Pages

Monday, January 16, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn Part 5

“Alhamdulillah….. Saufi dah sedar” beritahu Fatin kepada Saiful melalui talipon bimbitnya. Fatin semenjak dari semalam duduk bersebelahan katil Saufi menjaga Saufi dengan penuh kasih-sayang. Semalam air matanya bergenang memikirkan nasib Saufi yang mendapat kecelakaan di dalam Hutan Fanggorn.

Saiful, Mira, Ismadi dan Shazali yang baru sahaja sampai di Hospital Lunas segera bergegas ke bilik, yang menempatkan Saufi dan Fatin yang berada di sisinya. Saufi tersenyum melihat rakan-rakan baiknya di UKP datang melawatnya. Walaupun keadaan Saufi masih tidak berdaya tetapi dia tetap tersenyum kerana sikap kesetiaan kawannya yang kuat.

“zaidi mana?” Tanya Saufi pada rakan-rakannya.

“dia ada kelas, tengah hari nanti dia sampailah” jawab Ismadi tenang sambil matanya melirik ke arah beberapa orang Jururawat pelatih yang kelihatan cun dan bergetah.
“awak nak air?” simpati fatin kepada Saufi. Saufi mengangguk sambil tersenyum sebagai tanda menerima pelawaan Fatin.

Shazali dan Saiful menolong Fatin untuk membangunkan Saufi bersandar di katilnya Kerana Saufi masih lagi terasa lemah dan tidak berdaya untuk bangun sendiri. Fatin menyuakan cawan berisi air ke mulut saufi secara perlahan-lahan. Mira tersenyum sinis melihat gelagat Fatin. Fatin membalas senyuman sinis sambil menyubit peha Mira.

“bro, helmet ko aku tak tahu hilang mana lah bro.. aku minta maaf ye kang nanti aku gantilah” suara Saufi lemah memberitahu perihal helmet MS Shazali dengan rasa bersalah.

“takpe Bro, helmet gua yang hilang tu gua halal je, yang penting lu selamat.” Balas Shazali sambil memegang tangan Saufi yang penuh dengan hos air.

“amboi madi, ko datang sini nak lawat saufi ke nak lawat Jururawat cun?” komplen Mira kepada Ismadi yang sibuk mengusha jururawat pelatih yang sibuk lalu lalang dihadapan katil Saufi.

“Ala ko ni Mira tak bagi peluang langsunglah..” balas Ismadi yang tidak puas hati dengan komplen Mira.

Ismadi merupakan seorang pemuda kacak yang sangat meminati K-Pop. Dia sering menggunakan wajah jambunya untuk memikat makwe-makwe cun yang banyak berkeliaran di UKP. Saufi yang tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Dia hairan dengan semangat Ismadi yang lain selepas sembuh dari demam panas.

Dua orang pegawai polis memasuki kawasan hospital lunas, mereka seperti tercari-cari seseorang yang penting.

“Boleh kami tahu di mana katil Saufirudin Ajmain?” Tanya seorang salah pegawai polis kepada seorang jururawat yang sedang bertugas memeriksa seorang pesakit.

“di katil 204” balas jururawat tersebut sambil menunjuk ke arah sekumpulan anak muda yang berada berhamipran mereka. Pegawai polis tersebut bergerak ke katil 204.

“Assalamualaikum, boleh kami bercakap dengan Saufirudin Ajmain?” Tanya salah seorang pegawai polis tersebut. Kesemua, anak muda memandang ke belakang mereka terkejut apabila didatangi oleh dua orang pegawai polis.

Ismadi yang dari tadi sibuk melontarkan senyumannya kepada jururawat pelatih terkesima dengan seorang pegawai polis wanita yang lebih cun dari jururawat yang diperhatikannya tadi. Pandangan manja Ismadi mula beralih arah kepada seorang pegawai polis wanita yang kelihatan seperti Rozita Cik Wan yang berlakun dalam drama gerak Khas sebuah drama kepolisian yang sering ditontoninya semasa kecil dahulu. Dipandangnya pegawai polis wanita tersebut dengan penuh manja, wajah jambu ala K-Pop diserlahkannya. Namun pegawai polis wanita itu membalas dengan renungan tajam sambil menunjukkan sepucuk revolver yang melekat kemas dipinggangnya. Ismadi segera buat-buat menekan-nekan talipon bimbitnya, agaknya tengah bermain game ular.

“Saya Saufirudin Ajmain”, jawab Saufi lemah kepada dua orang pegawai polis tersebut.

