Pages

Friday, January 13, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn

"semua sekali lima ringgit" ujar panjang yang merupakan penjaga kaunter di kedai makan mamak tersebut. Saufi memberikan sekeping not berwarna hijau dan terus merentap plastik berisi dua bungkus nasi lemak dan sebungkus teh o ais, dalam perjalanan dia sempat menjeling beberapa orang makwe yang sedang sibuk berbincang hal keduniaan sambil ditemani handphone blackberry dalam genggaman. Saufi menuju ke arah motorsikal Kawasaki bernombor PFF. Keadaan di sekeliling mula riuh rendah apabila makwe-makwe yang lepak tadi mula terjerit apabila hujan rintik-rintik mula turun membasahi bumi New York pada ketika itu. Saufi laju memakai helmet MS yang dipinjamnya daripada Shazali tengah hari tadi sebelum ke kelas. dia lantas menghidupkan enjin dan sebelum mula memutar throttle kawasakinya, saufi sempat menyalakan sebatang rokok berjenama bola yang dibelinya dengan Azman penjual rokok indie di Kampusnya.

Hujan mulai turun dengan laju membasahi bumi New York, Saufi lantas bergerak meredah hujan, mahu tidak mahu dia terpaksa meredah hujan kerana Saiful sudah beberapa kali menghantar Mesej Pesanan ringkas ke talipon bimbitnya agar segera pulang kerana Ismadi demam dan perlukan makanan. Saufi meredah hujan dengan kelajuan 60Kmj, Dia sedar walaupun dia handal dalam arena menunggang motorsikal tetapi dalam keadaan hujan sebegini dia perlu berhati-hati dengan jalan yang licin di sekitar New York. New York merupakan sebuah Pekan Kecil yang terdapat dalam Daerah Kokdiang yang kurang menjadi tumpuan. Namun begitu di dalam New York terdapat sebuah Universiti Pertanian yang menjadi tempat Saufi dan rakan-rakannya menuntut ilmu alam dan manusia. Keadaan New York yang berada jauh di Pedalaman menjadikannya tidak berapa membangun berbanding Lunas yang sudah mempunyai gerai-gerai popular seperti Big Apple dan McDonald.

Perjalan Saufi pulang ke kampus sering terganggu dengan lopak-lopak yang bertakung air. Usai melalui lampu Isyarat di depan Klinik Dr Hafizudin, Saufi mula memasang lampu tinggi kerana dia sudah mula memasuki kawasan hutan Fanggorn yang penuh cerita mitos dan dongeng raksasa berkepala sebelas yang pernah membaham helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja. Sebelum sampai ke kawasan kampus Saufi terlebih dahulu perlu melalui Hutan Fanggorn sejauh 2KM. Namun begitu jarak 2KM diwaktu malam bukanlah satu perjalanan yang dekat apatah lagi ketika membawa motor di waktu malam ketika hujan renyai-renyai.

Saiful sedang gigih menyiapkan slide untuk pembentangannya esok sambil membalas komen-komen dalam Pesbuk. Rasa cemburu sering timbul dihatinya taktala melihat Ismadi yang sedang lena tidur diatas tilam yang tertera tulisan Hak Milik Kerajaan. Namun mengenangkan Ismadi yang demam panas, rasa simpati telah mengatasi perasaan cemburu terhadap Ismadi yang tengah lena. Sesekali beliau menjenguk ke luar tingkap apabila terdengar bunyi motorsikal melintasi dihadapan jalan yang tidak jauh dari biliknya dengan harapan Saufi sudah kembali dengan Nasi lemak dan Teh O Ais yang dipesannya tadi. Tiba-tiba pintu diketuk berulang-ulang, saiful lantas bangun dari kerusi plastik usang dan bergerak melintasi Ismadi yang tidur tidak jauh dari pintu. Beliau membuka pintu, dan sekujur tubuh berdiri di hadapannya. "saufi dan sampai belum?" tanya Shazali kepada saiful. "dalam Perjalanan kot" jawab Saiful sambil melihat jam di Talipon bimbitnya. Shazali segera berpaling untuk kembali ke biliknya yang tidak jauh dari situ, sebelum sempat berpaling, Shazali sempat berpesan kepada saiful agar memberitahu Saufi untuk memulangkan helmetnya ke bilik. Saiful mengangguk tanda faham dan segera menutup pintu.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?