Pages

Wednesday, January 18, 2012

Perihal Misteri Hutan Fanggorn Part 7

Fatin sibuk mencari buku-buku untuk latihan ilmiahnya mengenai kepentingan Hutan kepada golongan penagih dadah di kawasan Bandar. Di meja kelihatan Mira sibuk berhadapan dengan laptopnya sedang mengupdate status di Twitter. Mira selain obsess dengan movie dia juga seorang yang obsess dengan laman sosial, selain mempunyai akaun twitter, dia juga mempunyai dua akaun pesbuk, tiga akaun friendster, satu akaun myspace, tagged, Hi5 selain mempunyai tiga blog yang dikhususkan untuk bercerita mengenai hal-hal peribadinya, mengenai hal dunia keperempuanan seperti masak-memasak, kemas-mengemas dan mekap-memekap dan juga blog berkaitan hal dunia lakunan artis-artis tempatan dan antarabangsa. Mira berpegang kepada prinsip “sehari tak up status badan rasa tak sedap” dan “sehari sepotong status lama-lama menjadi buku juga”.

Tit tit tit tit.. talipon bimbit Fatin berbunyi menandakan ada mesej sampai kepadanya, Fatin tenang mengambil talipon yang terletak disebelah kiri poketnya dengan menggunakan tangan kirinya sambil matanya masih liar mencari buku pada rak-rak buku yang memuatkan banyak buku mengenai perihal penagih dadah di kota.

“awak kat mana?” mesej daripada saufi.
Fatin tersenyum nipis membaca mesej daripada Saufi. Kemudiannya dengan tenang membalas semula mesej Saufi hanya dengan sebelah tangan sahaja sambil matanya masih tertumpu kepada rak-rak buku. Satu kemahiran menggunakan talipon bimbit yang belum dimiliki oleh orang lain.

“Hai awak” sapa Saufi dari belakang.

“eh? Cepatnya awak sampai sini” Fatin buat-buat terkejut apabila Saufi tiba-tiba berada di belakangnya.

“awak nak study sekali dengan kita ke?” tanya fatin kepada Saufi sambil matanya masih tertumpu kepada sebuah buku yang berada ditangannya.

“boleh juga, lagipun saya nak cari buku sejarah ni” jawab Saufi mesra.

Saufi bergerak meninggalkan Fatin yang masih tercari-cari buku yang ingin dijadikan sebagai rujukan untuk kajian ilmiahnya. Saufi menuju ke arah meja belajar dihadapan mira. Dia tenang meletakkan begnya tanpa menganggu kosentrasi Mira yang khusyuk menalaah laptop dihadapannya.

Saufi begerak menuju ke rak buku yang menempatkan sejarah-sejarah tempatan. Dalam perjalannya dia sempat singgah di rak buku yang menempatkan cerita kanak-kanak. Dia merasa hairan kenapa sebuah perpustakaan yang bertaraf universiti macam begini masih mempunyai seksyen yang menempatkan buku kanak-kanak. Dia singgah membelek-belek buku kisah ayam dan helang yang selalu dibacanya semasa darjah dua dahulu. Usai membaca, buku itu diletakkan semula sambil tersenyum nipis mengenangkan zaman kanak-kanaknya dahulu.

Saufi sampai di seksyen buku sejarah tempatan, matanya mula meliar meneliti buku-buku sejarah yang berkaitan dengan kodiang, sejarah pembangunan Pekan New York, Sejarah pembukaan Bandar Lunas, Sejarah perang Saudara 30 tahun yang berlaku di Kodiang, dan yang paling penting adalah cerita yang mempunyai kaitan dengan Hutan Fanggorn. Jari-jemari Saufi lincah mencari-cari buku berkaitan dengan peristiwa yang dialaminya.
Tiba-tiba Saufi tertarik dengan sebuah buku yang bertajuk, “Memoir Ridzuan Abdullah” Kisah 30 tahun pemberontakan di Kodiang, Perwira atau pemberontak. Buku tersebut membuatkan dada saufi berdebar-debar apatah lagi bila melihat kulit depan buku tersebut yang memaparkan sekumpulan tentera yang bersenjata lengkap bergambar dengan riang dikawasan luas berlatar belakangkan Hutan Fanggorn. Saufi semakin berdebar-debar apabila pakaian lelaki bersenjata yang ada di buku tersebut hampir menyamai pakaian pasukan bersenjata yang dilihatnya pada malam kejadian di Hutan Fanggorn.

Dibeleknya buku tersebut dilihatnya satu kertas bulat bertanda merah yang dilekatkan dihujung buku tersebut, dia semakin tidak tenang kerana selalunya buku bertanda merah adalah buku yang diklasifikasikan sebagai larangan. Dia semakin gelisah kerana dia pernah di marahi oleh seorang pustakanita apabila dia cuba membaca buku kamasutra yang bertanda merah.

