Pages

Sunday, January 15, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn Part 4

Alunan irama lagu cinta muka tembok bergema, di dalam bilik zaidi. Dia yang dari tadi berada di luar beranda memerhatikan letupan kecil ditengah hutan Fanggorn segera berlari kecil mendapatkan Talipon bimbitnya yang dibeli dengan duit PTPTN.dia tahu panggilan datang dari siapa. Belum sempat lagu berkumandang sampai ke korus, zaidi sempat mengangkat.

“ya ya aku Nampak” ujar zaidi sambil bergerak semula ke luar ke beranda bilik.

“dia pegi mana pulak?, ok kalau macam tu kau siap kita keluar tengok dekat kawasan hutan tu” ujar zaidi dan terus meletakkan talipon.

Zaidi bergegas semula masuk ke dalam bilik. Mukanya serius, beliau mencapai baju berwarna merah yang tertera kelab Angklung yang didapatnya sewaktu menyertai kelab angklung semasa tahun pertama berada di universiti dulu. Dimasukkannya dompet, rokok, mancis serta talipon bimbit ke dalam beg silang kecik yang sering dipakainya. Di capainya helmet dibawah meja kemudian dia terus meluru membuka pintu, kemudian Zaidi berpatah semula ke meja belajar mencapai kayu hoki. Zaidi bergegas keluar dan memakai selipar jepun kaler kuningnya. Zaidi laju berjalan menuju ke bilik Saiful yang berada selang tiga dari biliknya. Belum sempat dia mengetuk, Saiful membuka pintu dan bersedia keluar.

“asal bawak kayu hoki?” Tanya Saiful kepada Zaidi yang mula membakar rokok.

“ala ko jangan main-main dengan hutan Fanggorn tu.. kalau ada binatang buas datang boleh juga aku libas dengan stick hoki ni, stick hoki ni dah lama tak makan darah tau” getus Zaidi.

Saiful hanya menggeleng-geleng melihat gelagat Zaidi dia tahu. Dia tahu tujuan Zaidi bawak kayu hoki sebenarnya kerana dia mempunyai Sejarah hitam di Sondol babi hutan ketika sedang berjoging.
Mereka bergegas turun dari blok mereka kerana bilik mereka terletak di aras tiga bangunan kolej kediaman tersebut. Mereka menuju kea rah motorsikal Honda RG milik zaidi yang parking melintang dikawasan parking motor.
Mereka berdua meluru laju menuju ke pintu pagar Universiti, semasa melalui pintu utama kampus, mereka sempat mengangkat tangan kepada beberapa orang pegawai keselmatan universiti yang sedang bertugas. Motor Zaidi bergerak dalam 40kmj, mereka mula memasuki kawasan hutan Fanggorn yang berada hanya beberapa kilometer daripada pintu masuk kampusnya. Sebelum memasuki kawasan hutan, mulutnya terkuamt-kamit. Mungkin sedang membaca surah-surah pelindung ataupun sibuk menyanyi lagu Najwa latif.
Tujuan mereka yang sebenarnya adalah untuk melihat kejadian letupan yang berlaku .

“Berhenti, berhenti berhenti..” arah Saiful dengan nada yang cemas.

“aku nampak api depan tu” katanya lagi kepada zaidi.

Zaidi segera berhenti berhampiran kawasan kebakaran tersebut. dia menongkat kemas motornya di bahu jalan. Diambilnya kayu hoki yang dipegang oleh saiful. Mereka begerak perlahan-lahan ke kawasan kejadian tadi.

“ini motor Saufi kan?” Tanya zaidi kepada saiful apabila melihat bangkai motorsikal Kawasaki Ninja berwarna hijau. Zaidi juga kehairanan melihat taburan nasi lemak serta sebuah lubang besar yang berada berhampiran kawasan kejadian. Hatinya masih tidak sedap, mata zaidi meliar memerhatikan kawasan sekeliling kerana takut musuh ketatnya datang menyerang. Hatinya bertambah yakin apabila melihat nombor flat PFF 6094.
“saufi!!, Saufi! Saufi, Saufi….” Laung Saiful berulang kali, dia tahu sesuatu telah berlaku kepada Saufi melihat keadaan taburan nasi lemak dan bangkai motorsikal Saufi yang berada ditempat kejadian. Mereka berdua mula bergerak menjerit-jerit memanggil nama saufiberulang-ulang, namun tidak mendapat balasan.

“senyap kejap..” arah Saiful kepada Zaidi yang sedari tadi liar mencari saufi sambil terjerit-jerit nama Saufi.

Kayu hoki zaidi pula sentiasa bersedia untuk dihayun kalau-kalau babi hutan datang menyerang secara membabi buta. Saiful mengeluarkan talipon bimbit jenama kokia yang dibelinya menggunakan duti PTPTN dua semester lepas. Di dailnya nombor talipon Saufi. Mereka senyap seketika kalau-kalau terdengar bunyi talipon saufi berbunyi.

“dengar tak?” Tanya Saiful kepada zaidi.

“hah! Aku dengar, aku dengar.. bunyi datang dari arah sana? Sambil zaidi menujuk ke arah kawasan hutan. Hatinya berbisik bertanya apa yang dibuat oleh Saufi di dalam hutan tersebut. Mereka berlari kecil menuju ke kawasan tersebut. Saiful masih terus mendail nombor Saufi supaya talipon bimbit Saufi yang berbunyi menjadi petunjuk kepada pencarian mereka.

Tiba-tiba..

“Ya Allah Saufi!!!..... jerit mereka berdua.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?