Pages

Thursday, January 19, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn Part 8

“apesal ko tak lapor perkara ni masa inspektor Polis jumpa ko kat hospital hari tu?” Zaidi meninggikan suaranya.

“come on la fi… aku pun Nampak kejadian tu.. hal ini bersangkut dengan keselamatan kita” tambah Zaidi lagi sambil menghentakkan tangannya di atas meja belajar menyebabkan kulit kuaci yang dimakannya semalam sambil menonton filem Angin Kasih bertaburan di lantai. Zaidi kelihatan kesal dengan sikap Saufi yang suka menyembunyikan sesuatu daripada rakan-rakanya.

Bilik Zaidi yang sering menjadi port lepak bagi mereka kelihatan agak tegang apabila Saufi menceritakan perkara yang berlaku ke atas dirinya. Dihujung bilik, Saiful hanya mendiamkan diri melihat Zaidi dalam keadaan yang agak baran. Sifatnya yang lembut dah gemar berzapin membuatkan air matanya bergenang sedikit melihat kemarahan Zaidi.

“aku minta maaf di, aku bukan takut, tapi rasa keliru dan aku tak paham apa sebenarnya yang berlaku” Saufi cuba memberikan penjelasan sambil menundukkan kepalanya.

Zaidi bergerak keluar ke beranda bilik, dikeluarkannya sebatang rokok dari kotak rokok Dunhill yang dibelinya daripada tokan rokok di kampusnya. Rokok dikeluarkan dan kotak rokok direnyukkannya kemudiannya dibalingnya sebagai tanda geram. Kotak rokok jatuh melayang terkena kepala seorang tukang kebun yang sedang menyiram pokok rambutan dibawah.

Keadaan bilik yang tegang tadi bertukar menjadi sunyi apabila masing-masing mendiamkan diri, Saiful mengesat air matanya dengan tisu. Saufi kekal diam membisu memerhatikan kejuruteraan meja dihadapannya. Tiba-tiba pintu di ketuk.

“Tok tok tok tok tok Assalamualaikum”

“Masuk..pintu tak kunci pun” jerit Zaidi dari luar yang mendegar pintu di ketuk.

Pintu dibuka perlahan-lahan, kelihatan kepala muncul dicelah-celah pintu.

“bang nak beli nasik lemak tak?” tanya seorang peniaga nasik lemak ekspres yang sering bergerak dari bilik ke bilik untuk menjual nasi lemak.

“abu aku dah makan tadi.. lain kali jela ko datang” jerit Zaidi dari luar. Zaidi merupakan pelanggan tetap nasi lemak yang dijual oleh Abu dari bilik ke bilik.

“abang berdua nak beli nasik lemak tak? Macam-macam lauk ade.. ikan, ayam, pari, sotong, udang, kerang, karipap pun ada bang” Abu cuba mempromosi kepada Saiful dan Saufi yang sedari tadi diam sahaja. Saufi dan Saiful menggeleng-geleng menolak pelawaan Abu.

Abu megeluarkan kepalanya dari celah pintu kemudian menutup semula pintu. Dia merasa sedikit hampa apabila pelanggan tetapnya Zaidi yang sering melanggan nasi lemaknya pada waktu pagi menolak untuk membelinya pada pagi itu.

******

“nak pegi mana pulak tu pagi-pagi begini toknya, tak nak sarapan dulu ke?” soal Mak Timah kepada Tok Man Lejen, yang pagi-pagi lagi dah keluar rumah tanpa menjamah sedikit bihun goreng yang digoreng oleh Mak Timah awal pagi tadi. Mak Timah atau Fatimah adalah isteri kepada Tok Man Lejen.

“takpela Timah, saya dah lambat ni, ada meeting ketua-ketua kampung seluruh Kodiang di Pekan Lunas ni, saya kena cepat” jawab Tok Man Lejen sambil mengikat tali kasut hitam.

“Meeting apenye pagi-pagi begini Toknya oi?” tanya Mak Timah lagi.

