Pages

Saturday, January 14, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn Part 2

Zaidi berdiri sambil memegang kayu hoki kepunyaannya yang dibelinya tiga tahun lepas semasa berada dalam tingkatan enam lagi. Dicapainya bola hoki yang diletaknya diatas rak buku lalu dipukul-pukul seakan-akan gaya pemain Hoki terkenal dunia iaitu Amirul Suhardi. Zaidi merupakan seorang peminat dan pemain hoki. Minatnya terhadap sukan hoki jelas kelihatan melalui poster-poster pemain hoki negara yang terpampang kemas di kawasan dinding sebelah katilnya, tidak ketinggalan juga poster Najwa latif yang dikeratnya dari majalah Mangga yang dibelinya bulan lepas.

“Di tadi korang main hoki menang ke?” Tanya Fahmi yang dari tadi sibuk melayan buku Cerita Doraemon sekali-sekala melihat telatah Zaidi bermain hoki sendirian sambil menggeleng-geleng kepala.

“Game tadi cancel la Mi, sebab tak cukup orang, saufi pergi mana tah” jawab Zaidi tanpa berpaling kearah Fahmi yang berada dibelakangnya.

Suasana menjadi senyap seketika

Tiba-tiba, zaidi melepaskan Kayu Hoki dari tangannya dan bergegas meluru kearah pintu. Pintu dibuka dengan kasar lalu dibiarkan terhempas, Fahmi sekali lagi menggeleng-geleng melihat gelagat rakan sebiliknya itu kerana dia tahu ke mana arah tuju zaidi. Sebentar kemudian Zaidi kembali dengan wajah yang agak tenang sambil menggosok-gosok perutnya.

“ Di..Di.. tak habis-habis dengan perangai lama kan? Berak Last minit” nasihat Fahmi kepada Zaidi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Zaidi hanya mampu tersenyum, dibetulkan semula kedudukan kayu hokinya lalu beliau mencapai sekotak rokok Dunhill bersama mancis kayu jenama King Kong dan keluar ke beranda bilik. Zaidi menyalakan sebatang Rokok dan menghembus perlahan asap rokok tersebut. Dia sempat menjenguk ke sebelah kiri biliknya, iaitu bilik Saufi. Dia ingin tahu kalau-kalau Saufi ada dalam bilik,ingin juga diajak bersembang hal-hal berkaitan dunia hoki dan sedikit perihal makwe cun kedai fotostat Ah Cong di Pekan New York yang bernama Farhani yang dilihatnya semakin Cun semenjak tauke kedai Fotostat memasang penghawa dingin di kedainya.

Namun ternyata bilik itu gelap dan menandakan Saufi tidak berada di dalam bilik. Zaidi mejenguk pula ke bahagian kanan dilihatnya Saiful sedang sibuk melayan laptop Singer kepunyaan Ismadi. Beliau sempat mengangkat tangan kearah Saiful dan dibalas semula oleh Saiful. Ingin diajaknya berborak tapi Saiful bukanlah seorang peminat hoki sebaliknya saiful lebih gemar melayan muzik-muzik asli sesuai dengan hobinya yang suka berzapin.

Zaidi menghembus tenang asap-asap rokok keluar dari mulut dan hidungnya sambil termenung melihat Hutan Fanggorn yang tidak berapa jauh dari situ. Hujan lebat tadi sudah bertukat renyai-renyai. Namun begitu keadaan di luar masih lagi sejuk. Usai menghisap sebatang rokok, dibakarnya pula sebatang lagi dan kembali menghembus asap-asap rokok sambil termenung menghadap Hutan Fanggorn. Dalam keadaan termenung, zaidi teringat sejarah hitamnya ketika dikejar babi hutan semasa sedang berjoging di pinggir Hutan Fanggorn. Baginya pengalaman sebegitu adalah sangat pahit apabila beliau terpaksa menyamak seluar track Adidasnya setelah disondol oleh babi hutan tersebut.

Hutan Fanggorn adalah hutan yang telah berusia ratusan tahun yang terletak dalam daerah kokdiang. Hutan ini menyimpan banyak misteri serta khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Hutan ini jugalah yang memisahkan Universiti Pertanian Kokdiang dengan Pekan Kecil New York. Kerajaan juga pernah berniat untuk memajukan kawan perumahan PPRT di sekitar kawasan hutan Fanggorn namun, Usaha Tersebut gagal apabila penduduk New York tidak bersetuju. Hal ini kerana mereka sangat mempercayai mitos raksasa berkepala sebelas yang pernah menelan helikopter satu ketika dahulu. Penduduk New York membantah dengan melakukan demonstrasi baring di hadapan pejabat daerah kokdiang. Tidak cukup dengan itu penduduk New York juga mengugut tidak akan mengundi parti kerajaan dalam pilihan raya terdekat jika kerajaan berkeras ingin membangunkan penempatan di kawasan hutan Fanggorn. Akhirnya kerajaan terpaksa mengalah dan mewartakan hutan Fanggorn sebagai hutan simpan kekal.

Sedang Zaidi menghabiskan sisa-sisa rokok terakhirnya tiba-tiba satu bebola api terbang dengan kelajuan cahaya meluru jatuh ke kawasan hutan Fanggorn….

Bersambung....

1 comment:

Ada kah juga orang mau tinguk ni?