beberapa hasilnya yang berjaya gua buat
semua gambar gambar ini ditangkap oleh henpon nokia cabuk gua dan di instagramkan
Lokasi: Perbukitan KIY Masa: Waktu pagi korang belum bangun lagi |
Lokasi: ntah tasik putrajaya belah mana sampai secara tak sengaja Masa: Waktu Maghrib ( woi tak solat Maghrib ke mamat tiga orang tu ) |
Lokasi: Kebun di Batu dua setengah Sandakan Waktu: Tengah hari, time ni gua on the pergi rumah si Basir, bulan ramadhan |
Lokasi: Tangkap dari dalam Bas Ladang Tebu Chuping Perlis Waktu: Tengah Hari hahahaha Sekian Berita Salam Hormat |
Wednesday, June 6, 2012
Saturday, June 2, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Monday, May 28, 2012
Perihal Berfikir
Sunday, May 27, 2012
Perihal Gaya Rock 4
Thursday, May 24, 2012
Perihal Kambek
Assalamualaikum
tadi Gua baru lepas buat kambek main bola tengah malam
tapi sebagai penjaga gol pulak
memang nostalgia
kali terakhir gua jadi keeper
Semasa PIALA UPSR tahun 1999 mewakili kelas 6 Utarid
time tu masih power lagi,
macam KHAIRUL AZMAN
Badan Masih sedap, larian agak kemas, lincah dan juga sedikit comel
yang gua tahu team kitaorang masuk separuh Akhir
sebab masa peringkat kumpulan, banyak team dari darjah lima dan ada satu team darjah empat
suku akhir lawan team darjah lima..
dan kesudahan tau tau jela kan? POWER OF SENIOR
Sekian Berita Salam Hormat
Saturday, May 19, 2012
Perihal Si Kacak
Assalamualaikum
Walaupun gua Die Hard Fan LIVERPOOL TEAM PALING POWER DI ALAM SEMESTA tpi gua tetap nak ucapkan TAHNIAH pada CHELSEA..
Ternyata Drogba MEmang hensem dan lebih hensem dari Evra
Buktinya
SAYA MEMANG KACAK |
kehkehkehkeh jangan Marah Fan Chelsea..
Tapi ada satu Team ni Fans dia jenis tak boleh nak tengok Team lain memang..
Jenis Butthurt memanjang..
Jenis Tak boleh terima kenyataan.. |
Sekian Berita Salam Hormat
Thursday, May 17, 2012
Perihal Wanita Besi 2
Assalamualaikum..
Semalam Mak Gua Kol Gua.
gua pun sembang-sembang la sedikit.
sampai part gua dengan poyo mengucapkan selamat Hari Ibu
Gua: ok la Mak.. oh Lupa Selamat Hari Ibu Mak..
Mak Gua: Kalau mau Ucap Hari Ibu Kenalah Ada Hadiah Sekali...
( Gua dengar suara bapak gua gelak di belakang )
Gua:.......................................................................
Amboi Sejak bila Mak Gua ni pandai Demand Hadiah dengan gua yang masih study ni kehkehkeh
Sekian Berita Salam Hormat
Monday, May 14, 2012
Perihal Wanita Besi
Sunday, May 13, 2012
Perihal Piala Domestik di England 2012
LIVERPOOL JUARA PIALA CARLING
CHELSEA JUARA PIALA FA
MANCHESTER CITY JUARA PIALA LIGA
ADA SATU TEAM LAGI....
MENYU TALAM KAHKAHKAHKAH
CHAMPION 20..
SEKIAN BERITA SALAM HORMAT
Saturday, May 12, 2012
Perihal Hari Ibu
Assalamualaikum
Hari ini Hari Ibu..
Macam Biasalah Apabila ada hari-hari tertentu yang diraihkan
Mesti ada nasihat menasihati
ustaz kata yang tu haram, yang ni halal
ustaz kata yang tu haram, yang ni halal
Jadi seperti biasa gua akan raihkan sebagai
"HARI NASIHAT MENASIHATI"
samalah macam 14 februari dan 1 april kehkehkehkeh
Sekian Berita Salam Hormat
Wednesday, May 9, 2012
Perihal Frust
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah
Kalau Frust ingatlah mende ni..
Simple..
Sekian Berita Salam Hormat
Thursday, May 3, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Monday, April 16, 2012
Perihal Catatan Pengembaraan Haron Ismail
Assalamualaikum..
Kembalinya gua dari pengembaraan gua dah bercadang untuk menyiapkan pula sebuah karya
jadi gua siapkan dulu cover bukunya..
Gua akan start menulis dalam musim tengkujuh nanti
Sekian Berita Salam Hormat
Subscribe to:
Posts (Atom)