“minggu depan ada menteri nak datang Kodiang., jadi sayalah kena jadi wakil untuk orang kampung kita ni ye dak” balas Tok Man Lejen lagi.

Usai mengikat tali kasut, Tok Man Lejen berdiri segak, dibetulkannya songkoknya yang sedikit senget semasa menunduk mengikat tali kasut. Tok Man Lejen mencapai baju sejuk yang diampainya dip agar rumah.

“saya pergi dulu Timah.. kang Bihun yang tak abis tu awak suruh je dayah pegi bagi kat jiran-jiran kita” jerit Tok Man Lejen dari luar rumah. Tok Man Lejen mengangkat tongkat Vespanya. Sebelum mula menghidupkan enjin, dia bercermin menggunakan cermin sisi Vespanya. Enjin dihidupkan, Tok Man Lejen beredar meninggalkan halaman rumahnya. Sampai di jalan besar, Vespa Tok Man Lejen tidak bergerak kea rah Pekan seperti yang dinyatakannya pada Mak Timah.

*****

Suasana Petang di UPK sangat damai dan sejuk kerana ianya berada jauh di pedalaman Kodiang. Musim Gugur di Kodiang menyebabkan Hutan Fanggorn kelihatan kekuningan dan banyak daun-daun daripada pokok-pokok besar yang terdapat I Hutan Fanggorn gugur ke bumi. Lagi sebulan, musim sejuk akan melanda Kodiang dimana Salji akan mula turun. Saufi duduk di luar beranda biliknya sambil menghisap rokok. Dia termenung memerhatikan Hutan Fanggorn dihadapannya. Saufi lengkap berpakaian dengan berbaju sejuk kerana cuaca diluar sangat sejuk.

Sambil menghisap rokok dia membelek-belek, kad nama yang diberikan oleh Inspektor Safwan semasa dia berada dihospital beberapa hari lepas. Dia berfikir sama ada ingin memberitahu perkara sebenar kepada pihak polis ataupun membiarkan sahaja perkara tersebut berlalu. Tapi dia seakan-akan takut dengan impak yang akan berlaku. Saufi seperti sudah mengetahui banyak rahsia mengenai misteri yang terdapat di Hutan Fanggorn ketika ini. Namun apa yang diperlukannya adalah kepastian. Kerana semua perkara seolah-olah ada perkara disebaliknya. Dia tidak mahu membuta tuli membuat satu justifikasi terhadap perkara-perkara yang dialaminya.

Saufi menyedut dalam-dalam rokok yang dihisapnya. Kemudian dihembuskannya keluar dengan tenang. Dia mengimbas kembali pula bagaimana, Zaidi naik angin apabila dia tidak memberitahu perkara sebenar kepada pihak berkuasa. Dia sangat menghormati Zaidi yang lebih tua daripadanya walaupun mereka masuk ke UPK pada tahun yang sama. Saufi termenung panjang di beranda pada petang itu.

Zssssssssssssssssssss!!! Satu bebola cahaya meluru laju jatuh ke tengah Hutan Fanggorn. Mata Saufi terbeliak.

“ah bebola itu lagi…” Ujar saufi di dalam hatinya, dia seraya berdiri melihat arah jatuh bebola cahaya itu. Saufi kelam kabut, dia mundar-mandir ke kiri ke kanan selepas melihat kejadian kedua bebola cahaya jatuh dari langit menuju ke tengah Hutan Fanggorn.
Dicapainya kad nama Inspektor Safwan yang diletaknya atas meja tadi. Diperhatikannya lama-lama, kemudian direnyuknya dan dibuangnya ke bawah lantai. Muka Saufi kini lebih serius dan yakin.

“aku mesti siasat perkara ini” saufi berkata sendirian.

Dia menekan-nekan talipon bimbitnya yang dibelinya menggunakan duit PTPTN. Lagaknya seperti cuba menghubungi seseorang.

Bersambung...

1 comment:

Ada kah juga orang mau tinguk ni?