Pages

Tuesday, January 17, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn Part 6

“Saufi.. Saufi.. Saufi.” . nama saufi di panggil berulang-ulang kali oleh Prof Zuhdi namun Saufi masih tidak menyahut panggilan tersebut. Fikirannya melayang jauh keluar tingkap merenung Hutan Fanggorn yang jelas kelihatan dari bilik kuliahnya.

“Saufi.. Saufi!!,” Prof Zuhdi sekali lagi memanggil dengan suara yang agak keras sedikit bagi menyedarkan lamunan Saufi mukanya merah seperti ingin sahaja dibalingnya marker pen jenama Astar ke kepala Saufi.

“ah! Maafkan Saya Prof,” saufi tersentak dan tersedar dari lamunannya.
“Maafkan Saya Prof, saya rasa kurang sihat dan mintak izin untuk keluar awal” pinta Saufi dengan muka belas kasihan. Prof Zuhdi membenarkannya balik kerana tahu keadaan Saufi yang masih tidak sihat sepenuhnya.

Zaidi yang berada dibelakang melihat gelagat Saufi yang keluar awal terasa cemburu. Dia seolah-olah mencari idea untuk keluar awal. Namun buntu, beliau terpaksa mengambil keputusan untuk terus melepak di dalam bilik kuliah sehingga habis waktu kelas pada petang itu.

Saufi balik ke biliknya dengan berjalan kaki kerana motornya masih rosak dan mungkin tidak dapat dibaiki semula. dia berjalan perlahan menuju balik ke kolej kediaman yang tidak terlalu jauh dari fakulti perhutanan dan kemasyarakatan. Sesampainya di bilik, dia terus merebahkan badannya dikatil. Fikirannya menerawang kembali teringat kejadian yang belaku tiga hari lepas di hutan Fanggorn. Dia mengambil talipon bimbit soni yang dibelinya bersama-sama dengan Fatin menggunakan duit PTPTN. Ada satu mesej Yang datangnya dari Fatin. Dia hanya membaca dan kemudiannya menutupnya semula sepertinya tidak ingin diganggu.

Saufi mengambil keputusan untuk keluar menenangkan dirinya yang sangat berserabut memikirkan kejadian berdarah tersebut. Dia bergerak ke bilik Shazali untuk meminjam motorsikal dan helmet dengan alasan untuk pergi berjumpa dengan Fatin. Dia membawa bersama bekalan sekotak rokok Dunhill yang dibelinya dari tokan rokok dikolejnya.
Saufi bergerak keluar dari Kampusnya, Cuaca di Kodiang pada ketika ini sangat sejuk kerana kodiang berada dalam musim luruh. Dia membawa motorsikal tanpa arah tujuan. Sampai di simpang jalan masuk ke Hutan Fanggorn,dia berhenti seketika jalan kelihatannya ditutup dengan garisan Polis. Dia tahu ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam Hutan Fanggorn.kemudian Dia meneruskan semula perjalanan, niatnya ingin ke pekan New York mengikut jalan jauh setelah jalan pintas melalui Hutan Fanggorn ditutup oleh polis buat sementara waktu. Saufi meneruskan perjalanan sehingga sampai ke stesyen bas berdekatan dengan kampung sekonyong-konyong kode yang terletak dalam 5km dari UPK.

Saufi berhenti dihadapan stesen bas yang agak kosong dan usang. Motorsikal Shazali ditongkat dengan kemas, dia membuka helmet dan kemudian duduk bersantai di stesen bas tersebut. Rokok dinyalakannya kemudian dia menghembus perlahan-lahan asap rokok sambil berfikir mengenai kejadian yang berlaku di Hutan Fanggorn beberapa hari lepas. Sekali-sekala melintas lori-lori balak besar yang dipandu oleh warga Bangladesh, namun saufi tidak menghiraukannya.

“kamu ka tu Saufi?” Tanya seorang tua yang berada dibelakang stesen bas. Saufi terkejut dan dia seperti mengenali suara tersebut. Saufi berpaling dan melihat sekujur tubuh yang agak kurus dan rendah sedikit daripadanya, mengenakan pakaian kemeja T yang dibiarkan keluar sambil memakai seluar slack hitam dan berselipar jepun. Dia kenal gaya pemakaian individu dibelakangnya tidak lain tidak bukan adalah ketua kampung sekonyong-konyog kode, pak cik Hazman Abidin atau lebih dikenali sebagai Tok Man Lejen.

Tok Man Lejen telah memegang jawatan ketua selama 15 tahun semenjak beliau berusia 40 tahun lagi. Tiada siapa yang berani menandingi beliau dalam pemilihan Ketua kampung kerana kelejenannya dan kebijakannya berfikir. Saufi dan Tok Man Lejen sangat rapat, saufi pernah tidur di rumah Tok Man Lejen selama seminggu ketika cuti semester musim panas. Tok Man Lejen juga pernah dijemput oleh Saufi sebagai pengkritik ketika kolej kediaman Saufi mengadakan pertandingan karaoke. Hubungan Saufi dengan Tok Man Lejen sangat rapat malah Tok Man Lejen pernah berhasrat untuk mengahwinkan Saufi dengan anak bungsu Tok Man Lejen iaitu Hidayah yang merupakan gadis cilik yang lincah. Namun ditolak oleh Saufi dengan alasan dia tidak habis belajar lagi.