“saya minta kerjasama daripada adik-adik semua, supaya meninggalkan kawasan ini sebentar, Ada beberapa perkara penting yang kami ingin bincangkan dengan Saufi” minta Pegawai polis tersebut. Kesemua mereka terkejut dengan arahan polis tersebut, namun mereka akur. Sebelum bergerak meninggalkan Saufi bersama pegawai Polis tersebut, Saiful sempat membisikkan sesuatu ke telinga Saufi.

“Aku dan Zaidi tahu apa yang berlaku semalam” bisik Saiful perlahan, ke telinga Saufi sambil menggenggam tangan Saufi yang lemah. Saufi hanya membalas dengan senyuman kepada sahabat baiknya tersebut. Saiful beredar meninggalkan saufi bersendirian bersama dengan dua orang pegawai polis tersebut.

Salah seorang pegawai polis tersebut menutup tabir disekelilling katil Saufi menandakan, bahawa perkara yang ingin diibincangkanl oleh pegawai Polis tersebut adalah penting dan sulit. usai menutup keseluruhan kawasan katil Saufi mereka memulakan perbincangan.

“Saya Inspektor Safwan, dan ini Inspektor Norita. Tujuan kami datang adalah untuk memberitahu awak beberapa perkara yang berlaku dalam kejadian di Hutan Fanggorn semalam”.

“melalui laporan yang kami terima daripada pakar forensik kami, Motorsikal saudara telah terlanggar sebuah periuk api lama yang telah ditanam oleh puak pemberontak pada zaman perang saudara dulu.” Sambung Inspektor Norita menjelaskan mengenai perkara yang berlaku di Hutan Fanggorn. Inspektor Norita kelihatan manis apabila berbicara dengan serius.

Saufi kehairanan dan terkejut dengan laporan kejadian semalam yang diberikan oleh pegawai polis tersebut. Namun begitu, dia tetap tenang kerana dia tahu apa sebenar yang telah berlaku pada malam kejadian di Hutan Fanggorn.

“kami meminta Saudara Saufi untuk menurunkan tandatangan dalam borang pengakuan kejadian malam tersebut” minta Inspektor Norita sambil memberikan borang pengakuan dan sebatang pen untuk ditandatangan oleh Saufi. Saufi yang berat hati terpaksa, untuk menurunkan tandatangannya ke atas borang pengakuan tersebut.

“Ok terima kasih” Ucap Inspektor Norita sambil tersenyum manja seperti kelihatan cuba menggoda Saufi yang kacak. Namun iman Saufi tidak mudah goyah dengan hanya secebis senyuman rasuah kerana cintanya teguh kepada kekasihnya.

“kalau ada apa-apa masalah awak boleh menghubungi saya” pinta Inspektor Safwan sambil menghulurkan kadnya. Saufi hanya tersenyum menerima kad tersebut. Kedua-dua pegawai tersebut beredar meninggalkan saufi bersendirian di katilnya.

Saufi menghembus perlahan nafasnya dia merenung ke siling yang penuh dengan cicak. Dia tahu perkara sebenar yang berlaku semalam, dia tidak pengsan selepas letupan berlaku, motorsikalnya tidak terpijak periuk api seperti yang didakwa oleh pegawai polis tersebut. Dia tahu ada berlaku aktiviti selepas letupan berlaku. Tapi kenapa? Berbagai persoalan yang bermain di minda Saufi. Ibarat lirik lagu,

“Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini konspirasi?”

Lirik ini melintas difikirannya kerana Zaidi sering menyanyikannya ketika mereka sibuk berlatih hoki.

Dalam fikirannya, Saufi masih tertanya-tanya, siapakah individu yang topeng vendetta? Kenapa bekas pegawai daerah Kodiang yang dipecat lima tahun lalu iaitu Encik Baihaki Razali yang berambut belah tepi ada bersama pada malam kejadian tersebut? Apakah benda bulat sebesar bola Mikasa yang telah menghentam Motorsikalnya sehingga separuh hancur?, dan kenapa pasukan bersenjata mengambilnya?, dan yang paling penting siapa yang memukul belakangnya sehingga dia pengsan?

Otak saufi ligat berfikir, dia bingung sama ada harus melakukan penyiasatan seperti yang dilakukan oleh Conan Edogawa dalam siri anime yang ditontoninya dalam Astro Ceria, atau berlagak kool seperti Sherlock Holmes, Saufi menghembuskan nafasnya,dia bermuhasabah diri, perlahan-lahan matanya ditutup dan dia mula berdengkur………..

Bersambung.....

1 comment:

  1. part 6 plak.xsabar nk taw nie..siot aku jd jahat

    ReplyDelete

Ada kah juga orang mau tinguk ni?