Saufi membawa buku tersebut ke sebuah meja yang agak terpencil dihujung rak buku tersebut. Dia kelihatan gelisah dengan apa yang bakal dibacanya, sama ada menjawab persoalan yang berada dikepalanya atau membawanya kepada satu yang lebih misteri. Buku dibuka perlahan-lahan. Di muka surat depan sahaja, sudah tertulis, “Riwayat Hidup Pejuang Kebangsaan” dibukanya bahagian isi kandungan dahulu kalau-kalau ada bab yang menceritakan perihal Hutan Fanggorn, namun tidak ada bab khusus yang menceritakan hal Hutan Fanggorn secara menyeluruh.

Saufi membaca bahagian biodata pengarang, iaitu Ridzuan Abdullah yang merupakan bekas tentera pembebasan Kodiang. Ridzuan Abdullah memegang jawatan koperal dalam struktur ketenteraan yang berjuang untuk membebaskan Kodiang sebagai sebuah wilayah bebas dan berautonomi daripada kerajaan yang berpusat di Sandakan. Tentera pembebasan Kodiang sebenarnya terdiri daripada penduduk Kodiang yang masih setia dengan kerajaan Monarki dibawah pimpinan Raja Izzul pemerintah monarki dari Dinasti Kayangan yang telah memerintah wilayah Kodiang semenjak 300 tahun lalu. Pembentukan sebuah negara bangsa menyebabkan Kodiang terpaksa disatukan dengan wilayah-wilayah lain di rantau ini menyebabkan Kodiang terpaksa menamatkan pemerintahan beraja dan terpaksa patuh kepada arahan Presiden yang berpusat di Sandakan. Hal ini membangkitkan kemarahan penduduk Kodiang yang selama ini berada dibawah naungan Dinasti kayangan selama 300 tahun dan menyebabkan mereka mengangkat senjata bagi membantah pengisytiharan pembentukan Negara baru yang melibatkan wilayah Kodiang.

Saufi semakin tertarik dengan penceritaan yang terdapat didalam memoir yang ditulis oleh Ridzuan Abdullah sendiri yang kebanyakannya dikarang semasa beliau berada di dalam Hutan. Dibacanya sehingga suku buku, kemudian dia menyelak semula ke bahagian isi kandungan untuk mencari bab yang penting. Diselaknya sehingga ke bab kelapan buku tersebut yang bertajuk “Pertempuran Berdarah di Hutan Fanggorn”. Bab ini menceritakan pertempuran terakhir antara Tentera Nasional Presiden dengan tentera pembebasan Kodiang di Hutan Fanggorn selama 48 jam tanpa henti.

Diceritakan juga, Hutan Fanggorn adalah kubu terakhir bagi tentera pembebasan Kodiang setelah beberapa kubu kuat mereka yang berada di beberapa tempat seperti Lunas, Perbukitan KIY dan Danau telah di tawan oleh tentera Nasional Presiden. Dalam bab ini juga menceritakan banyak tentera Pembebasan yang terkorban dan ada juga yang membunuh diri kerana tidak rela melihat Kodiang berada dibawah pimpinan Presiden.

Saufi membaca buku tersebut sehingga akhir namun dia terasa sedikit hampa kerana buku tersebut tidak menceritakan perihal Hutan Fanggorn secara serius tetapi lebih banyak bercerita perihal politik dan perang walaupun hutan Fanggorn dijadikan kubu terakhir tentera pembebasan kodiang. Tidak sedikit pun buku tersebut menceritakan perihal raksasa berkepala sebelas yang pernah menelan helikopter terdapat dalam buku tersebut. Namun begitu dia terkejut apabila terbaca potongan ayat yang ditulis oleh Ridzuan Abdullah pada akhir buku tersebut. “Fanggorn Melindungi Dinasti”. Dia menjadi semakin keliru. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Saufi menarik nafas panjang setelah habis membaca buku tersebut.

Dia cuba mengaitkan setiap peristiwa yang berlaku di Kodiang seperti demo baring yang dilakukan oleh penduduk Kodiang, letupan dalam Hutan Fanggorn, Objek sebesar bola yang jatuh dari langit yang menghentam motorsikalnya, juga Encik Baihaki yang berambut belah tepi bekas pegawai daerah Kodiang dan juga individu bertopeng Vendetta. Saufi menjadi semakin bingung, dia bingkas bangun dan berjalan laju menuju keluar perpustakaan untuk membeli air gedegang.

*******

sebuah Trak dan sebuah pacuan empat roda tentera masuk ke dalam tengah-tengah hutan Fanggorn. Pergerakan Trak dan Pacuan empat roda tersebut diperhatikan oleh seorang lelaki bertopeng dan berpakaian ala komando yang berada tidak jauh dari jalan utama yang ada di dalam Hutan Fanggorn. Lelaki bertopeng dan berpakaian ala komando tersebut mencabut pacat yang melekat di tanganya sambil matanya masih lagi setia menyaksikan pergerakan trak dan kereta pacuan empat roda tersebut. Dalam kereta pacuan empat roda tersebut jelas kelihatan individu bertopeng Vendetta dan Encik Baihaki Razali yang berambut belah tepi bekas pegawai daerah kodiang yang dipecat setelah gagal menangani demo baring dari penduduk Kodiang. Usai konvo tadi hilang dari pandangannya, lelaki bertopeng dan berpakaian ala komando bergerak keluar dari Hutan Fanggorn…..

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment

Ada kah juga orang mau tinguk ni?