“Ya tok ni saya Saufi” balas Saufi sambil melemparkan senyuman kepada Tok Man Lejen.

“kamu buat apa petang-petang duduk bersantai di stesen bas tu? Tak sejuk ke?” tanya Tok Man Lejen lagi.

Tok Man Lejen kemudian pergi ke arah Saufi yang masih duduk kemas di stesen bas tersebut.

“ohhhh ngisak rokok… kenapa tak ajak Tok sekali? Tok keluar rumah ni pun sebab nak pegi ngisak rokok la” beritahu Tok Man Lejen kepada Saufi.

“Biasalah, kalau ngisak kat rumah nanti marahlah mak cik kamu tu.. dikatanya asap rokok ni bawak penyakit, sedangkan dia tak tahu asap rokok ni boleh bunuh nyamuk aedes” seloroh Tok Man Lejen. Saufi hanya tersenyum melihat gelagat Tok Man Lejen yang cuba membuat lawak di petang hari.

Tok Man Lejen kemudiannya mengeluarkan sekotak rokok suriya yang dibelinya di pekan New York. Tok Man Lejen menyalakan rokok menggunakan mancis kayu jenama King Kong yang diambilnya daripada dapur di rumahnya. Beliau menghembus keluar asap rokok perlahan-lahan tanda puas setelah di rumah tak dapat menghisap rokok. Kawasan stesen bas tersebut berjerubu akiba asap rokok yang datang dari Saufi dan Tok Man Lejen.

“Tok tengok kamu ni macam ada masalah je” tanya Tok Man Lejen kepada Saufi sambil asap keluar dari mulutnya.

“eh takde lah Tok saya ok je.. takde masalah pun” jawab Saufi secara menggelabah.

“ermmm kamu toksah tipulah.. Tok ni dah tau dah jenis-jenis muka kalau orang muda macam kamu ni ada masalah” balas Tok Man Lejen lagi.

“itulah…. Tok dah banyak kali pesan jangan ikut jalan Hutan Fanggorn kalau malam bahaya.. ni jalan baru yang kerajaan buat kan elok walaupun jauh sikit tapi yang penting selamat” tambah Tok Man Lejen lagi.

Tiba-tiba sebuah lori yang membawa balak bergerak laju dihadapan mereka, Tok Man terkejut dengan cara pemanduan pemadu lori tersebut.

“inilah masalah orang kita.. buat jalan elok-elok nak dibuatnya macam berlumba pula, nasib baik atuk dah hantar surat pada wakil rakyat biar dibuat bonggol supaya selamat sikit anak-anak kampung ni” rungut Tok Man Lejen lagi. Saufi hanya tersenyum melihat gelagat Tok Man Lejen yang membebel tak tentu arah.

“Tok pernah masuk Hutan Fanggorn tak?” tanya saufi serius.

“Dalam tu betul ke ada raksasa berkepala sebelas yang pernah menelan helikopter” tambah Saufi lagi.

Muka Tok Man berubah apabila mendengar soalan yang diberikan oleh Saufi. Dia menghisap rokok dalam-dalam dan kemudiannya menghembus panjang sambil memandang ke atas seperti cuba mengingat masa lalu.

“Tok ni dah hidup kat Kodiang dah 55 tahun Saufi.. Hutan Fanggorn tu dah macam taman permainan Tok” jawab Tok Man Lejen tenang.

“ni Tok nasihat sekali lagi, jangan main-main dengan Hutan Fanggorn tu, Bahaya.. Tok tahu bahayanya macam mana” Nasihat Tok Man sekali lagi kepada Saufi.
Saufi menjadi kebingungan kerana seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Tok Man Lejen daripadanya.

“Bahaya macam mana tu Tok?” Saufi bertanya inginkan kepastian.

“nanti kamu akan tahu juga.. sabarlah dulu.. yang penting kamu ingat pesan Tok jangan sekali-kali cabar Hutan Fanggorn tu” Tok Man Lejen mula serius. Sambil membuang punting rokok yang berada dicelah jarinya.

“dah nak dekat maghrib ni Tok rasa lebih baik kamu balik la dulu.. Tok pun dah balik rumah” tambah Tok Man Lejen lagi.

Saufi akur, Saufi bersalaman sambil mencium tangan Tok Man Lejen sebagai tanda hormatnya terhadap Tok Man Lejen yang sudah dianggapnya seperti ayahnya sendiri. Saufi mengangkat tongkat motornya dan mula menghidupkan enjin.

“ingat apa yang Tok Cakap tadi” nasihat Tok Man Lejen sekali lagi.

Saufi hanya mengangguk tanda faham dan kemudian beredar meninggalkan Tok Man Lejen berdiri di hadapan stesen bas. Tok Man setia memerhatikan Saufi yang bergerak laju menjauhinya dan akhirnya hilang setelah Saufi melintasi Selekoh patah nun jauh di sana. Tok Man Lejen mula beredar balik ke rumahnya.

Sebelum beredar balik dia sempat memandang Hutan Fanggorn sambil matanya dibulatkan dan mulutnya seperti terkumat-kamit membaca sesuatu.

Bersambung...

1 comment:

  1. kalau watak aku ko beri jadi dukun santet hutan fanggorn pon takpe...best gak dapat masuk cerpen ni...haha!

    zul....:)

    ReplyDelete

Ada kah juga orang mau tinguk ni?