Pages

Saturday, January 14, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn Part 3

Saufi baru sahaja memasuki kawasan hutan Fanggorn dengan kelajuan 30kmj, keadaan jalan raya dalam kawasan hutan tersebut sangat daif dan tidak mempunyai lampu jalan. Saufi baru sahaja melepasi papan tanda projek pembinaan PPRT yang gagal dibangunkan oleh kerajaan lima tahun lepas apabila penduduk New York membantah sekeras-kerasnya pembinaan kawasan petempatan baru di kawasan hutan Fanggorn. Hati Saufi berdebar-debar melalui kawasan hutan tersebut namun ianya perlu diteruskan juga. Dia menyanyi kecil lagu Justin Bieber bagi menghilangkan sedikit keresahannya.

Boooooooooooooooom!!

Satu bebola cahaya jatuh dari langit dan menghentam motorsikal Kawasaki Saufi. Dia terpelanting 10 meter ke bahu jalan, motorsikal kawasikanya turut terpelanting jauh, dalam keadaan yang agak kelam kabut, Saufi masih mampu bangkit menuju ke arah Motorsikalnya yang separuh hancur dan terbakar. Dia mengagahkan dirinya untuk bangun menyelamatkan nasi lemak dan teh O ais yang dipesan oleh Saiful tadi. Malangya, nasik lemak tersebut telah bertaburan akibat hentaman kuat tersebut. Saufi merasa sedikit hampa, Namun dia masih bersyukur kerana helmet MS yang dipinjamnya masih lagi selamat dikepalanya. Takut juga dia kalau-kalau helmet itu turut hancur bersama motorsikalnya. Darah mula keluar dari kaki Saufi akibat terkena serpihan letupan tadi. Seluar Levi’s yang dibelinya pada hari raya tahun lepas juga koyak dibahagian lutut.

Dalam keadaan bingung Saufi terlihat samar-samar cahaya yang datang dari dalam hutan Fanggorn, hatinya mula risau adakah itu raksasa berkepala sebelas yang pernah menelan helicopter yang diceritakan selama ini?, Dia terus melarikan diri ke kawasan Hutan bagi mengelak dilihat oleh cahaya tersebut. Cahaya itu semakin mendekati rupa-rupanya ianya adalah sebuah trak berwarna hijau seperti trak tentera. Akhirnya trak itu berhenti ditempat kejadian tadi. Saufi inigin keluar dari tempat persembunyiannya untuk mendapatkan bantuan, namun niatnya terhenti apabila melihat lima orang lelaki berpakaian ala tentera lengkap dengan bersenjata keluar dari trak tadi. Lelaki-lelaki tersebut berlegar-legar dikawasan kejadian, mereka kehairanan melihat taburan nasik lemak di kawasan tersebut.

Selang beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta pacuan empat roda berjenama kembara berhenti tepat dibelakang trak tadi. Pintu dibuka, keluar seorang lelaki bertopeng vendetta dengan berpakaian hujan berwarna hitam manakala seorang lagi tidak mengenakan topeng sebaliknya hanya berambut belah tepi . Dalam kesamaran itu, Saufi seperti mengenali lelaki berambut belah tepi itu. Lelaki Itu adalah Encik Baihaki Razali bekas pegawai daerah Kodiang yang telah dipecat kerana kegagalannya menyelesaikan isu demonstrasi baring oleh penduduk New York. Saufi terus memperhatikan gerak-geri kumpulan tadi. Tiba-tiba mereka mengangkat sebuah benda bulat sebesar bola yang tertanam berhampiran kawasan kejadian tadi. Saufi beranggapan bahawa itu adalah bola cahaya yang menghentamnya tadi.

Dub!! Satu benda keras dihentak ke belakang Saufi, Saufi jatuh tersungkur tidak sedarkan diri...

****

Fatin berlegar-legar resah di dalam biliknya. Sudah 45 kali dia cuba menghubungi teman lelakinya tetapi tidak diangkat. Ingin sahaja dibalingnya talipon bimbit jenama soni itu ke dinding namun mengenangkan talipon tersebut dibeli dengan duit PTPTN hasratnya dibatalkan. Dia seperti tidak tahu pada siapa dia hendak marah, Mira teman sebiliknya pula sedang sibuk melayan filem Angin Kasih lakonan Ryan Aziz dan Elisa Suriana.

“dah la tu Fatin, Saufi tu tak lari kemana pun,…” kata Mira tenang sambil masih fokus melihat adegan Affandi iaitu watak Ryan Aziz melempang mak mertuanya dalam filem Angin Kasih.

“takdelah semalam dia janji nak keluar makan tapi sampai sekarang i call tak angkat, mesejlagi lah tak balas” komplen Fatin sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai.

“kalau kawan-kawan lain ajak makan cepat je dia keluar, kalau i ajak, banyak je alasan, nak main hoki la, kerja rumah banyaklah” tambah Fatin lagi.

Fatin terus terjun ke katilnya, mukanya dibenamkan ke bantal geram dengan sikap Saufi yang tidak pernah mengotakan janji untuk keluar makan bersamanya. Hujung batal digigitnya sebagai tanda geram terhadap Saufi.

“daripada ko geram dengan Saufi baik ko join aku tengok crite Angin kasih, Ryan Aziz ni boleh tahan Hensem gak daripada Saufi pujaan hati engkau tu”

Ajakan Mira tidak diendahkan oleh Fatin…

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?